View: 4754|Reply: 42
|
Tauke Jambu Didakwa Miliki Dadah Pulak Lepas Kes Jadi Bapak Ayam
[Copy link]
|
|
Tauke Jambu, 4 rakan didakwa miliki dadah
Oleh BERNAMA
Kuala Lumpur: Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Tauke Jambu' dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin.
Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.
Mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di 15-01 Menara Up, Jalan Puchong di sini, pada 2.40 pagi, 10 April lalu.
Pendakwaan adalah mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit mencadangkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
Zamatul Amri yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan pendapatannya terjejas dan ini adalah kesalahan pertamanya manakala empat tertuduh lain turut merayu jaminan rendah.
Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Jun ini untuk sebutan semula kes.
Disiarkan pada: April 12, 2022 @ 4:21pm |
|
|
|
|
|
|
|
Lepas Kecoh Isu Bapa Ayam, Tauke Jambu Dan 4 Rakan Didakwa Miliki Dadah
Tauke Jambu dan empat lagi rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Ahad lepas.
Bagaimanapun tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria 46 dan empat rakannya iaitu Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah.
Kosmo melaporkan, mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di sebuah tempat di 15-01 Menara Up Jalan Puchong di sini pukul 2.40 pagi pada 10 April lepas (2022).
Foto: Kosmo
Berikutan itu pendakwaan terhadap kesemua mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Hukuman bagi seksyen itu, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit menawarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.
tauke tak diwakili peguam dan merayu jumlah jaminan rendah sebab pendapatan terjejas dan ini merupakan kesalah pertama.
Pihak mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin.
Tarikh 9 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dia ada program dengan anjuling jari neraka ke apa tu. Banyaknya terlibat jenayah, lepas satu, satu. Kesian anak bini oi |
|
|
|
|
|
|
|
Kali ni tak bawak petai utk adik angkat yerrr |
|
|
|
|
|
|
|
tak padan muka tikus bendang. lokap polis tu dh buat mcm hotel |
|
|
|
|
|
|
|
muka dah la hodoh, perangai pun buruk.. apa la nak jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi kalau tengok ig dia banyak di kelilingi perempuan yeee...
Kalau I jadi bini dia jelesssssss la... |
|
|
|
|
|
|
|
Terpampang nama tu, xleh nak corner2 lg dah kan, mcm kes bapak ayam aritu |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti kata fitnah. Ada kt rumah dgn bini.bini pun cover macam Kes bapak ayam aritu.
Btw, tak serik2 tauke ni. |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh tikus bendang
nak cepat kayaaa ke??
tikus bendang dan jenayah berpesah tedaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg muka n perangai penyangak pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib kau la nok berwajah desa…cuba kau ada rupa mcm yg sorang lagi tu..sah2 acik2 porem kesian |
|
|
|
|
|
|
|
diri tu tak teringin ke nak ada berita lek lok sikit... segan le kat anak |
|
|
|
|
|
|
|
pelawak2 ni punya la byk job dekat astro tu...
haiyoooo skrg dah macam musim artis dgn dadih pulakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian industri 'seni' tanahair sejk mutakhir ini |
|
|
|
|
|
|
|
Tikus bendang p ke bandor.. Tu yg jakunista sgt tu.. Lps tu ramai plk aweks yg serah diri.. Aiyohh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg ade vibes negatif kalau tk jd retis agaknya mmg itu lah kerja dia.
Rupa retis langsung tk dak rupa bapak ayam je lbh
Sorang lg man raja lawak tu wlpn dia tk dak hal tp rupa dia rupa org kerja kontrak yg sgt2 penat
Dan kepam tak pnggl retis pn sajak |
|
|
|
|
|
|
|
Ni lah orang kata rupa seiring kelakuan |
|
|
|
|
|
|
| |
|