CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 943|Reply: 0

[DUNIA] NATIONAL ZOO LOVERS DAY

[Copy link]
Post time 8-4-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode


Pada 8 April, Amerika Syarikat meraihkan "National Zoo Lovers Day" dengan menggalakkan peminat-peminat dan pencinta binatang di zoo bersatu dan bersama meraihkan hari ini. Selain daripada menjadi salah satu pusat pemulihan untuk haiwan terancam dan binatang-binatang liar, ia juga pendidikan, penyelidikan dan hiburan kepada kita. Maka kunjungi lah zoo berdekatan anda untuk meraihkan hari istimewa ini bersama haiwan dan binatang kegemaran anda!!


Antara cara untuk meraihkan hari ini ialah dengan:




1) Menawarkan diri (Volunteer)

Apabila anda menawarkan diri untuk membantu pihak zoo untuk menjaga haiwan dan binatang liar kegemaran anda, anda dapat melihat mereka dengan jarak yang lebih dekat dan selamat jadi anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan anda. Anda boleh melihat cara haiwan dan binatang-binatang itu dijaga, diberi makan dan dilatih untuk mengikut arahan seperti anjing laut yang dilatih untuk membuat persembahan untuk semua orang.




2) Berkelah bersama keluarga

Peristiwa ini boleh diraih bersama orang yang anda sayangi seperti keluarga. Selain boleh menghabiskan masa bersama binatang kegemaran anda, anda juga boleh habiskan masa bersama keluarga anda sambil berkongsi tentang minat anda bersama mereka secara tidak langsung, mengeratkan hubungan silaturahim keluarga. Di samping itu, anda membuat memori indah bersama dan mengabadikannya dalam bentuk gambar untuk disimpan dan digunakan untuk sosial media.


Kesimpulannya, apabila anda meraihkan hari ini, anda boleh berasa sangat gembira dan boleh berkongsi kegembiraan anda bersama orang lain. Maka apa tunggu lagi, cepat-cepat la ajak ahli keluarga anda meraihkan hari ini bersama.


Sumber:

https://nationaltoday.com/national-zoo-lovers-day/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.778272 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list