View: 1142|Reply: 10
|
[Politik]
Umno Kelantan tolak kerjasama selagi ada '3 jahanam' dalam PAS
[Copy link]
|
|
PAU 2021 | Perwakilan Umno Kelantan menganggap parti itu tidak boleh bekerjasama dengan PAS selagi ada "tiga jahanam" yang memimpin parti itu.
Menurut Zawawi Othman tiga pemimpin terbabit digelarkan begitu kerana dianggap “bermulut jahat.”
Mereka ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Mohd Amar Abdullah dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor.
Menyampaikan perbahasannya di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Zawawi berkata selama ini pemimpin tertinggi Umno tidak pernah melabel pemimpin PAS dengan gelaran yang buruk.
Itu berlaku, katanya, ketika PAS sendiri mengelar, menghina serta mempersenda Umno dengan pelbagai nama seperti itik patah kaki.
"Tetapi pemimpin PAS terutama tiga jahanam [...] Presiden PAS, Haji Hadi; Nik Amar, dan juga Sanusi [...] ini mulut-mulut jahat.
"Jadi, Umno kelantan tidak menolak PAS tapi menolak pemimpin-pemimpin PAS yang ada pada hari ini iaitu orang yang saya sebut ini.
"Kalau PAS menolak pemimpn-pemimpin mereka ini, kita boleh terima untuk bersama dengan PAS. Kalau tidak ada Haji Hadi, insya-Allah kita boleh berbincang (untuk bekerjasama) balik, tapi kalau ada dia, biarlah kita dengan kita, dia dengan dia," katanya.
Dalam ucapannya itu juga Zawawi meminta Umno tidak menerima dengan mudah mana-mana wakil bekas wakil rakyat mereka yang ingin menyertai parti itu semula dari Bersatu.
Jika mereka mahu kembali, katanya, letakkan garis akhir (deadline) untuk wakil rakyat terbabit membuat keputusan.
Pada penghujung ucapannya juga Zawawi sempat memuji bekas perdana menteri Najib Razak, yang dirujuknya dengan gelaran popular 'Bossku'.
Katanya ketika ini sebahagian daripada roh Umno ada pada Najib.
"Insya-Allah kita akan selamat jika permata-permata kita lima top five yang di atas bersama Bossku, bincanglah, fikirkanlah, satukanlah untuk kebahagiaan kami dan kami akan berjuang hingga ke titisan darah terakhir," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Jgn bubarkan muafakat nasional walau sesukar mana hubungan umno-pas |
|
|
|
|
|
|
|
mana ada istilah 3 jahannam
3 stooges adalah
|
|
|
|
|
|
|
|
6 jahannam tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Si takiyudin bukan gang jahanam gak ke?
Hadi bawang kata Pas ni forever gear 1. Gear 1 ni means diaorang tak buat apa pun utk rakyat ...diaorang jaga periuk sendiri jer....ahli pas cepat2 lah keluar n boikot terus pemimpin korang yg tak guna ni. Sia2 korang undi...habuk pun takdak... |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 19-3-2022 09:39 PM
6 jahannam tersenyum sinis
3 jahanam tu rogol sapa sis? |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan pas baru kenal umno? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada org nk bukak benang psal lobai pas kena bayar 250k oleh mahkamah sbb pitenah guan eng dapig |
|
|
|
|
|
|
|
sekapir-kapir pakatan rakyat dulu laaa...aku tak ingat pulak mana2 parti baik dapig,pkr ..GA atau kongress parti masing2 maki hamun lobai neh jadi agenda mesorat bila lobai keluar pakatan.ini maki hamun pelacur laaa...berkudis laaa...3 jahanam laaaa.berapa kali lobai sial neh nak kena kencing dgn umngok celaka neh??? |
|
|
|
|
|
|
|
kenangan ittewwww...hanya mainan bagi muuuuu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|