CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2399|Reply: 11

[DUNIA] Aduhai sedihnya JADI melayuuuu

  [Copy link]
Post time 29-3-2022 10:02 AM | Show all posts |Read mode
ADUHAI SEDIHNYA JADI MELAYU.



Bila ada kisah atau peristiwa negatif tentang Melayu dalam sejarah, maka semua etnik rumpun Melayu yang lain tumpang sekaki mengutuk bangsa Melayu dengan tak malunya. 'Eh teruk betul orang Melayu dulu ek...dah la pelupa, bodoh, suka berperang dan tak bersatu, sebab itu mudah kena jajah '. Si Bugis pun cakap , Aah betul tu, semua Melayu macam tu, lembik dan lemah, tak macam orang Bugis yang hebat belaka. Si Minang pula cakap, Iyo batui tu Melayu ni tak pandai, orang Minang banyak yang cerdik pandai banyak cendekiawan. Si Banjar pula cakap, Melayu panakut, masa komunis mengamuk dahulu Melayu lari manciput, Banjar haja yang timpas. Si Jawa pula cakap, Melayu pemalas, semua kerja kita orang Jawa yang sental sebab Jowo memang rajin.

Tapi bila kita bercerita tentang sejarah yang gemilang tentang bangsa Melayu dan sejarah yang membanggakan tentang Melayu, maka semua turut tak malu nak tumpang sekaki. Si Bugis mula mengaku Melayu, Si Minang mula mengaku sebagai Melayu, si Banjar mengaku Melayu, malah si Jawa mengaku Melayu-Jawa. Bila ada satu parti politik tu ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan ketuanan Melayu maka semua suku-suku rumpun Melayu yang sebelum ni tak mengaku Melayu dan malu mengaku Melayu mula tersenyum kerang dan jadi Melayu dalam borang keahlian dan IC. Semua nak dapat kelebihan yang sama macam Melayu, semua nak dapat tanah macam Melayu, semua nak dapat biasiswa macam Melayu dan subsidi macam Melayu.

Tapi bila ada statistik yang sebut banyak pengangur adalah Melayu, banyak penagih adalah Melayu, banyak banduan adalah Melayu, banyak perasuah adalah Melayu maka semua suku rumpun Melayu yang lain tadi mula sembunyi belakang kemuncup dan tak mengaku yang depa Melayu. Padahal statistik tersebut semua termasuk yang suku-sakat rumpun Melayu tadi JUGOK! Malah ada yang memang mak pak dia Melayu pon sanggup tak mengaku Melayu sebab kononnya dulu tok nyang belah nenek tiri kedua dia ada kahwin dengan Cina Hainan or dengan Siam Bangkok or dengan Bangla, or dengan Mat Saleh. Jadi bagi dia… "I bukan Melayu pure, so i tak campur dengan statistik tu sebab i celop". Celop kepala %^&**! aok.

Bukan itu sahaja malah ramai yang buang bangsa sebab katanya tak ada class dan tak penting. Yang aliran agama buang Melayu sebab nak jadi Arab, yang belajar aliran omputeh buang Melayu sebab bagi depa Melayu bangsa kolot dan tak maju, yang liberal pula buang Melayu sebab nak 1 Malaysian.

Kesian sungguh nasib Melayu. Sejak dari dulu sampai sekarang selalu jadi mangsa persepsi yang negatif. Pelbagai tohmahan dan tuduhan bangsa ini terima sejak zaman berzaman. Bukan sahaja daripada orang luar tetapi juga suku sakat rumpunnya sendiri. Bak kata kawan saya, kalau bangsa Melayu ni TAIK sangat mengapa sejak beribu tahun banyak pendatang, pendagang, penjajah dan penjarah yang datang sini dan bertemu dengan orang Melayu dan mengkaji pasal orang Melayu, menulis pasal orang Melayu dan kerajaan-kerajaannnya yang gemilang.

Malah siap BERKAHWIN campor dengan orang-orang Melayu. Kenapa bangsa yang kononnya macam TAIK ini selalu dijilat dengan penjajah dan suku-suku rumpun bangsanya sendiri dengan rakusnya? Begitu teruk persepsi negatif tentang orang Melayu sampaikan Syed Muhammad Naquib al-Attas terpaksa tulis makalah untuk membela si bangsa Melayu yang dituduh sebagai pemalas.

Kalau dibaca dalam catatan-catatan awal oleh bangsa luar tentang Melayu maka kita akan dapat lihat mereka menyebut bahawa Melayu ini adalah satu suku bangsa yang baik peri lakunya, suka bertolak ansur, suka berdiplomasi, sopan santun, berbudi pekerti, sukakan kelembutan, bunyi-bunyian, kata-kata yang berirama, kesenian dan alam sekitar. Keluhuran budi dan pekerti Melayu itulah yang menyebabkan bangsa-bangsa luar begitu tertarik nak menjajah, berdagang, malah berkahwin serta bercampor gaul dengan orang-orang Melayu sehinggakan mereka sanggup mengaku sebagai Melayu.

Jika anda seorang Melayu maka seharusnya anda hargainya dan jangan sesekali biarkan bangsa-bangsa lain mengejek, mencemoh dan menganjing bangsa anda. Jangan lah rasa rendah diri sangat atau ada Inferiority complex kalau anda tak ada darah keturunan Teuku Po Cut Aceh atau Daeng berlima Bugis atau Karaeng Mengkassar atau Datuak Ninik Mamak Minang, atau Gusti Pangeran Banjar atau Kyai Sunan Jowo atau Pendekar Batak Mendeiling. Jika anda hanya seorang Melayu kampung dari Bukit Berapit atau Buntut Pulau sahaja pon harus berbangga menjadi Melayu.

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengubah stereotype tentang Melayu. Jadikan diri anda seorang Melayu yang hebat, rajin, berilmu, beramal, beriman, berani dan tabah. Sebenarnya sifat-sidat tersebut telah lama ada dalam bangsa Melayu, cuma ianya telah diselubungi oleh suara-suara sumbang yang sering mentohmahkan perkara-perkara yang negatif kepada Melayu.

Dan yang paling sadis ada diantaranya dilakukan oleh anak Melayu sendiri. Akibatnya mereka telah menjatuhkan semangat anak bangsa mereka sendiri. Bila anak bangsa tak ada semangat nak bangun, nak bangkit dan nak maju maka mereka mula salahkan Melayu balik. Pusing-pusing tang tu jugak balik-balik Melayu yang salah orang lain semua betul, asalkan bukan Melayu.

Seharusnya kita pekakkan telinga kita daripada penganjing-penganjing ini, butakan mata kita daripada tulisan-tulian negatif dan fitnah yang mereka bebelkan. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu kaum atau bangsa itu sehina-hina TAIK, kerana Allah SWT itu maha mengasihani, maha pemurah serta maha mengetahui akan kelebihan setiap ciptaannya.

Percayalah wahai anak Melayu sekalian, bahawa Allah takkan jadikan bangsa Melayu ini sia-sia. Jadi cukuplah daripada terus menerus menganjing bangsa yang bernama Melayu ini, kerana sepertimana bangsa-bansga lain Melayu juga ada tempatnya dalam dunia milik Allah ini.

Bukanlah saya nak kata yang bangsa Melayu ni bangsa pilihan Allah. Kita bukan nak tiru macam Yahudi laknatullah yang kata bangsa depa bangsa terpilih dan bangsa lain Goyyim. Saya bukan juga nak kata yang semua ornag Melayu itu baik dan bagus dan sempurna.

Apa yang saya nak kata ialah setiap bangsa atau suku atau etnik itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Melayu juga ada kelebihanya , tapi yang menjadi masalah ialah apabila banyak orang hanya suka menulis dan menunjukkan perkara-perkara negatif dan buruk-buruk saje tentang orang Melayu. Apa faedahnya yang awak dapat buat begitu? Adakah dengan cara itu orang Melayu akan sedar dan jadi lebih baik? Setakat ini tak terbukti lagi cara itu berjaya. Lagi menjahanamkan dan menjatuhkan orang Melayu lagi ada.

Mungkin anda tidak sedar betapa bertuahnya anda yang lahir sebagai Melayu. Kerana anda lahir seorang Melayu maka anda telah menerima nikmat yang paling berharga dalam dunia yakni nikmat ISLAM. Bayangkan kalau anda lahir sebagai salah seorang daripada mana-mana suku rumpun Melayu yang masih belum Islam?
Harap maaf sekiranya tulisan saya kali ini menyentuh sensitiviti suku kaum tertentu.

Bukanlah maksud saya untuk menyudutkan mana-mana suku rumpun nusantara tetapi sekadar menyatakan apa yang benar sahaja tentang fenomena yang berlaku dalam lembaran sejarah di Negara kita.

Saya secara peribadi adalah seorang yang berpegang kepada pendapat bahawa seluruh rumpun Melayu itu adalah Bangsa Melayu, oleh itu saya berpegang bahawa semua rumpun Melayu harus memikul sama berat dan menjinjing sama ringan.

Janganlah asyik disudutkan kepada bangsa Melayu sahaja perkara-perkara yang negatif kerana kita semua adalah dari akar genetik dan linguistik serta budaya yang sama sahaja. KITA SERUPA TAK LEBIH TAK KURANG. Sekian Wallah hu’lam.
*Maaf sekali lagi atas bebelan yang panjang ini.



~ASJ~
Sumber : The Patriot

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 07:23 PM | Show all posts
Tak payah pura pura tak sedar. Dulu hamba seks Bugis bangsa lembik pengecut lebih laku di Tanah Melayu dari hamba abdi Jawa.
Sekarang pula babu Minangkabau bangsa primitif hina dina dianggap lebih rajin oleh tuan Melayu dari babu indon lain seperti jawa atau Aceh. Dulu komunis hanya berani zalimi keturunan imigran indon terutamanya Banjar. Ada sesuatu tentang etnik ini yang membuatkan komunis bapok nampak  perkataan "pondan" atau " hamba seks" saja tiap kali memandang mereka. Itu sebabnya timbul  beberapa kisah  penentangan kaum banjar yang tak tahan dizalimi.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah lama perasan.
Bangsa Melayu ni bangga betul kalau bukan 100% Melayu......aku suku Minang,  suku Mendailing bagai. Padahal suku Batak tu lagi teruk........mengamal canibal (orang makan orang). Orang Bugis suku sakat Toraja dengan adat kuno dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 11:42 AM | Show all posts
Yang ngkaw pegi accept deme jadi Melayu naper? Mak memang tak accept petualang scumbag neh sumer jadi Melayu. Uhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 03:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaji semula sejarah Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Jangan belajar melalui buku sejarah sekolah yang banyak menipu. Bila kita mula mengenal diri, keturunan baru lah ada kesedaran. Selama ini kita ditipu hidup-hidup oleh bangsa sendiri yang memegang kunci kemerdekaan. Berapa ribu ekar tanah di Tanah Melayu ini tergadai kepada bangsa lain secara percuma sahaja. Org Melayu pula terpaksa merempat di negara sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2022 03:32 PM | Show all posts
erinarir replied at 17-4-2022 07:19 PM
Kaji semula sejarah Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Jangan belajar melalui buku sejarah sekolah yang ...

Hihih. Kaum bukan bumiputera dah dapat segala macam tongkat & tanah sejak zaman british hingga sekarang masih juga tetap jaguh merempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2022 03:47 PM | Show all posts
Nasihat aku kepada bangsa bukan melayu seluruh dunia semua ialah cermin bangsa sendiri dulu. Jangan sampai aku hina senang senang saja bangsa mereka.Aku tak suka  menggunakan fakta mutlak untuk menangkis tohmahan yang cuma berpandukan fantasi bangsa bapok mereka. Tapi kalau mereka berdegil  maka aku terpaksa menghina kaw kaw punya. Jangan sangka bangsa inggeris pondan yang pernah ditakluk denmark sekangkang kera tiga kali berturut turut itu bagus sangat. Jangan anggap bangsa Arab lemah longlai pemalas lagi primitif itu tak pernah diganyang oleh melayu zaman empayar Zabag dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm realiti sekarang mmg nmpak bangsa melayu dipandang rendah walaupun majoriti di malaysia..tgok lah yg hisap dadah,mat rempit,sumbang Mahram,rogol,basikal lajak,rasuah semua bangsa melayu yg monopoli..tgok isu bsikal lajak berbakul2 bangsa lain Perli melayu tu sendiri..bila Komen pon dorang akn Perli kami x rogol anak kami sendiri mcm melayu..nak marah dorang pon tpi mmg realiti nya pon..disaat bngsa lain memajukan kan diri dorang  Ade bangsa melayu sibuk merosakkan diri..dpt harta gi jual, mala's nk berusaha sibuk no kaya cepat..bangsa melayu sekarang dh x gah mcm dlu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2022 09:12 PM | Show all posts
cucuq replied at 21-4-2022 01:30 PM
Dlm realiti sekarang mmg nmpak bangsa melayu dipandang rendah walaupun majoriti di malaysia..tgok la ...

Bodoh engkau nyah. Kaum bukan melayu semua monopoli kegiatan rogol anak sendiri walau mereka kaum minoriti.  Menagih dadah, basikal lajak, rasuah semua tak hina. Yang hina adalah menjadi amah di rumah kaum lain atau menjadi hamba abdi dan hamba seks di negara lain seperti yang terjadi kepada kaum cina, india dan bukan melayu lain. Kaum bukan melayu juga dipandang hina kerana makan nasi percuma di soup kitchen tajaan melayu. Melayu tak ada langsung ciri ciri hina itu semua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2022 09:27 PM | Show all posts
Dulu belanda bukan saja hormat melayu. Malah mereka boleh dikatakan takut melayu. Setelah diaibkan beberapa kali oleh melayu mereka lebih cenderung menjadi rakan atau sekutu kepada melayu manakala etnik lain seperti indon, cina, india termasuk mamak semua dilayan belanda macam binatang saja dalam keadaan tertentu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 01:59 AM | Show all posts
Aduh bangsa melayu malaysia ni masalahnya cepat sgt melatah...org cakap sikit terus butthurt nak salahkan bangsa lain dah kenapa? org kutuk filem silat pon dikatanya kutuk melayu...melayu mati eksiden kena langgar org bukan melayu pun dah dikira melayu kena tindas...sudah2 lah sikap ultra tu sedara sedari...tak kemana pun jadi ultra ni...kita ni in the end hamba yg esa je..dah lupa ke?

BTW topik thread ni pasal apa sebenarnya? dah mcm sembang rawak yg isi meraban dan merapu je "The Patriot" ni tulis...aku malas nak komen mula2 thread ni up dulu tapi alang2 dah ranciak ni... and boleh tak kita fokus kpd cerita melayu tanpa perlu libatkan bangsa lain?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2022 02:10 AM | Show all posts
erinarir replied at 18-4-2022 03:19 AM
Kaji semula sejarah Tanah Melayu dan bangsa Melayu. Jangan belajar melalui buku sejarah sekolah yang ...

Setuju!! U have the point! Dah sampai masanya org melayu menilai semula cara mereka mengkaji/menulis sejarah...jgn cepat melatah bila org suruh kaji balik sejarah...setakat hari ni I tgk byk dokumentari sejarah melayu ni lebih kpd nak cerita yg sedap2 je...tapi mereka lupa untuk secara jujur tulis benda2 yg tak sedap...contohnya mcm surat kesultanan selangor kpd inggeris utk bisnes candu...kita tutup sebelah mata tang candu...kita nak cerita yg sedap je konon2 sultan boleh deal sama level dgn Inggeris...that's what I meant by nak tulis yg sedap2 je...dan cerita sejarah kita byk kepada penulisan yg terpilih...yg best kita tulis, tak best simpan dalam laci gitewww...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.088020 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list