CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1171|Reply: 0

[DUNIA] BATU ARANG, SELANGOR "HANGUS"DIBANTAI PENGGANAS KOMUNIS

[Copy link]
Post time 7-4-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
BATU ARANG, SELANGOR "HANGUS"DIBANTAI PENGGANAS KOMUNIS




Pada zaman darurat 1948-1960, Batu Arang, Selangor menjadi lokasi pertempuran utama antara pengganas komunis dengan pihak tentera British. Pengganas komunis sengaja sabotaj pokok-pokok getah di ladang-ladang, rumah majikan orang putih, lombong-lombong dan sebagainya. Kedudukan Batu Arang di kawasan berbukit-bukau dan sistem jalan raya yang berliku-liku menyebabkan lokasi ini amat strategik untuk pengganas komunis. Antara ladang yang menjadi sasaran ialah Ladang Tuan Mee. Pada masa itu hampir kesemua ladang dimiliki oleh peladang British dan pekerjanya dibawa dari Ceylon (Sri Lanka).



Pihak British terpaksa mengambil ramai pemuda Melayu untuk menjadi Special Constable untuk mengawal lombong dan ladang-ladang ini. Operasi utama mereka ialah di pondok-pondok kawalan pada sebelah malam. Antara yang pernah bertugas sebagai Special Constable di Batu Arang ialah Abdul Hanif bin Mohd Baki pada 1952. Pada 1958, Batalion ke-7, Rejimen Melayu dipimpin oleh 258248 Major P.G.F. Sutton.
Ibu pejabat Batalion ke-2 Scots Guards telah ditempatkan di Batu Arang pada Ogos 1949. Antara yang pernah bertugas di situ ialah John T MacKenzie,Kapten Swinton,Sarjan Robert Crabb dan Sarjan George West. Hampir kesemua tentera British ini pernah bertugas di Jerusalem, Palestin.



Kapal terbang Spitfire dan Dakota terhempas selepas berlanggar di Serendah pada 2 November 1948. Leftenan P.G. Ballard , Sign.II N. Tyson, Nav.II F. White dan D.K. Hayes turut terbunuh. Pada 19 Mei 1949 pengganas komunis menyerang pasukan tentera di Batu Arang.

Antara yang terbunuh ialah 397604 2nd Lieutenant P.W.B. Graham-Watson dan beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Kristian Jalan Cheras,Kuala Lumpur.Leftenan R.A.C. McKenzie terbunuh di Kuala Kubu, pada 21 Oktober 1949 .Kapten M.G. Bax terbunuh dalam serang hendap di Kanching ,Selangor pada 11 Jun 1950.Leftenan W.A. Almond terbunuh ketika bertempur di Kuala Selangor pada 5 December 1950.

Leftenan F.P.A. Malone terbunuh ketika bertempur di Rawang pada 17 April 1951.Leftenan D.R. Nelder terbunuh ketika bertempur di Batu Arang pada 2 Mei 1941 .Kapten E.A. Deed terbunuh di New Caledonia Estate, Batu Arang pada 22 Oktober 1951. Pada 10 November 1952,pengganas wanita , Wong Choon Lan berjaya ditembak di Kundang, Batu Arang. Dia ialah anggota komunis Batu Arang. Bom grenad terdapat di tangan di pinggangnya. Kejayaan itu disiarkan dalam akhbar The Strait Times pada 10 November 1952.



Pada 9 Julai 1949 pengganas komunis menyerang kedai berhampiran Kuala Lumpur. Polis yang tiba kemudian telah bertempur dengan komunis. Dua buah kem besar pengganas telah dijumpai di Kuala Pilah dan dua lagi di Jelebu. Ketika itu , British melihat semua Cina ialah pengganas atau berpotensi menjadi pengganas komunis.
Pengganas komunis keturunan India, V Ramasamy (36 tahun) berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan.

Beliau ialah Timbalan Pengerusi Pan Malayan Federation of Trade Union 1948 dan pemimpin India , Parti Komunis Malaya - sayap India. Dia bekerja di lombong Arang Batu.

Koleksi foto-foto memaparkan kemusnahan akibat tindakan sabotaj oleh Pengganas dari PKM di Batu Arang, Selangor di era Darurat pada tahun 1948.Foto-foto ini berjaya dirakamkan oleh Jack Birns ketika turut serta mengiringi pasukan keselamatan dalam operasi selaku jurufoto LIFE Magazine dan di keluarkan pada bulan Julai 1948.





SUMBER:
LELARENTAKA.COM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.054475 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list