CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

GEMPAR:Laut Morib Bersemadinya Sosilawati & Rakan. Dato' Disyaki!V 2

   Close [Copy link]
Post time 14-9-2010 12:05 AM | Show all posts
rajin btolllll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:05 AM | Show all posts
beg jenis apa dorang bawak untuk dimasukkan 4 juta..duit dlm bentuk cash or sebaliknya??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:06 AM | Show all posts
Reply 11# kucingTomey


    mabuk makan ketupek ngan rondang.. sampai tak laghek nak bukak porum...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:07 AM | Show all posts
Reply 20# noradaniez


    mmg tak bawa duit 4 juta tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:07 AM | Show all posts
dan lagik satu..time dorang bakar tu sekali gus ataw asing2??
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:07 AM | Show all posts
masukkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2010 12:08 AM | Show all posts
wah smpai versi 2
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:10 AM | Show all posts
gegeh betul derang menyiasat!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:12 AM | Show all posts
siasat hingga terjawab semua persoalan.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:14 AM | Show all posts
ceh! lum sempat aku ndak bukak
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:15 AM | Show all posts
Keluarga Kamaruddin adakan solat sunat ghaib


2010/09/13
KUANTAN: Keluarga Kamaruddin Shansuddin, pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, malam tadi mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini, selepas dimaklumkan penemuan tragik keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai.

Abang ipar mangsa, Ismail Ibrahim, 56, berkata, ahli keluarga mereka yang berada di Makkah bagi menunaikan umrah ketika ini turut mendirikan solat sunat ghaib di Tanah Suci itu sebaik menerima berita berkenaan.
"Solat sunat ghaib dibuat malam tadi selepas semua ahli keluarga yakin berdasar hasil siasatan awal pihak polis dan mula menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Polis semalam mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Dua lagi mangsa adalah pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Ismail berkata, keluarga dan sanak-saudaranya turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam.

"Kami mendoakan rohnya tenang. Semua keluarga bersedih dan masih belum memahami apa yang sebenarnya terjadi kepada arwah," katanya sebak. - Bernama   
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:17 AM | Show all posts
Penyewa terkejut tuan rumah suspek kes bunuh Sosilawati


2010/09/13
BANTING: Penyewa rumah peguam bergelar Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.


"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini babitkan seorang peguam bergelar Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.

Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata, peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.

"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali saja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja saja," katanya.
Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. - Bernama   
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:18 AM | Show all posts
mesti keluarga mangsa rasa sedih setiap kali menjelang ramadhan dan hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:19 AM | Show all posts
jiran pun dah glamer
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:21 AM | Show all posts
hehehe glamerrr
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:22 AM | Show all posts
tu baru jiran sebleh umah dia..yg jiran depan dan belakang lak bile nak muncul bg statement...kekekee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:22 AM | Show all posts
Polis tahan dua jurukamera, seorang pemberita di lokasi pembunuhan Sosilawati


2010/09/13BANTING: Dua jurukamera video dan seorang pemberita ditahan anggotapolis yang berkawal di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, lokasi yangdipercayai menjadi tempat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dantiga individu lain dibunuh dan dibakar.

Mereka ialah jurukamera agensi berita, Xin Hua, Lim Ling Fong,pemberita sambilan NTV7, Mohd Shahif Ibrahim dan wartawan portal beritaMalaysian Insider, Yow Hong Chieh.

Ketiga-tiga mereka ditahan kira-kira 4.15 petang tadi ketika cubamenyusup masuk ke ladang ayam, tempat di mana kesemua mangsa dipercayaidibunuh dan dibakar.
Namun, mereka hanya berjaya menyusup masuk kira-kira 200 meterdari tempat polis berkawal, iaitu di kawasan pintu masuk jalan keladang berkenaan.

Selepas ditahan, mereka diarah menaiki kereta peronda polis sebelumdibebaskan pada 5.43 petang kira-kira 50 meter dari tempat merekaditahan.

Mohd Shahif berkata, ketika ditahan, anggota polis cuma memeriksakad pengenalan mereka dan memberi amaran supaya tidak lagi mencerobohtempat kejadian. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:25 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang juga rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.


"Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati di sini hari ini.


Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati sudah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.


Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, dekat sini.


Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.


Beliau yang kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lalu, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.


"Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya.


Beliau berkata, pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.


Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya mengenai tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.


"Beliau adalah ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya.


Sementara itu, adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati, manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.


Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata, beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.

"Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan.


-Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:25 AM | Show all posts
Post Last Edit by ambok at 14-9-2010 00:30

jam tangan jenama rolex milik arwah datuk sosi diberikan kepada awek salah seorang suspek
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:26 AM | Show all posts
Kes bunuh Sosilawati: Terselamat tolak ajakan   

2010/09/13


KUALA LUMPUR: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya dianggap bernasib baik apabila tindakannya menolak ajakan ibu untuk menemaninya ke Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu, sekali gus menyelamatkan nyawanya daripada turut dibunuh penjenayah kejam.

  Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata pada hari terbabit ibu mengajak dia ke Banting untuk bertemu seorang peguam atas urusan jual beli tanah, namun dia terpaksa menolaknya kerana sudah mempunyai perancangan lain.

  Menurutnya, ketika itu dia  terkilan sebab tidak dapat menemani ibu dan perasaan itu semakin terasa apabila ibunya tidak pulang selepas tiga hari keluar daripada pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur.

  “Mama ada ajak temankan dia ke Banting, tapi saya tak dapat ikut sebab sudah janji dengan kawan untuk berbuka puasa.

  “Jadi mama kata kalau begitu dia akan pergi bersama pemandu dan peguamnya serta seorang pegawai bank,” katanya.

  Sementara itu, teman rapat Sosilawati yang juga pengasas produk De Wajah, Junaidah Kiting, 52, berkata beliau kehilangan seorang rakan baik yang banyak membantu dan ini adalah kehilangan besar baginya.


http://www.hmetro.com.my
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.066221 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list