CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7276|Reply: 29

Makhluk halus ke kacau aku - rumah sewa

[Copy link]
Post time 4-5-2022 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua..

Ceritanya macam ni. Aku baru je pindah kat satu apartment boleh dikatakan agak baru jugak dibina. Setakat yang aku tau dari agent, rumah tu before ni yang duduk chinese couple. Kalau aku tak silap dengar la. Kiranya bukan aku orang pertama yang menyewa kat situ. Aku pon tak sure rumah tu ditinggal berapa lama sebelum aku masuk.

Before ni aku duduk kat apartment jugak. Disebabkan takde lift and owner nak jual rumah tu so aku pindah la kat tempat yang ade lift (rumah sekarang). Kat rumah lama aku takde kena gangguan apape. Setahun aku duduk kat sana ok je. Rumah sekarang ni aku duduk dah dekat sebulan baru ade gangguan. Gangguan tu walaupon mungkin bagi orang lain tak berapa seram tapi bagi aku seram sebab aku duduk sorang. Oh btw aku perempuan. Aku dah pernah menyewa ramai2 tapi banyak songeh masing2 so aku serik. Jadinya aku lebih rela duduk sorang. Masuk kalini dah 4 kali aku pindah randah.

Ok sambung balik citer. Gangguan yang aku kena ni masa hujung ramadhan which is last week. Masatu aku tengah makan buka puasa depan tv kat ruang tamu. Sebelah ruang tamu ada dapur. Kat dapur tu ada satu meja and satu kerusi.

Dalam pukul 8.10 malam macam tu aku pon ter pandang la bahagian kerusi and meja tu. Aku perasan kerusi tu dah dialih ke tengah. Agak jauh dari tempat asal dia. Aku sangat yakin asalnya memang kerusi tu bukan kat tengah and bukan aku yang alih. Kerusi tu asalnya kat bawah meja. So mcm mana boleh teralih, jauh pulak tu. Ofkos aku rasa seram. Mcm mana aku boleh tak perasan kerusi tu teralih sedangkan bila aku kat depan tv, meja and kerusi tu sebelah je wpon takde dekat sangat tapi still sebelah. Nak nangis aku time tu. Aku ni bukan jenis yang senang takut kadang2 kalau benda kecik2 (cth lupa ttup lampu, bunyi sikit2) aku abaikan je. Tapi sebab obvious kerusi tu dialih aku otomatik jadi penakut.

Disebabkan masatu aku belom solat mahgrib so aku tak sempat nak pikir banyak2 aku alih balik kerusi tu letak bawah meja. Aku bukak semua lampu.

Aku terus solat and baca quran. Utk pengetahuan korang, bukan nak riak, aku kerap jugak baca quran kat ruang tamu, selalunya lepas maghrib kecuali kalau uzur. Sebab hari2 memang aku solat kat situ. And aku pon tido kat ruang tamu. Yela kan since duduk sorang boleh nak tido kat mana2..aku memang banyak habiskan masa kat ruang tamu.

Untuk makluman, masa mula2 masuk rumah aku takde pasang ayat ruqyah or ayat quran. Aku tak alert sangat psl benda2 ni. Lagipon aku uzur time tu and bz uruskan nak pindah so aku terlupa terus.

Sambung peristiwa malam tu, aku tak tau la mcm mana aku boleh tdo kat ruang tamu. Sedangkan dalam hati nervous lain mcm dah.

Since benda tu jadi, esoknya dan hari seterusnya aku tak berani nak duduk kat ruang tamu and dapur lama2. Lepas aku berbuka aku terus masuk bilik, bilik pakaian. Solat and tido dalam tu. Oh lupa nak bgtau. Rumah aku ni ade 3 bilik. Bilik pakaian, bilik utama, bilik kerja. Bilik utama kosong. Cuma ade kotak2 kosong. Kenapa aku tak tido kat bilik utama? Sebab before ni aku suka tgk tv sampai tertido kat ruang tamu. So aku tak rasa ade keperluan tdo dalam tu. Lepas dah jadi peristiwa kerusi dialih lagila aku takot nak tdo dalam tu sebab ade toilet. Buatnya toilet pulak dia kacau. Aku ade terfikir jugak sebab bilik utama kosong ke aku kena kacau. Tapi masa aku duduk kat rumah lama pon bilik utama kosong jugak. Takdela pulak kena kacau.

3 hari selepas peristiwa kerusi dialih, aku bangun nak sahur, kat ruang tamu ade satu karpet yang dah digulung. Aku sandarkan kat penjuru dinding. Karpet tu aku tak guna sebab penyewa lama yang punya. Karpet tu tumbang pulak dah. Aku husnuzon mungkin kaki dia lembik kot sebab tu tumbang. Aku tegakkan balik. Wpon dalam hati aku terdetik ada benda yang tumbangkan ke. Aku jadi overthinking lepas tu stress sebab aku takot pada benda yang maybe before ni kebetulan aje tapi sekarang semua benda aku nak kaitkan dengan benda tu.

Aku masih tak boleh lupa mcm mana benda tu berani nak alih kerusi sedangkan aku ade je kat ruang sebelah. Berani btul dia. Aku rasa macam dia saje nak kacau aku masa aku ade kat situ .

Bila dah jadi macam ni aku pon teringat la balik peristiwa2 sebelom2 ni. Ade beberapa kali jugak waktu malam dalam pukul 10 ke atas, ade bau2 busuk kat ruang tamu. Tapi masetu aku fikir maybe bau dari indah water ke atau parit/kolam sebelah. Wpon aku takde bukak tingkap. Aku abaikan je bau tu. Aku pernah duduk kat rumah sewa yang ada bau2 mcm tu sebelom ni so aku dah biasa. Tapi sekarang bila aku pk balik ntah2 tu bau lain. Aku selalu dengar bunyi pintu bising. Bunyi nyett mcm tak letak minyak tu. Aku syak tu bunyi pintu toilet jiran aku. Tapi bila pk balik kuat naw bunyinya. Tak pernah lak aku dgr bunyi flush toilet jiran aku. Ntah la aku pon dah tak tau nak pikir ape. Aku asek rasa takot nak balik rumah. Duduk dalam rumah sentiasa nervous. Bila aku stay dalam bilik pakaian je aku rse selamat sikit. Siap kunci bilik. Sekarang aku amalkan baca ayat kursi dengan al baqarah. Tapi aku tak berani nak bce kat ruang tamu sambil bukak semua pintu. Aku pernah dengar citer, kadang2 bila benda tu trigger dengan ayat quran lagi dia kacau. Seyes aku tak tau nak buat ape sekarang.

Aku rasa mcm nak pindah je. Tapi tulah dah sah2 depo takkan dapat balik sebab dah ade agreement. 3k pulak tu. Sayang duit.Huhu. Aku penat nak pindah. Haritu pon rse nak demam sebab penat sangat. Baru je sebulan duduk nak kena pindah lagi..bukan senang nak cari rumah. Tapi aku nak la duduk dalam rumah yang aku rasa selamat. Buat apa menyewa mahal2 tapi nak tido pon takot. Ataupon kena cari ustaz dulu ke macam mana. Aku takde kenal mana2 ustaz pulak tu. Ada harapan ke untuk halau benda tu keluar ye. Aku cuma nak rasa tenang je dalam rumah sendiri. Rumah je tempat aku hilangkan stress. Buntu aku aku sampai aku asek nak termarah orang lain je disebabkan masalah ni. Kesian orang yang tak berkaitan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ajakla sesape teman sis n panggil ustaz
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2022 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Obviously you are just over thinking.
Dek, benda2 tu tak akan ganggu lah kalau kamu jenis sembahyang tak tinggal. Dia akan ganggu kalau kamu banyak doubt dlm hati.
Btw, bukan semua benda nak kena kaitkan dengan gangguan iya. Lagipun bulan puasa bukan semua jin syaitan kena rantai kah? Yang ada nafsu jah. Lols.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 01:36 PM | Show all posts
Edited by cipoot at 6-5-2022 01:40 PM
addamnor replied at 5-5-2022 08:58 PM
Obviously you are just over thinking.
Dek, benda2 tu tak akan ganggu lah kalau kamu jenis sembahyang ...

Peristiwa2 lain tu sy memang rasa saya overthinking tapi kerusi teralih kat tengah2 laluan nak pegi dapur tu very sure saya tak overthinking. Before buka puasa memang kerusi tu kat bawah meja. Kot2 kalau ade gempa bumi ke ape boleh la nak husnuzon kerusi bergerak sendiri . Sy pon tak sure pasal jin setan2 tu. Pernah jugak baca tak semua dirantai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2022 01:38 PM | Show all posts
ayana89 replied at 5-5-2022 05:26 PM
Ajakla sesape teman sis n panggil ustaz

Ai usaha nak pindah je terus ni. Jiwa kacau duduk dalam rumah tu. Walaupon rumah tu selesa and view cantik.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 6-5-2022 09:40 PM

Yang paling penting sekali sekarang ni U kene ajak orang temankan U.  Memang bahaye pompuan dok sorang2.  Ye, U nak freedom tapi kita setel masalah satu2 dulu.  Elakkan dari hilang duit deposit tu so U kene hang on.  Find some1 close to U to help U.  

In the meantime U pasang je RadioIKIM bila sunyi.  Siang malam ke tak kesah.  It helps.  Mak aku bela cucu di KL bertaon2 balik Ipoh sekali-sekale je.  I terpakse jage 2 buah rumah dia.  Memang rumah yang 2 tingkat tu seram sebab dulu kosong.  So aku pasang je RadioIKIM kuat2 supaye tak sunyi.  Malam2 selalu ade ayat quran.  Problem solved.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-5-2022 10:55 PM | Show all posts
kena cari teman
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:57 PM | Show all posts
kalau ada teman..tak la rasa takut tu...setahu aku..kalau benda2 yg boleh alih ni..makhluk yg kuat jgak la..sbb boleh aleh benda/peralatan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2022 03:07 PM | Show all posts
klu i sis, i pindah, i penakut, tp u still boleh stay n tdur tu kira kuatla
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba pasang surah Al Baqarah setiap hari, lepas tu kena cari ustaz untuk pagar rumah, sendiri buat solat hajat n selalu mengaji hari hari  tanpa jemu..kadang saja dia nak test mental kita, kuat ke tidak. Lagi kita tunjuk takut lagi dia suka kacau

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2022 05:08 PM | Show all posts
ajak sape2 yg blh teman duduk sekali
pastu sentiasa pasang bacaan ayat2 Al Quran




Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2022 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tau sis x suka ada penyewa lain..banyak songeh kan..tapi better ade kawan lah..tak de takot dan berpikir sangat sis..boleh pindah tapi dah bayar semua tu kan rasa rugi pulak burn macam tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuba letak garam hiasan kat rumah.. Yg boleh pasang lampu tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 02:57 AM | Show all posts
Cuba pasang surah Al Baqarah setiap hari, lepas tu kena cari ustaz untuk pagar rumah, sendiri buat solat hajat n selalu mengaji hari hari  tanpa jemu..kadang saja dia nak test mental kita, kuat ke tidak. Lagi kita tunjuk takut lagi dia suka kacau
Yang ni betul kalau tak larat baca (bukan tak mampu ye tapi tak larat), bolehlah diganti dengan pasang mp3 atau youtube bacaan Surah al-Baqarah - satu surah sampai habis bukan sekerat sekerat. Surah al-Baqarah lebih kurang 3 jam jugak nak habis lebih2 lagi Sheikh yang baca jenis bacaan slow dan terlalu berlagu.

Saya tambah satu lagi Surah as-Saffat. Digabung selepas al-Baqarah. Dua surah ini diperdengarkan dalam rumah setiap pagi 1X, mlm 1X untuk normal kes. Extrem kes pagi 3X, nak masuk Maghrib 3X dan sebelum tidor 3X. Insya Allah tajrib.

Kalau boleh pasang setiap bilik dan ruang. Makna kata pagi ruang ini, mlm ruang lain pula.

Kalau mampu bacalah Ayat Kursi dan 3Qul sambil menyentuh bucu rumah. Mulai dengan Al-Fatihah, Syahadah, Istigfar dan Selawat. Buat setiap bucu rumah kanan ke arah lawan jam sampai bertemu semula bucu yang pertama tadi. Insya Allah cepat ia keluar daripada rumah tersebut.

Selamat mencoba dan beramal.....thabitkan Tauhid pada Allah Taala.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Your apartment area mana ya? I ada kawan nak cari rmh sewa  tp depa ni rasa nak duduk berdua saja. Lelaki...anak dan bapa. Tp referring to your problem, try bela kucing. Bunyi yg dibuat kucing ni akan downkan bunyi yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2022 09:16 PM | Show all posts
Kku boleh cuba utk tak takut sangat. Sepatut nya manusia lebih kuat dari hantu.

Masa g kje cuba on je mp3 biar berterusan masa umah tu kosong.

Nak sy temankan tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Baca selawat 1000x..and niat utk hapuskan benda2 yg ganggu u...and klu u x kisah pet..blh bela sekor kucing..org kata bela kucing ke ikan ke blh hilangkan kesan pukau and krgkan juga gangguan2 benda x nampak ni...sbb nak cari housemate mesti u x mo kan....btw...klu u ada sedara yg teenagers...ajaklah tmnkan you barang sebln dua...then mmg kn panggil.ustaz or try buat kenduri tahlil kat rumah tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kau nak pindah taknak hilang depo buat mcm kawan aku buat ni. Die cari gak rumah lain tp at the same time die habaq kt tuan rumah die akan pindah sekian-sekian hb. Tp sakit skit la kene bayar sewa 2 rumah utk sebulan camtu. Yg penting dpt balik deposit tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Antara yg boleh buat sendiri... Garam kasar.. Letak penjuru.. Lada hitam+garam kasar. letak dalam plastik then gantung kat tingkap bilik.. Tingkap dapur..tingkap ruang tamu.. Pasang 3hari berturut2x surah al baqarah... Masa pasang tu bukala pintu toilet.. Pintu bilik tingkap pintu segala bagai... Lepas 3 hari kalau ade buat hal.. Panggil ustaz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kat depan rumah sy ni org2 yg stay silih berganti . Lepas pasangan suami isteri india duduk. Smpi pernah ternmpk brg2 dlm rumah ada helmet etc .. pintu terbukak . Grill tutup kunci ke x . X pasti .. takut nk kepoci. Ni yg latest pun meriah je masa mula2 dorg masuk.. geng2 bujang lelaki.. tetiba skrg rumah tu mcm kosong balik huhu.. nmpk la ada org balik sekali sekala tapi mcm hanya ambik brg je camtu. Yg org paling lama duduk situ pun ms mula2 masuk ada buat doa selamat.. pastu dorg mmg busy keje. Balik pun utk tido je.. pernah tanya dia .. katanya mmg rumah tu seram sikit.. pernah nmpk org merangkak kat dinding warna hitam la.. bunyi org balik pnggan kat dapur la.. huhu seramm
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.084744 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list