CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1875|Reply: 0

[SEJARAH] Istana Bergerak puteri Sultan Melaka

  [Copy link]
Post time 1-5-2022 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Istana Bergerak puteri Sultan Melaka yang digunakan dalam perarakan di Kota Melaka sempena perkahwinannya dengan anak raja Sultan Pahang.




Diriwayatkan dalam Sejarah Melayu bahawa Sultan Mansur Syah pernah membina sebuah istana bernama Mahligai Hawa Nafsu dengan 17 ruang, 40 pintu berukir, dan kemuncaknya berkaca merah yang apabila terkena “sinar matahari, bernyala-nyala rupanya seperti manikam.” Selain istana, seni bina masyarakat Melaka pada zaman itu juga tergambar dalam pembinaan sebuah rumah bergerak.



Kewujudan rumah ini ditemui apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511. Ia diceritakan dengan terperinci dalam buku Commentarios do Afonso Dalboquerque: “Di sinilah terletaknya rumah kayu yang terbakar itu, sangat besar dan sangat elok buatannya. Terdapat lebih kurang tiga puluh roda, setiap satunya sebesar sebuah tong arak. Binaannya berakhir dengan bumbung yang begitu tinggi, dan ia diselimuti dengan panji dan kain bertatah sutera yang gilang-gemilang. Rumah ini disediakan untuk Sultan Pahang dan bakal menantunya, anak Sultan Melaka, yang akan tiba di kota itu dengan sambutan adat istiadat serta iringan muzik.”




Istana mahligai, rumah bergerak. Ia membuat kita tertanya-tanya apakah lagi khazanah seni bina Melaka yang kita tidak ketahui dan mungkin hilang selepas peristiwa 1511.
Sumber foto: Malaysia: A Pictorial History 1400-2004.
Artikel dinaikkan selepas mendapat izin page asal artikel ini, Melaka In Fact.




Kita menemui rumah sama dalam catatan Fernao Lopes De Castanheda: “Selain itu, yang dimusnahkan juga adalah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar yang boleh bergerak dan mempunyai tiga puluh roda. Setiap satu roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang.”
Dipetik dari artikel The Patriot.
Kalau model 3D Bahtera Mendam Berahi aku buat utk melengkapi penceritaan sejarah Kesultanan Melaka, kenapa tidak Istana Bergerak ni pon aku buat juga. Selain dari Lakaran oleh ahli sejarahwan Portugis, Fernao Lopes de Castanheda, di bawah ni ada berberapa konsep idea untuk gambaran awal rekabentuk Istana Bergerak tersebut, antaranya Pedati Gajah, milik Maharaja Rewa (kiri) dan Maharaja Alwar, di British India sekitar 1800an hingga 1900an dan juga props Pedati Bertingkat yang digunakan dalam filem Anna and the King lakonan Jodie Foster n Chow Yuen Fatt, yg digunakan untuk membawa keluarga Diraja Siam.
Kredit : Mohd Faizal Rahmat


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060052 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list