CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

GEMPAR:Laut Morib Bersemadinya Sosilawati & Rakan. Dato' Disyaki!V 2

   Close [Copy link]
Post time 14-9-2010 12:27 AM | Show all posts
Operasi cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati diteruskan   

              
BANTING: Pasukan penyelam PolisMarin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuksiasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dantiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dariLadang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayaidibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi danberakhir pada jam 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis DirajaMalaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspeklelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan dimana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensiksedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya,Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru,Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad KamilAbd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakanke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam,polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelumdibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan LadangGadong.-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:27 AM | Show all posts
Operasi cari bahan bukti pembunuhan Sosilawati diteruskan


2010/09/13
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin hari ini meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini.
Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.


Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada jam 7 malam ini. Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.


Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.


Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.


Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.-Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:27 AM | Show all posts
jam tangan jenama rolex milik arwah datuk sosi diberikan kepada awek salah seorang suspek
ambok Post at 14-9-2010 00:25


sebab tu la awek tu  kena tahan sekali kot?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:27 AM | Show all posts
jam tangan jenama rolex milik arwah datuk sosi diberikan kepada awek salah seorang suspek
ambok Post at 14-9-2010 00:25

bukan awek rasanya........... tapi adik suspek tuhh, sorang doktor
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:31 AM | Show all posts
hmmmmm teruskan kasi info update
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:31 AM | Show all posts
Reply 44# Risma

berita tv3 pukul 8 mlm tadi gunakan word "diberikan kepada teman wanita salah seorang suspek"

rasanya tak salah dengar dah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2010 12:31 AM | Show all posts
jam tangan jenama rolex milik arwah datuk sosi diberikan kepada awek salah seorang suspek
ambok Post at 14-9-2010 00:25



    rasanya salah seorang saspek tu sendiri yg pkai jam rolex tu............
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:35 AM | Show all posts
rasanya salah seorang saspek tu sendiri yg pkai jam rolex tu............
tuan_wu Post at 14-9-2010 00:31


awek tu turut jadi saspek...usia 19tahun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:35 AM | Show all posts
ada ahli perniagaan dari negara india datang ke malaysia, jumpa datuk haramjadah nih, turut ghaib...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:36 AM | Show all posts
tuan tanah asal ladang tuh, turut hilang lepas urusniaga pindah milik selesai dengan datuk haramjadah nih
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:36 AM | Show all posts
Reply  Risma

berita tv3 pukul 8 mlm tadi gunakan word "diberikan kepada teman wanita salah seora ...
ambok Post at 14-9-2010 00:31

oooh ye ke.............. ris baca kat mana tadi kata beri kat adik.....salah info kot, tadi ris tak tengok berita
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:36 AM | Show all posts
ada ahli perniagaan dari negara india datang ke malaysia, jumpa datuk haramjadah nih, turut ghaib...
ambok Post at 14-9-2010 00:35


info uols agak expired
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:37 AM | Show all posts
awek tu turut jadi saspek...usia 19tahun
sayawifenikmie Post at 14-9-2010 00:35



    ooo...perempuan ke-dua ke?
sorg lg adik dia yg doktor tu kan

sebelum ni ade sorg forumner ckp dia baca kt blog someone ckp doktor tu yg pakai jam tu


and pembunuh termuda pun 19 tahun gak kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:38 AM | Show all posts
ooo...perempuan ke-dua ke?
sorg lg adik dia yg doktor tu kan

sebelum ni ade sorg forum ...
cauliflower Post at 14-9-2010 00:37

tu lah ris terbaca katanya adik dia yang doktor tuhh pakai jam tuhh.............
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:38 AM | Show all posts
Kes bunuh Sosilawati: Jam jadi petunjuk    Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Noriah Idris, Maiamalina Mohamed Amin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/13


BANTING: Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes bunuh dan bakar mangsa berkenaan.  Difahamkan jam milik Sosilawati terbabit dipakai salah seorang daripada lapan suspek termasuk dua daripadanya adalah wanita yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

  Selain itu, polis  unit Forensik yang melakukan siasatan terhadap lokasi Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, lokasi abu mayat mangsa dibuang turut menemui cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang, petang semalam.

Susulan itu polis forensik didapati mengutip semua tisu tubuh manusia terbabit sebelum disusun di atas jalan bagi membolehkan siasatan lebih rapi dilakukan terhadap bukti terbaru ditemui itu melalui kaedah penandaan.

  Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, bukti terbabit  sebahagian daripada sampel  ditemui polis di lokasi kejadian termasuk tinggalan abu dipercayai mayat empat mangsa dibunuh.

  Difahamkan, bau kuat petrol di kawasan tapak pembakaran mayat mangsa di dalam ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat menjadi petunjuk kepada polis bagi menjalankan siasatan lebih rapi.

Sementara itu, tiga kenderaan polis Unit Forensik memasuki kawasan ladang terbabit jam 12.20 tengah hari semalam diikuti  van polis yang membawa dua suspek utama kes berkenaan.

  Wartawan yang berada di lokasi kejadian mendapati, kedua-dua suspek memakai baju lokap polis Kuala Lumpur berkenaan dipercayai suspek utama, peguam bergelar Datuk dan adiknya.

Konvoi polis yang dikawal ketat itu  memasuki kawasan ladang yang terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama ke kawasan pembunuhan berkenaan sebelum memulakan siasatan rapi terhadap ladang berkenaan.

  Polis Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur  melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap kawasan Sungai Panchau di sini.

  Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar berhampiran kawasan kolam dalam ladang yang dibina tembok batu setinggi kira-kira dua meter di sekelilingnya.  

  Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

  Sementara itu, pasukan penyelam polis marin turut dipanggil bagi membantu siasatan polis  melakukan tugas menyelam di sungai terbabit  mencari bahan bukti kes selain mengutip objek dipercayai tulang mangsa yang tenggelam ke dasar sungai.

  Pasukan forensik turut ke  restoran terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

  Sementara itu, lebih 30 petugas media selain hampir 100 penduduk tempatan tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan terbabit dikawal ketat lapan anggota polis yang menjaga pintu masuk ke ladang terbabit.

    Penduduk, M Mohan, 53, berkata, dia terkejut dengan kehadiran polis dan mula mengesyaki sesuatu  tidak kena.

   “Semalam (kelmarin) ketika saya sembahyang di kuil berhampiran ladang ini, polis mengawal laluan masuk. Jadi saya pun tanya mereka dan dimaklumkan terdapat penemuan lokasi empat mayat dibakar,” katanya.

  Difahamkan tanah berkenaan adalah milik peguam bergelar Datuk terbabit.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jamjadipetunjuk/Article
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:39 AM | Show all posts
mcm mana jam rolex tu ada pada adik/awek suspek....adakah masa dorang bunuh mangsa so  dorang rampas brg2 tersebut..apa yg berlaku pula kat barang2 peribadi mangsa seperti dompet, ic dan lain2??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 12:42 AM | Show all posts
awek tu turut jadi saspek...usia 19tahun
sayawifenikmie Post at 14-9-2010 00:35



    saspek yg kn tahan arini tu7 kan..............

gegeh tul kak lid menyiasat yer!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:44 AM | Show all posts
jam tangan jenama rolex milik arwah datuk sosi diberikan kepada awek salah seorang suspek
ambok Post at 14-9-2010 00:25



    tp dalam awani tv tadi kata jumpa dalam sunagi.... pelek eh mana satu butot wo
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:44 AM | Show all posts
berita tv9 td gtau..ade individu wat panggilan palsu..
gtau ade pergaduhan di depan umah sosilo..
bile polis pegi cuma ader wartawan yg berkumpul..
time2 gini pon ade org ambik kesempatan nk main2:@
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 12:46 AM | Show all posts
saspek yg kn tahan arini tu7 kan..............

gegeh tul kak lid menyiasat yer!!!  :l ...
tuan_wu Post at 14-9-2010 00:42



kak lid memangt minat  benda alah penyiatan ni...siri tv kegemaran CSI, cold case file, crime investigation, 48 hours hard evidence, murder she wrotes (ada s ke?)..dan seangkatan.....suka novel misteri....haha


tapi cukuplah ntuk hari ni...sila teruskan berporum ngangigih...kak lid nak tido dah...orangtua2 kena tidur awal untuk jaga kecantikan..........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.085200 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list