hmmmm....saper nak jawab ni...takut tersalah jawab lak ........akak pun tertanya-tanya jugak... ...
sayawifenikmie Post at 15-9-2010 22:43
Ibu bapa perlu memastikan rezeki yang diperolehi adalah dari sumber yang halal lagi baik .Ibu bapa harus sentiasa memperhitungkan setiap rezeki yang diperolehi untuk menyara diri dan anak-anak. Jauhilah dari sumber yang syubhat dan apatah lagi dari sumber yang haram. Ketua keluarga wajib menjauhkan diri dari pendapatan yang mengandungi unsur penipuan, rasuah ,riba dan seumpamanya. Sudah pasti bahawa rezeki yang halal akan menjamin ahli keluarganya untuk menjadi anak yang soleh sihat dan pintar dan sebaliknya jika pendapatan yang diperolehi dari sumber yang syubhat dan haram maka generasi yang lahir akan menjadi manusia yang rendah akhlak dan lemah fikiran. Mereka sukar menerima teguran dan jauh dari rahmat dan keberkatan dari Allah. Inilah juga bencana yang menimpa masyarakat kita pada hari ini yang menyebabkan gejala sosial semakin berleluasa dan tiada berkesudahan. Semoga Allah melindungi kita dari musibah ini. Sabda Rasulullah SAW : “Setiap daging yang tumbuh dari bahan makanan yang haram maka api nerakalah yang lebih layak baginya”.
* petikan dari khutbah jumaat (JAIS) (http://www.tilmiz.net/blog/tag/membentuk-keluarga-bahagia/)
wallahuahlam |