CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1846|Reply: 14

Ramadhan Kareem 1443 Hijrah ; 3 April 2022 M - Ramadhan Kareem ( jawab : Allahu Akram)

[Copy link]
Post time 2-4-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 2-4-2022 01:49 PM

Assalamualaikum warahmatullah

kepada warga CARI,

Moderators board ini ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan...
Maaf Zahir Batin...

Semoga diteruskan istiqamah daripada Ramadhan 1442 Hijrah dan diteruskan istiqamah itu sebaik and semampu mungkin. Insya ALLAH.


---------------------------------------

Di sini juga saya paparkan e-book terbitan Pejabat Mufti  Wilayah Persekutuan.

sumber pautan :

https://www.facebook.com/muftiWilayahPersekutuan

MARHABAN YA RAMADAN (Infografik Hukum & Fatwa)

Ramadan Tiba, Ramadan Tiba…

Bersempena dengan kedatangan Ramadan Al-Mubarak kali ini, PMWP melancarkan Ebook “Marhaban Ya Ramadhan” sebagai panduan hukum dan fatwa berkenaan ibadah di bulan Ramadan kepada umat Islam.

Jawapan-jawapan hukum yang bersifat ringkas dan berbentuk infografik menarik ini semestinya memberikan kemudahan kepada para pembaca di pelbagai peringkat, selaras dengan slogan kami,  “Mufti Care”, :Solusi Masalah Hukum Anda

Selamat merebut peluang beramal ibadah kepada seluruh umat Islam  semoga Ramadan kali ini disambut lebih baik daripada sebelumnya.

PAUTAN E-BOOK :

https://muftiwp.gov.my/media-menu/penerbitan/ebook/5183-marhaban-ya-ramadan?fbclid=IwAR0xTmQqLDMzeZs3criaH7VRTHexoK-6RC-vtnTsBcn6X-bvfMW4QOag2S8


















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2022 01:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2022 02:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2022 07:24 PM | Show all posts
di Radio IKIMfm sepanjang bulan Ramadhan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2022 07:28 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-4-2022 07:29 PM

Doa ketika Berbuka

Irsyad al-Hadith siri Ke-195: Doa Berbuka Puasa
Soalan: Apakah terdapat doa berbuka puasa daripada hadith?

Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Berdasarkan soalan di atas, kita dituntut di dalam agama untuk sentiasa berdoa kepada Allah walaupun ketika makan. Tambahan pula, doa orang yang berpuasa adalah mustajab. Terdapat satu hadith di dalam Sunan Abi Daud:

• Daripada Ibn Umar RA berkata, bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka, Baginda SAW membaca (doa):
ذَهَبَ الظَّمَأُ، وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ، وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
Maksudnya: "Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat dan telah ditetapkam pahala insyaAllah". [Riwayat Abu Daud (2357)][Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah hasan]

Menurut Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar, makna “الظَّمَأُ” di dalam hadith di atas adalah dahaga. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ لَا يُصِيبُهُمْ ظَمَأٌ
Maksudnya: “Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga”. [Lihat: al-Taubah:120]
Tambahan pula, terdapat satu lagi doa yang masyhur dalam masyarakat kita apabila hendak berbuka adalah:

• Daripada Muaz bin Zuhrah, telah sampai kepadanya bahawa Nabi SAW bersabda apabila hendak berbuka:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka”. [Riwayat Abu Daud (2358)] [Imam al-Nawawi di dalam al-Azkar menghukum hadith ini sebagai mursal iaitu sanadnya terputus iaitu nama sahabat gugur di dalam sanad hadith ini]


Kami berpandangan bahawa setiap orang boleh dibolehkan berdoa dengan apa jua doa selagimana maksud atau makna doa itu tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadith Nabi SAW tanpa menyandarkannya kepada Rasulullah SAW. Akan tetapi, jika ingin dilihat dari sudut status hadith, doa yang pertama lebih sahih dari sudut sanadnya berbanding hadith yang kedua.


Di sini kami sertakan beberapa lagi lafaz doa yang dinukilkan oleh Ibn Sunni di dalam kitabnya. Antaranya adalah:
• Daripada Muaz bin Zuhrah, adapun Rasulullah SAW bersabda apabila hendak berbuka:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمْتُ، وَرَزَقَنِي فَأَفْطَرْتُ
Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah membantuku maka disebabkan itu aku telah berpuasa dan Dia telah memberi rezeki kepadaku maka aku berbuka dengannya”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (479)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah mursal kerana Muaz bin Zuhrah tidak mendengar langsung daripada Nabi SAW]


• Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda ketika berbuka:
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْنَا، وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْنَا، فَتَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami kerana Engkau kami berpuasa dan dengan rezeki Engkau kami berbuka maka terimalah daripada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ”. [Lihat: Amal al-Yaum wa al-Lailah (480)] [Syeikh al-Arna’outh menghukum sanad hadith ini adalah dhaif]
• Daripada Abdullah bin ‘Amr  berkata bahawa Nabi SAW apabila hendak berbuka beliau bersabda:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِي
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku memohon kepada-Mu dengan rahmat-Mu yang mana meliputi semua perkara agar Engkau ampunkan aku”. [Riwayat Ibn Majah (1753)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan]


Penutup
Kesimpulannya, kita dituntut untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan sekalipun. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dan kesihatan yang baik dalam menghadapi dan menyempurnakan bulan Ramadhan yang mulia ini. Amin.
Wallahua’lam

pautan asal :
https://www.facebook.com/profile ... %20ketika%20berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem kepada semua forumers tak kira supermod, Mod atau forumers marhaen je

Maaf jika ada keikhlafan semasa berforum.

Thanks for sharing the good info
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-4-2022 06:24 PM | Show all posts

Tazkirah

Edited by mbhcsf at 3-4-2022 06:27 PM

Ramadan & Tadabbur

Madrasah Ramadan 2022

Tajuk : Ramadan & Tadabbur
Penyumbang : Dr Mohd Zaidi Ismail / Timbalan Ketua Pengarah IKIM
Pautan asal:
https://www.facebook.com/institutkefahamanislammalaysia/videos/1670715773279805

INTIPATI :
  • definisi tadabbur
  • Kaitan dan makna mendalam  tadabbur dengan mata hati and jiwa insani
  • Memanfaatkan taddbur dalam kehidupan seharian










Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2022 12:28 AM | Show all posts
Waalaikumussalam
Allahu Akram

Ramadhan Mubarak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2022 07:20 PM | Show all posts
Doa berbuka puasa



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2022 07:30 PM | Show all posts
KELEBIHAN DOA ORANG BERPUASA

3 Golongan Yang Doa Mereka Tidak Ditolak

1️⃣ Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka
2️⃣ Doa pemimpin yang adil
3️⃣ Doa orang yang dizalimi

https://www.facebook.com/photo?f ... t=a.229683412535970

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2022 07:31 PM | Show all posts
DUA KEGEMBIRAAN BAGI YANG BERPUASA
1️⃣ Kebanyakan manusia terjerumus dalam kegembiraan palsu yang penghujungnya adalah kesengsaraan kerana kegembiraan hakiki itu hanyalah daripada Allah SWT.
2️⃣ Allah SWT menjanjikan melalui lidah Rasul-Nya akan mengurniakan dua kegembiraan kepada orang yang berpuasa dengan mematuhi adab-adabnya dengan sempurna.

https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 02:56 AM | Show all posts
ipes2 replied at 4-4-2022 12:28 AM
Waalaikumussalam
Allahu Akram

oh, Ramadhan Mubarak to you too...
Wow, Ramadhan in the showers of spring ...cool.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 02:57 AM | Show all posts
3chanceno replied at 2-4-2022 10:03 PM
Selamat Menyambut Ramadhan Kareem kepada semua forumers tak kira supermod, Mod atau forumers marhaen ...

Allahu Akram.

Selamat menyambut ramadhan mubarak to you too.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 06:59 PM | Show all posts
Tajuk : "Ramadan Menjulang Martabat Perhambaan Insan"
Penyumbang : Dr Mohd Farid Mohd Shahran,
Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik IKIM

Tonton bingkisan takziah yang diadaptasi dari Buku Madrasah Ramadan Terbitan IKIM.
Pelbagai topik disajikan sepanjang bulan Ramadan

Buku Madrasah Ramadan juga boleh didapati ditalian / pautan berikut :
Website IKIMNiaga: [color=var(--blue-link)]https://ikimniaga.my


Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi di aplikasi whatsapp seperti pautan berikut:
[color=var(--blue-link)]http://www.wasap.my/+601157695400

pautan asal :
https://www.facebook.com/tvikim/videos/787758425532756






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2022 11:01 PM | Show all posts
Madrasah Ramadan - "Ramadan : Elakkan Pembaziran"
MADRASAH RAMADAN 2022
Tajuk : "Ramadan : Elakkan Pembaziran"
Penyumbang : Wan Roslili Abd Majid,
Felow Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik IKIMTonton bingkisan tazkirah yang diadaptasi dari Buku Madrasah Ramadan Terbitan IKIM.









Pelbagai topik disajikan sepanjang bulan Ramadan
Buku Madrasah Ramadan juga boleh didapati ditalian / pautan berikut :
Website IKIMNiaga: https://ikimniaga.my
Atau sebarang pertanyaan boleh hubungi di aplikasi whatsapp seperti pautan berikut:
http://www.wasap.my/+601157695400

pautan asal:
https://www.facebook.com/ikimfm/videos/543174300656104




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.144390 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list