CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1389|Reply: 23

[Politik] Tok Mat : Pemilihan Umno hanya diadakan 6 bulan selepas PRU15, kata Tok Mat

[Copy link]
Post time 19-3-2022 08:07 PM | Show all posts |Read mode
Kata dah , last2 dok mintak nyawa kat Mael Sabri

Sekarang semua dalam tangan Mael Sabri ... time running out for Pok Jib(yg kalah rayuan tu) & Wak Jahid

Tick tock ... tick tock

Sumber

                Pemilihan Umno hanya diadakan 6 bulan selepas PRU15, kata Tok Mat                                                     FMT Reporters -

                    March 19, 2022 6:54 PM                                                        
                                                            
Mohamad Hasan berkata proses penangguhan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) bagi mengelak sebarang isu tidak diingini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno bersetuju pemilihan parti ditangguh selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata keputusan itu akan dimaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPP) bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini.

“Selaku pengerusi jawatankuasa pengurusan, saya perlu mengambil tindakan untuk memastikan apa yang sudah diputuskan ini akan digerakkan dan diambil segala tindakan segera.

“Keputusan yang paling besar sekali yang perlu dibuat segera adalah pemilihan parti akan ditangguhkan enam bulan selepas PRU atau dalam jangka masa enam bulan. Itu satu keputusan besar,” katanya.



                                                                                                            

Mohamad berkata langkah itu diambil kerana beliau khuatir ia bakal berdepan kekangan kerana JPPM terletak di bawah ‘kuasa’ menteri bukan daripada Umno.

Mengulas sebab mengapa penangguhan itu diperlukan, Mohamad berkata, jika ia tidak diluluskan, maka ditakuti akan jadi bibit perpecahan dalam parti.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengelak berlaku perselisihan yang memungkinkan ahli parti akan berpecah-belah dan berlaku kerosakan dalaman sehingga memerlukan pilihan raya berlangsung sekali lagi.

“Jika ini dapat kita lulus, masalah selesai kerana kita bimbang menghadapi PRU selepas pemilihan parti diadakan.

                                                                                                                                                                           
“Sejarah menunjukkan jelas apabila ada pemilihan parti, maka ada perpecahan. Jangan menidakkan perkara ini. Kita tidak mahu parti dalam keadaan tidak baik, bergeseran antara satu sama lain dan berpecah hingga alami pilihan raya lagi.

“Kita tak mahu perpecahan parti, mesti kukuh menghadapi musuh untuk kita tentang. Jangan kita pandang ringan musuh nak jatuhkan kita. Kali ini jika kita jatuh sekali lagi memang susah. Jadi pertahankan maruah dan memartabatkan parti kita,” katanya.

Mengulas tarikh sesuai pembubaran Parlimen, Mohamad berkata, perkara itu memang menjadi perbincangan antara pemimpin tertinggi parti, tetapi tidak ditonjolkan secara terbuka.

“Kami berlima selalu duduk berbincang di rumah, pergi ke yayasan malah kadang-kadang duduk (bincang) ketika makan mi goreng. Kami sebenarnya rapat menguruskan parti,” katanya.

Pada Jun lalu, Umno membuat ketetapan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 18 bulan.  Susulan itu, kepimpinan parti membayangkan pemilihan parti berkemungkinan diadakan penghujung tahun ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2022 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Wak jahit & najibun garu kepala lg.....tp purcaya la, diorg tetap cari jln by hook or by crook
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:29 PM | Show all posts
So key message dia pemilihan UMNO must be AFTER PRU sebab perang saudara dia lebih dahsyat kalau buat BEFORE PRU, nak lawan DAP askar dah tempang

OK faham.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 09:29 PM | Show all posts
patutlah tak sabar nak PRU.
Rupanya lagi tak sabar nak buat pemilihan partey
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:13 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-3-2022 09:29 PM
So key message dia pemilihan UMNO must be AFTER PRU sebab perang saudara dia lebih dahsyat kalau bua ...

lepas PRU...maknanya presiden skrg calon PM...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hello Pak Mael.
Jahid dah tak sabar nak ganti kau.
But whatever...... you have the power as PM of Malaysia
Kau kasi heret Jahid dan Jibbun masuk penjara.  Dua2 ada kes mahkamah kan?
Exercise your power
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2022 10:45 PM | Show all posts
poster boy bakal pm tok mat....yg angkat sumpah najib
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 11:43 PM | Show all posts
sam1528 replied at 18-3-2022 07:30 PM
Laaaa .... masih tak paham ke?

Camno kalo Mael Sabri bertanding untuk jawatan presidang kat pemilihan party asobiyyah akhir tahun ni & PRU lepas tu

Masa tersebut kes Pok Jib(yg kalah rayuan tu) & Wak Jahid pon dah selesai

Tok Mat nak lawan camno?

Askar2 Mael Sabri adalah munti2 & time tu duit pon dah cukup untuk bertanding

Apa yang Mael Sabri susah?

https://bm.cari.com.my/forum.php ... page=3#pid150715621 - Kos PRU-15 guna belanja ratusan juta, tapi UMNO tetap mahu ia disegerakan

Semalam, you kata lain. Malam ini, nampak you sudah cakap salah. @sam1528
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2022 11:47 PM | Show all posts

Depa mintak

Kuasa ROS kat tangan Hamzah Zainuddin

Percaturan semua sekarang kat tangan si Mael Sabri

Tu pasal hari ni depa dah slow sikit desak si Mael Sabri


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2022 11:49 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 19-3-2022 11:53 PM

.
Dari ucapan PM9 Ismail Sabri di PAU2021 hari ini, kemungkinan besar PRU15 akan diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri, iaitu  Mei atau Jun 2022, dengan persetujuan Agong.

Kalau betul, siapa akan jadi PM selepas PRU15, iaitu kalau UMNO menang besar.? Zahid.? Tok Mat.?

.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2022 11:52 PM | Show all posts
lurkingaround replied at 19-3-2022 11:49 PM
.
Dari ucapan PM9 Ismail Sabri di PAU2021 hari ini, kemungkinan besar PRU15 akan diadakan selepas Ha ...

Kemungkinan

Tengok aje lah camno

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 12:22 AM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 20-3-2022 01:32 PM
sam1528 replied at 19-3-2022 11:47 PM
Depa mintak

Kuasa ROS kat tangan Hamzah Zainuddin

Percaturan semua sekarang kat tangan si Mael Sabri

Tu pasal hari ni depa dah slow sikit desak si Mael Sabri

.

Untuk pengetahuan anda, Zahid, Tok Mat dan Ismail adalah sehaluan mengenai ketetapan PRU15 dan Pemilihan UMNO. .......

https://umno-online.my/2022/03/1 ... smail-sabri-yaakob/ - 2022/03/19 - ucapan-penggulungan-naib-presiden-umno-datuk-seri-ismail-sabri-yaakob
... 4. Benar seperti yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, “Kerajaan dan Parti harus seiring jalan.”
5. Dokongan dan sokongan pucuk pimpinan parti kepada Jemaah Menteri UMNO akan kami buktikan bahawasanya UMNO-lah satu-satunya parti yang terbukti menjaga kepentingan agama bangsa dan tanah air serta kebajikan Keluarga Malaysia. ...

MENUNAIKAN KETETAPAN PARTI

Keluarga UMNO yang saya kasihi,
11. Sejak BN kembali memimpin kerajaan, sudah banyak kejayaan yang kita capai. Selaku orang parti, paling penting bagi saya adalah menunaikan ketetapan parti. ...

64. Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.
65. Ini juga akan dibincangkan dengan MKT dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda.
Langit mendung angin menderu,
Gugur setangkai bunga melati,
Biar bergaduh bertemu seteru,
Perlembagaan dijunjung Raja dihormati.


PENUTUP
Keluarga UMNO Yang Dikasihi
66. Sebelum saya menutup ucapan ini. Saya menyeru kepada seluruh Keluarga UMNO supaya merapatkan saf. Jangan benar mana-mana anasir yang boleh mengganggu gugat keharmonian keluarga kita. ...

.
Biasanya, Menteri Dalam Negeri dan ROS tak kacau atau campur-tangan dalam  hal ehwal dalaman dan urusan parti2 politik. Bukankan Pemilihan UMNO sudah ditunda 1 tahun oleh kepimpinan parti UMNO dari Dis 2021 ke Dis 2022.? = tiada masaalah dari Hamzah atau ROS. Hanya macai2 PH/PKR/DAP yang nak buat kacau bilau = mereka adalah anasir2 jahat yang dirujuk oleh Ismail Sabri di atas.
.



Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah abis tempoh. Kalo yakin dpt sokongan Buat jela pemilihan. Masalahnya mmg tak yakin kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye lah, lepas pru nnti mana mungkin mail Sabri jdi pm lgi,poster boy pasti bertukar. So bila pm bukan lgi mail, xda la org nak undi mail jadi presiden umngok. Sifir mudah puak2 kluster mahkamah nak naikkan mangkuk lain jadi pm dan presiden umngok. Xpa lah Busuk2 Melayu kita jugak bak kata poremer adelea. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 19-3-2022 10:43 PM
Hello Pak Mael.
Jahid dah tak sabar nak ganti kau.
But whatever...... you have the power as PM of  ...

Kalau mail ni bijak sikit, mmg dia patut jatuhkan najib dgan zahid tu secepat mungkin, dua2 tu dh gila kuasa dan berkemungkinan besar cuba nak jatuhkan mail lembab ni. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian bapak dafi. Imej bersih tapi takde power. Suka menteri imej bersih mcm dia & muhyddn. Kalau masih lagi agongkan yg ada kes mahkamah, melingkup lah parti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2022 10:26 AM | Show all posts
lurkingaround replied at 20-3-2022 12:22 AM
.

Untuk pengetahuan anda, Zahid, Tok Mat dan Ismail adalah sehaluan mengenai ketetapan PRU15 dan P ...

Ye ke?

ROS yang tetapkan boleh atau tidak lagi sekali tangguh pemilihan tersebut

Sapa bos ROS?

Konfom lah , segala percaturan dalam tangan si Mael Sabri .... tu pasal sekarang depa dah slow serang dia

Sapa2 lagi nak masuk dalam?


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 01:38 PM | Show all posts
Edited by lurkingaround at 20-3-2022 02:12 PM
dodolgemok replied at 20-3-2022 07:45 AM
Ye lah, lepas pru nnti mana mungkin mail Sabri jdi pm lgi,poster boy pasti bertukar. So bila pm bukan lgi mail, xda la org nak undi mail jadi presiden umngok. Sifir mudah puak2 kluster mahkamah nak naikkan mangkuk lain jadi pm dan presiden umngok. Xpa lah Busuk2 Melayu kita jugak bak kata poremer adelea. Kahkahkah

.
Untuk kaum Melayu, Asal Bukan DAP (dan PH) kerana puak DAP yang berimpian untuk menghapuskan Artikel 153/Hak Istimewa Melayu adalah lebih jahat, spt isu ICERD dan Laut Cina Selatan.

Kronisme UMNO juga menguntungkan kaum Melayu/bumiputera, spt kroni2 punya keluarga, saudara mara, kawan2 rapat, kongsi2 Ali-Baba, sub-kontraktor2, pembekal2, pekerja2, dll, spt DRB-Hicom, Petronas, TM, TNB, dll.
.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 01:43 PM | Show all posts
dodolgemok replied at 20-3-2022 07:46 AM
Kalau mail ni bijak sikit, mmg dia patut jatuhkan najib dgan zahid tu secepat mungkin, dua2 tu dh  ...

.
Kalau UMNO/BN menang besar di PRU15 pada Jun 2022, mengapa tak boleh PM10 = Tok Mat untuk 1.5 penggal dan kemudian PM11 = Ismail Sabri.?
.


Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2022 01:51 PM | Show all posts
amyza replied at 20-3-2022 07:55 AM
Kesian bapak dafi. Imej bersih tapi takde power. Suka menteri imej bersih mcm dia & muhyddn. Kalau m ...

.
Apa boleh buat - Ismail Sabri hanya Naib Presiden UMNO. Biasanya, PM adalah Presiden UMNO bila BN menang PRU. Kerana kes2 mahkamah oleh PM7 Tun M, Presiden UMNO, Zahid, tak dapat jadi PM9.


Kes rasuah/suapan 1MDB Najib patut didakwa tapi kes2 mahkamah lain yang mengenakan pemimpin2 UMNO yang lain, spt Zahid, Tg Adnan, dll, mungkin tak patut.
.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.403274 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list