CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1128|Reply: 10

[Politik] Umno Kelantan tolak kerjasama selagi ada '3 jahanam' dalam PAS

[Copy link]
Post time 19-3-2022 08:07 PM | Show all posts |Read mode



PAU 2021 | Perwakilan Umno Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada "tiga jahanam" yang memimpin parti itu.

Menurut Zawawi Othman tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana dianggap “bermulut jahat.”

Mereka ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menyampaikan perbahasannya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Zawawi berkata selama ini pemimpin tertinggi Umno tidak pernah melabel pemimpin PAS dengan gelaran yang buruk.

Itu berlaku, katanya, ketika PAS sendiri mengelar, menghina serta mempersenda Umno dengan pelbagai nama seperti itik patah kaki.

"Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam [...] Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi [...] ini mulut-mulut jahat.

"Jadi, Umno kelantan tidak menolak PAS tapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.

"Kalau PAS menolak pemimpn-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia," katanya.

Dalam ucapannya itu juga Zawawi meminta Umno tidak menerima dengan mudah mana-mana wakil bekas wakil rakyat mereka yang ingin menyertai parti itu semula dari Bersatu.

Jika mereka mahu kembali, katanya, letakkan garis akhir (deadline) untuk wakil rakyat terbabit membuat keputusan.

Pada penghujung ucapannya juga Zawawi sempat memuji bekas perdana menteri Najib Razak, yang dirujuknya dengan gelaran popular 'Bossku'.

Katanya ketika ini sebahagian daripada roh Umno ada pada Najib.

"Insya-Allah kita akan selamat jika permata-permata kita lima top five yang di atas bersama Bossku, bincanglah, fikirkanlah, satukanlah untuk kebahagiaan kami dan kami akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2022 08:10 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn bubarkan muafakat nasional walau sesukar mana hubungan umno-pas
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:36 PM | Show all posts
mana ada istilah 3 jahannam

3 stooges adalah

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
6 jahannam tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Si takiyudin bukan gang jahanam gak ke?
Hadi bawang kata Pas ni forever gear 1. Gear 1 ni means diaorang tak buat apa pun utk rakyat ...diaorang jaga periuk sendiri jer....ahli pas cepat2 lah keluar n boikot terus pemimpin korang yg tak guna ni. Sia2 korang undi...habuk pun takdak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-3-2022 09:39 PM
6 jahannam tersenyum sinis

3 jahanam tu rogol sapa sis?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan pas baru kenal umno?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada org nk bukak benang psal lobai pas kena bayar 250k oleh mahkamah sbb pitenah guan eng dapig
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:17 PM | Show all posts
sekapir-kapir pakatan rakyat dulu laaa...aku tak ingat pulak mana2 parti baik dapig,pkr ..GA atau kongress parti masing2 maki  hamun lobai neh jadi agenda mesorat bila lobai keluar pakatan.ini maki hamun pelacur laaa...berkudis laaa...3 jahanam laaaa.berapa kali lobai sial neh nak kena kencing dgn umngok celaka neh???
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:20 PM | Show all posts
kenangan ittewwww...hanya mainan bagi muuuuu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.059311 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list