CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

GEMPAR:Laut Morib Bersemadinya Sosilawati & Rakan. Dato' Disyaki!V 2

   Close [Copy link]
Post time 14-9-2010 03:07 AM | Show all posts
Reply 113# green~tea

kalau kes profil tinggi mcm nie mungkin cepat lah kot..... mmg lambat laporan dna nih.... sapa2 yg ada pengalaman wat kes kat mahkamah tau lah... sampai hakim bising sebab laporan dna x sampai lagi...
laporan kimia pon mmg lambat jugak...
ingat tak kes org tua umor 80 tahun bunuh bini dia umur 72 tahun sebab nak mintak cerai... laporan dna tak sampai2 sampailah org tua tuh mati dalam tahanan sebagai OKT...(mati sebelum puasa,,kes bunuh tahun awal tahun x pon ujung tahun lepas) lepas dia mati baru laporan dna dia siap... nak buat apa lagikk... kes dibatalkan lah sebab OKT mati...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 03:13 AM | Show all posts
19 org dlm fren list dato ni sure risau kene panggil lak nnt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 03:23 AM | Show all posts
posinggg kenmaing lagi...cam manjer2 gitew...
hakekatnye...bangsat!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 03:26 AM | Show all posts
daripada rumah lama
smpai rumah yg ke-3 nie
dah beberapa hri dok dpn laptop jer
rasanya saper nk msk rumah bru
khatam dlu rumah lama
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 05:25 AM | Show all posts
dulu sosi n louisa chong baik dgn becky leogardo yg buat noveou visage.
pastu sosi buat barangan sn ...
ford1 Post at 14-9-2010 01:10



Nouveau dan nouvelle mempunyai makna yang sama dalam bahasa Perancis iaitu 'baru'. Visage pula muka atau wajah. Jadi nouveau visage tu ertinya wajah baru atau new face. Perkataan visage ni sifatnya masculine, jadi biasanya dalam bahasa Perancis, penggunaan yang betul ialah masculine noun dengan masculine adjective juga iaitu nouveau visage. Nouvelle tu bersifat feminine, jadi biasanya tak digunakan dengan perkataan visage. Kalau plural juga sama, iaitu masculine plural noun kena pair dengan masculine plural adjective, iaitu nouveaux visages. Bagi nouvelle pula, bentuk pluralnya ialah nouvelles. Biasanya frasa yang kita baca dalam penulisan Perancis ialah "un nouveau visage" (semuanya masculine termasuk partikel 'un').

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 05:33 AM | Show all posts
Sosilawati dikebumi di kampung
ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam setelah mengambil beberapa dokumen.



BATU PAHAT - Keluarga arwah Datuk Sosilawati Lawiya, 47, berhasrat untuk mengebumikan jutawan kosmetik di kampungnya, di Kampung Seri Menanti, Sri Medan di sini.
Adik iparnya, Misjan Jamikan, 48, berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga termasuk anak-anak arwah di Kuala Lumpur malam kelmarin.

"Saya mahu arwah disemadikan dengan sempurna dan kematian itu perlu ada tanda (kubur) agar kami boleh menziarahinya.

"Anak-anak Sosilawati perlu ke hospital untuk mendapatkan tulang-tulang atau apa saja untuk dibawa balik dan saya akan uruskan yang lain di kampung ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seri Menanti semalam.

p/s sejibik anak rupa maknya.... tak nampak sedih pun.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2010 05:37 AM | Show all posts
semenjak kes ni meletup tambah2 lepas malam raya hari tu aku asyik duk melangut kat depan threads2 datuk sosi saja buat pollow up.......nak jadi cita semalam aku takleh tido le, terjaga pukul 2 lebih( aku tgk hp kat bwh bantal), terus aku tingat kes ni, seram le weiii, masa tu pala otak aku ni duk pk2 lak macam manalah azabnya dorang kena pukul sampai mati tu semua....adakah dorg tahu dorg akan dibunuh, mcm mana keadaan dorg masa duk kena pukul tu, adakah dorg merayu, apa lagi yg dorg buat kat datuk sosi, adakah dorg dipukul dalam keadaan berbaju atau dibogelkan dulu, semuanya  duk bermain2 di kepala aku, sepanjang dorg kena culik tu sehingga sebelum dibunuh adakah dorg diberi mkn minum atau dibiar kelapar ke, mcm2 aku pk...sadisnyaaaaa....kejam betul le, dan seram betul le bila aku terjaga n teringat kes ni tgh2 mlm, sabar jelah....

kesiankan azabnya datuk sosi n kawan2nya diperlakukan, semoga semua yg terlibat mendapat hukuman yg paling setimpal, lawyer tu pun skrg mesti dah tekanan gila, nak tutop muka bagai, reputasi jatuh ke tarap yg hina, kat dalam tahanan polis ntah apa yg dia kenakan, mesti stress gila nak lalui keadaan sekarang, proses pembalasan sudah bermula, rasakan....jgn mati dulu, kena lalui tekanan dan kesakitan yg berpanjangan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 05:50 AM | Show all posts
aku rasa sangat sakit ati baca apa yg dirog buat kat 4 arwah nih...

kalau ada perhimpunan ke hapa ke,,mmg aku pergi aa.... terkilan sgt ada penjenayah amcam nih...tak berhati perut langsung...dah tu gunakan kuasa peguam dia utk tutup cerita...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 06:01 AM | Show all posts
Thread baru...checked in
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:02 AM | Show all posts
check in sebelum solat subuh....

rumah baru......info baru
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:17 AM | Show all posts
Reply 126# tongkatwaran75


    Ntah, aku tgk mcm relaks aja muka minah ni...mcm tak sedih aja, kot2 dia ni jenis independent kot...
Kita ni dok kata harta mak dia banyak......mungkin sebabkan kes ni...semuanya kena beku..maka pandai2 la dia org nak jalankan bisness mak dia org....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 14-9-2010 07:21

BERBEZA SITUASI INI PULAK ........sian isteri dia....







PILU...Isteri kepada pegawai bank CIMB yang mati dibunuh, Suzana Radim Pangat, 38, bersama bapanya, Radim Pangat Ishak (kiri) tidak dapat menahan kesedihan pada sidang media khas di kediamannya di sini, hari ini. Suami beliau, Noorhisham Mohammad, 38,  bersama tiga individu lain iaitu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu peribadi, Kamarudin Shamsuddin mati dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting. - Foto Bernama
Sep 13, 2010 4:40 pm
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:23 AM | Show all posts
Wanita India bongkar ladang maut


2010/09/14
USHARANI bersama Muthuraja dan anak mereka yang berusia tiga tahun.




Isteri jejak suami hilang selepas  jumpa peguam 18 Januari lalu

KUALA LUMPUR: Isteri ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, bimbang suaminya yang hilang sejak 18 Januari lalu turut menerima nasib sama seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Suri rumah itu yang menetap di Ramapuram, Chennai ketika dihubungi Berita Harian, semalam, mendakwa suaminya, Allal Kathan Muthuraja, 34, tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.



“Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), suami menelefon dan memberitahu beliau dijemput dua beradik itu. Mereka saling mengenali sejak 10 tahun.

“Dalam perbualan itu, selain bertanyakan khabar anak perempuan kami berusia tiga tahun, beliau juga memberitahu dua peguam terbabit akan membawanya ke ladang milik mereka di Banting.

“Keesokan harinya (19 Januari), saya cuba menghubungi telefon bimbit suami beberapa kali tetapi gagal.

“Saya bimbang  keselamatan suami  lalu menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, namun tiada maklum balas   sehingga sekarang,” katanya.

Muthuraja antara empat individu yang  hilang sejak setahun lalu selepas berurus niaga dengan peguam bergelar Datuk di Banting.

Usharani berkata, pada 12 Februari lalu, beliau menerima panggilan misteri seorang lelaki yang mendakwa dirinya polis dan memaklumkan suaminya ditahan polis kerana kesalahan memiliki dadah.

“Dia meminta RM1 juta untuk membantu menyelesaikan kes itu, bagaimanapun saya tidak mempedulikannya. Pada 20 Februari, saya menerima satu lagi panggilan daripada seorang yang turut memperkenalkan dirinya sebagai polis dan meminta RM1 juta untuk tujuan sama. Dia meminta RM500,000 sebagai pendahuluan.

“Saya keliru dengan kedua-dua panggilan itu dan sekali lagi hubungi pejabat pesuruhjaya di Kuala Lumpur untuk mendapat kepastian sama ada suami ditahan polis seperti didakwa, namun tiada jawapan,” katanya.

Selepas  lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang  ke Malaysia.

“Saya tiba di KLIA pada 8 September lalu dan membuat laporan di Balai Polis Banting. Saya turut memaklumkan    suami  menyebut beliau dibawa ke ladang milik seorang peguam di Banting,” katanya.

Difahamkan, berdasarkan maklumat Usharani itulah polis menyerbu Ladang Gadong sebelum menemui lokasi Sosilawati dan tiga rakannya dibunuh dan dibakar.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan   mengesahkan laporan   Usharani, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, sumber polis memberitahu nasib empat mangsa yang  hilang belum dapat dipastikan, namun tidak menolak kemungkinan mereka menerima nasib  seperti Sosilawati dan rakan.

“Pasukan forensik dan Jabatan Kimia masih meneruskan siasatan termasuk mencari spesimen dan bukti berkaitan empat mangsa itu.

“Suspek dipercayai menjadikan ladang mereka yang lengkap dengan chalet, blok pejabat dan rumah kelab sebagai lokasi bertemu dan memperdayakan mangsa mereka.

“Ia bukan sekadar ladang sawit dan kandang ternakan, tetapi lengkap dengan semua kemudahan. Lokasinya yang terpencil dan dikelilingi tembok setinggi dua meter menyukarkan kegiatan mereka dikesan,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:24 AM | Show all posts
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 14-9-2010 06:26

Senjata  cangkuk diguna  bunuh Sosilawati


2010/09/14  
ANGGOTA forensik bersama  jam tangan (dalam bulatan) yang ditemui ketika  mencari  bukti kes bunuh Sosilawati di Sungai Kanchong Laut.

BANTING: Senjata berbentuk cangkuk sepanjang 30 sentimeter dikatakan digunakan untuk membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sebelum mangsa dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

  Perkara itu didedahkan salah seorang suspek berusia dalam lingkungan 20-an semalam, yang turut membawa polis ke tempat senjata berkenaan dan beberapa barang peribadi mangsa dibuang di bawah jambatan Sungai Kanchong Laut.

Dalam operasi bermula jam 4.30 petang yang turut mendapat bantuan Unit Penyelam Pasukan Gerakan Marin, polis bagaimanapun hanya menjumpai seutas jam tangan dipercayai milik seorang mangsa, manakala cangkuk berkenaan gagal ditemui.
  “Pasukan penyelam yang mencari semua bahan bukti itu, termasuk senjata terbabit, menghadapi kesukaran kerana air sungai terlalu keruh dan cetek,” katanya.

  Beliau berkata, operasi mencari bahan bukti itu terpaksa dihentikan, kira-kira 7 malam berikutan keadaan gelap.

  Kelmarin, polis menemui beberapa spesimen, termasuk tulang dipercayai milik mangsa yang dibuang dalam Sungai Mesuk dan Panchau. Beberapa barang peribadi mangsa turut ditemui daripada beberapa suspek dan di tempat kejadian, termasuk jam tangan Sosilawati.

  Pembunuhan kejam Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, terbongkar selepas lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk dan adiknya juga seorang peguam, ditahan bagi membantu siasatan berhubung kehilangan mangsa sejak 30 Ogos lalu.
  Sementara itu, tinjauan di firma peguam terbabit di Jalan Sultan Alam Shah di sini, mendapati premis itu ditutup dan diletakkan garisan polis, petang semalam.

  Difahamkan, premis itu adalah lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek.

  Sumber memberitahu firma guaman itu dipercayai lokasi urus niaga di antara suspek dan mangsa dilakukan sebelum ini, manakala tinjauan di rumah suspek utama di Taman Cempaka di sini mendapati ia tidak berpenghuni dan berkunci.

  Dalam perkembangan berkaitan, ibu bapa dua beradik peguam itu dipercayai tiba di tanah air malam kelmarin selepas sebulan bercuti di India sebaik dimaklumkan mengenai penahanan kedua-dua anak mereka
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:25 AM | Show all posts
Tulang, abu mangsa wajib disembahyang


2010/09/14
Penyempurnaan pengebumian  boleh    diurus seperti jenazah biasa

KUALA LUMPUR: Walaupun yang tinggal hanya cebisan tulang dan abu mayat, jenazah keempat-empat mangsa pembunuhan iaitu jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga individu lain, masih boleh diurus dan disempurnakan pengebumiannya seperti  jenazah biasa.

Bagaimanapun, ada keringanan dalam memandi dan mengkafankan jenazah kerana dikhuatiri proses itu akan mengakibatkan kerosakan teruk dan menjejaskan keseluruhan bahagian yang masih tinggal kerana ia tidak lagi sempurna dan sukar dikenal pasti.
   Tokoh agama yang juga penceramah dan pendakwah bebas, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, berkata walaupun keadaan mayat langsung tidak dikenali dan hanya tinggal tulang, semua tulang dan abu milik mangsa perlu dikumpul dan dibungkus dengan kain putih secara tertib dan disembahyang serta dikebumikan seperti biasa.

    “Apabila semua tulang dan sisa mayat itu dikumpul dan ia disahkan memang mayat mangsa beragama Islam, cukup sekadar berniat ia dimandikan atau ditayammumkan dan ketika ia dibungkus, cukup sekadar berniat mayat dikafankan kerana keadaan fizikal mayat yang tidak mengizinkan, lalu disembahyangkan dan dikebumikan seperti biasa,” katanya ketika dihubungi semalam.

   Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cara terbaik menguruskan jenazah yang tidak   menyerupai fizikal asal termasuk jika jenazah hanya tinggal debu dan tulang akibat terbakar.

   Akhbar semalam melaporkan, Sosilawati, 47,  bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, yang  hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah, dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.
   Abu Hassan yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, berkata setiap mayat umat Islam yang mati wajib disempurnakan dan diurus mereka yang masih hidup iaitu dimandi, dikafan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan sempurna.

   Bagaimanapun, katanya, keadaan fizikal mayat tidak normal atas beberapa sebab seperti syahid di medan perang, yang tenggelam, sudah menjadi debu dan sebagainya, hanya sebahagian daripada empat perkara itu yang menjadi fardu kifayah.

     “Jenazah gagal ditemui, terlalu sukar dikeluarkan atau berada jauh, mengikut hukum fekah sebaik diketahui dan diyakini   meninggal dunia, ahli keluarga boleh melaksanakan sembahyang mayat ghaib bagi mendoakan kesejahteraan mereka,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by tongkatwaran75 at 14-9-2010 06:31

Masyarakat India Kutuk Sekeras-kerasnya Pembunuh Sosilawati, 3 Individu         
                     
Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB        
Murugiah menghabiskan masa kira-kira sejam bersama keluarga Sosilawati di kediaman jutawan kosmetik itu. Foto Chan Tak Kong/TheStar



GOMBAK: Masyarakat India di seluruh negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan mereka yang membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah menegaskan, tindakan penjenayah itu wajar mendapat hukuman setimpal dengan kekejaman yang mereka lakukan.

Katanya, kaum India tidak pernah menyokong perlakuan jenayah walaupun dilakukan di kalangan mereka sendiri.

Beliau mengulas pembunuhan yang dilakukan secara kejam sehingga semua mayat dibakar dan dibuang abunya di sebatang sungai berhampiran lokasi kejadian, Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Banting, dekat sini.

Murugiah berkata, beliau berharap pihak polis melakukan siasatan secara terperinci tanpa memberikan sebarang ruang sedikit pun kepada mereka terbabit dalam kes tersebut.

Menurut beliau, masalah gangsterisme di negara ini terutama kaum India tidak dapat dibendung dan memerlukan tindakan serius daripada pihak berkuasa.



“Kita tidak mahu orang yang tidak bersalah ini dianiaya dan dibunuh. Jika ia terus belaku, orang ramai mulai takut dan negara tidak akan dikunjungi pelabur asing.

“Kita tidak mahu diberikan ruang kepada mereka yang tidak berhati perut, tiada belas kasihan pergi membunuh orang kerana wang,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, kes pembunuhan itu tidak mempunyai kaitan dengan isu perkauman namun tidak dinafikan perbuatan kejam itu begitu melampau.

“Ini bukan soal perkauman tetapi soal nyawa orang yang diragut. Satu Malaysia marah terhadap perbuatan yang berlaku kepada Sosilawati dan mereka yang lain.

"Tidak kira apa juga bangsa yang terlibat, gangsterime harus diatasi dengan segera,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Murugiah melawat ahli keluarga Sosilawati dan menghabiskan masa satu jam di kediaman jutawan kosmetik itu di sini.
“Saya ingin mengucapkan takziah kepada semua keluarga keempat-empat mangsa. Saya berharap mereka semua tabah menerima kejadian yang berlaku.

"Saya akan berusaha melawat tiga keluarga mangsa lain selepas ini bagi memberi sokongan," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2010 06:33 AM | Show all posts
Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan         


BANTING: Pasukan penyelam Polis Marin pada Isnin meneruskan operasi mencari bahan-bahan bukti untuk siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain di Sungai Kanchong Laut di sini
.
Sungai itu terletak di Kampung Endah, kira-kira dua kilometer dari Ladang Gadong Tanjung Sepat di mana Sosilawati dan tiga lagi dipercayai dibunuh dan dibakar di ladang ternakan ayam di situ.

Operasi mencari bahan bukti itu bermula kira-kira 4.30 petang tadi dan berakhir pada pukul 7 malam ini.
Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyertai operasi itu.

Seorang suspek lelaki dilihat dibawa ke atas jambatan sungai itu bagi menunjukkan di mana dia mencampakkan sesuatu dari atas jambatan berkenaan.

Semasa operasi itu dijalankan, kelihatan beberapa anggota Unit Forensik sedang membelek satu bungkusan plastik yang berisi seutas jam tangan.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada Ahad, Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:42 AM | Show all posts
Sosilawati dikebumi di kampung
ERNI keluar dari pejabat ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur semala ...
tongkatwaran75 Post at 14-9-2010 05:33



    nak sedih apa lagi tongkatwaran..dah berhari hari diorang menanti..akhirnya dah terbukti dah meninggal...lega juga laa...rasanya erni akan teruskan NV ni sebagai pengurus syarikat yang baru..aku rasa erni ni ada potensi yang besar juga dalam bidang ni memandangkan dia lebih muda dan bercitarasa yang lebih segar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:44 AM | Show all posts
Operasi Cari Bahan Bukti Pembunuhan Sosilawati Diteruskan         


BANTING: Pasukan penyelam P ...
tongkatwaran75 Post at 14-9-2010 06:33



    kena cari laa supaya peguam ni x terlepas begitu saja sebab kekurangan fakta kes...nama pun peguam..tentu dia bijak dalam hal undang2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2010 06:45 AM | Show all posts
Masyarakat India Kutuk Sekeras-kerasnya Pembunuh Sosilawati, 3 Individu         
                  ...
tongkatwaran75 Post at 14-9-2010 06:29



terlebih menonton filem tamil...hero tak mahu ikut...samseng kg dusun jugak diorang nak ikut....chettt podaah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.358234 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list