CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1674|Reply: 0

Kanak-kanak tidak patut ada akaun media sosial

[Copy link]
Post time 31-3-2022 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak tidak patut ada akaun media sosial


Ibu bapa perlu pantau dan ambil tahu laman yang dikunjungi anak. - Foto hiasan

Kuala Lumpur: Kanak-kanak tidak wajar memiliki akaun media sosial peribadi kerana ia boleh mendedahkan mereka dengan pelbagai salah laku siber termasuk jenayah pedofilia.

Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, berkata semua pihak perlu sentiasa berwaspada ketika menggunakan media sosial dan perkara ini tentunya lebih membimbangkan bagi kanak-kanak.

"Kanak-kanak tidak perlu memiliki akaun, malah sepatutnya tidak boleh kerana ada had umur.

"Tetapi sebagaimana kita ketahui, memang ada berlaku dalam kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi BH.

Memberikan panduan kepada ibu bapa, Dr Amer Siddiq berkata, mereka perlu tahu laman yang dikunjungi anak.

"Jika boleh gunakan aplikasi atau filter yang akan memberitahu apakah aplikasi dilayari mereka.

"Selain itu, ajar anak risiko ketika berada di alam maya, misalnya, jangan beri maklumat kepada orang yang tidak dikenali, selain waspada jika ada individu (mungkin menyamar sebagai kanak-kanak) terutama jika meminta bahan pelik seperti gambar dan seumpamanya," katanya.

Penggunaan laman sosial dalam tempoh lama akan meningkatkan lagi risiko gangguan seksual dan seumpamanya.

"Ada kajian menunjukkan tumpuan kita semakin lama semakin singkat.

"Ada yang berpendapat ia ada kaitan dengan penggunaan alatan elektronik.

"Kita semua perlu memastikan masa dengan gajet dikawal, buat aktiviti lain yang bermanfaat seperti bersenam," katanya.

Beliau turut menambah, ibu bapa perlu lebih peka dengan penggunaan alatan elektronik anak, terutama dalam keadaan pandemik sekarang.

Selari dengan arahan kerajaan yang memutuskan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), penggunaan dan kawalan gajet perlu dipastikan lebih tertumpu ke arah pendidikan.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... -akaun-media-sosial

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.061586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list