CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9046|Reply: 159

[Tempatan] Cirit birit, muntah lepas makan puding buih bazar Ramadan

[Copy link]
Post time 9-4-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-3-2024 04:08 AM

Kuala Terengganu: Dua beradik mengalami cirit-birit dan muntah selepas dipercayai memakan puding buih dibeli ibunya di bazar Ramadan berhampiran Padang Bola Kampung Bukit Tumbuh, di sini, Rabu lalu.

Mangsa Muhammad Aqil Rifqi Mohd Rusnizam, 9, dan adiknya, Nur Azzahra Raisha, 7, dari Kampung Bukit Tok Beng, di sini, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, kira-kira sembilan jam selepas memakan puding buih itu.

Bapa mangsa, Mohd Rusnizan Johari, 39, berkata Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra memakan puding buih dibeli ibunya, Tuan Naemah Tuan Husain, 37, di sebuah gerai di bazar Ramadan di kampung itu, kira-kira 6 petang, Rabu lalu.

Katanya, dua beradik yang masing-masing belajar di Tahun Tiga dan Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tumbuh, di sini, mula mengalami cirit-birit dan muntah, kira-kira 4 pagi Khamis lalu.

"Melihat kepada keadaan dua beradik yang semakin lemah, longlai dan pucat, saya terus membawa ke sebuah klinik swasta sebelum diarahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra terus dimasukkan ke zon merah Jabatan Kecemasan @ Trauma HSNZ," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Rusnizan berkata, peniaga di gerai berkenaan mendakwa hanya membantu menjual puding buih yang dihantar seorang individu.

"Saya sendiri berjumpa dengan peniaga dan memaklumkan puding buih yang dibeli isterinya punca dua anak terpaksa dimasuk serta dirawat di wad kecemasan HSNZ.

"Peniaga berkenaan mendakwa dia hanya mengambil upah menjual pelbagai juadah berbuka puasa termasuk puding buih," katanya.

Sementara itu, Tuan Naemah ketika dihubungi berkata, dua beradik itu makan nasi goreng bersama seorang lagi saudara sepupunya ketika berbuka puasa.

Bagaimanapun, katanya, saudara sepupunya tidak makan puding buih yang dibeli di sebuah gerai menjual di bazar Ramadan.

"Kita mengesyaki Muhammad Aqil Rifqi dan Nur Azzahra keracunan puding buih kerana saudara sepupunya dan saya sendiri yang tidak makan makanan itu tidak mengalami sebarang cirit-birit dan muntah," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Naemah mengesahkan keadaan dua beradik itu semakin pulih tetapi masih memerlukan penjagaan rapi selepas tiga hari dirawat di wad kanak-kanak di HSNZ.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima maklumat itu dan dua beradik berkenaan kini sedang dirawat di HSNZ.

Katanya, siasatan untuk menentukan punca dua beradik itu keracunan masih dijalankan.

"Kami juga sudah mengambil sampel untuk dianalisis bagi menentukan punca sebenar sehingga menyebabkan dua beradik itu mengalami keracunan makanan," katanya.

-Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh jadi acara tahunan ke ni? Kes dlu pn kt ganu kan sampai meninggal sorg
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya dulu2 pun ada kes mkn puding buih kat ganu jgk kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbuih keracunan makanan recycle semalam punya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
puding buih lagi..yang dulu pon puding sama jugak
nampak sangat tak buat dengan bersih..asal boleh je sebab nak niaga khenn..boleh g mekoh naik jet
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 9-4-2022 11:44 PM
Dh jadi acara tahunan ke ni? Kes dlu pn kt ganu kan sampai meninggal sorg

Ni dejavu atau apa apaan sehhh??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2022 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-4-2022 11:48 PM
Ni dejavu atau apa apaan sehhh??



image uploader
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 9-4-2022 11:48 PM
Ni dejavu atau apa apaan sehhh??

Kan omg dejavu gilaaaaaa. Ya Allah nasib budj2 tu semakin pulih. Arghhh boleh tak haramkan saja puding buih ni?! Puding ni telur tak masakk. Please lah kenapa x sayang nyawa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2022 11:55 PM | Show all posts
Cerita tahun 2020 terjadi lagi.. adakah berpunca daripada penjual yang sama.. btw, nama makanan tu pun buatkan aku turn off..


Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Cer siasat sape pembuat puding buih tu kali ini. Mgkn heshe cuba nk jadi pembunuh bersiri menggunakan puding buih
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 yg guna telur tak masak ni sepatutnya kena sentiasa duk dlm chiller.
Cth chocolate mousse, iols selalu beli kat family mart sbb kena betul ngn selera kurang manis dan rasa bitter sweet.
Cara pembuatan pun lebih kurang ngn puding buih sbb ada guna telur putih yg dipukul gebu sampai jd meringue.
Tak di masak juga gaul rata je ngn bahan2 lain tu dan simpan dalam chiller.
Org berniaga kat bazar ni kuih muih semua terdedah lama kat luar lebih drpd 4 jam.
Kuih muih yg perlu duk dlm suhu sejuk mana boleh terdedah lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
X serik2 manusia ni....dulu dah ada kes...jgnla pergi bazar ramadan tu...mmg was2 rasanya nk pegi veli
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi nak tegur ya kemain bangga lagi orang yg rebus telur sekali ngn laksa dan yg rebus telur dlm periuk nasi sekali ngn nasi lemak.
Tahap nk jimat gas sampai camtu sekali, padahal bukan lama pun rebus telur tu. iols biasa rebus 6 minit je kendian tutup api biar dlm 4 minit pastu nnt terus buh dlm air sejuk berais utk matikan proses masak. Nnt bila potong elok je telur kuning lawa kaler dia.

Harap yg meniaga laksa n sik lemak tak buat gitu, rebus la asing.
Iols dah penah keracunan makanan sampai masuk sepital gara2 makan sik lemak yg dibeli.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kejadah puding buih dgr nama pun tak selera.. muntah
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
rayray28 replied at 9-4-2022 11:44 PM
Dh jadi acara tahunan ke ni? Kes dlu pn kt ganu kan sampai meninggal sorg

Kannn.. menatang apa puding berbuih2 ni? Dengar pun kembang tekak, dah takda benda lain ke nak makan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa masih dibeli lagi, kan dah ada kes sebelum ni.. aduhaii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dengo nama buih pn aku terbayang org mulut berbuih
Tak serik2 ke dorang ni mkn jadah ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
kisah lama berulang lg
makan je la bende lain.udah2 la makan bende berbuih ni...dgr nama pun dah rs geli geleman
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Telur setengah masak pun aku X makan lagi yg mentah2.. Salmonella tau
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Hati-hati @aechae . Jangan makan puding buih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.081966 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list