CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[MERGED]WITH UPDATED NEWS KES PEMBUNUHAN Datuk Sosilawati!V 3

     Close [Copy link]
Post time 18-9-2010 12:00 AM | Show all posts
apa motif dlm kes atantuya tuh?
setau saya takda motif langsung...
petola Post at 17-9-2010 23:54
bukan dapat upah RM50K kaa? sape yg bagik upah tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 12:00 AM | Show all posts
Tangguh boleh tapi seksa dia dalam tahanan.
lyddok Post at 17-9-2010 22:49
sepit anu dia dgn playar.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:04 AM | Show all posts
motif neh lead to the act lah.. kalau dapat motif, mudah nak sabit bunuh dengan niat 302 tuh..
...
NURMIMIE Post at 17-9-2010 23:57


macam kes safiah humairah tu mana ada motif mimie.... dia ikut naluri binatang dia jer sepak terajang budak tu sampi akibatkan mati..

tapi boleh gak bawah 302..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:04 AM | Show all posts
good point..
tp dia tak kan mati ditangan mangsa2 yg kena tipu nih.. dah tentu polis suspek depa kan..
tp dikenakan oleh proxy2 dia yg masih bebas berkeliaran.. takut pecah lobang.. sama bersekongkol..
zehra2 Post at 17-9-2010 22:42



slalunya org yg buat jahat nie akan hidup lama.........


tapi dia akan diuji dgn pelbagai bala yg menimpa org2 yg dia sayang.........
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:06 AM | Show all posts
Kes Bunuh Sosilawati : Seorang lagi dakwa Nyaris jadi Mangsa.

KUALA LUMPUR: “Jika tidak kerana saya sudah berada di kampung kerana mahu menyambut Aidilfitri, mungkin saya juga senasib dengan Datuk Sosilawati dan tiga lagi rakan,” kata seorang rakan kongsi jutawan kosmetik itu dalam pembelian sebidang tanah seluas 30 ekar (12 hektar) di Batu Feringgih, Pulau Pinang pada Mac 2008.

Usahawan yang juga ahli politik bergelar Datuk itu berkata, suspek utama kes pembunuhan itu yang juga seorang peguam menghubunginya pada 9 September lalu dan memintanya datang ke pejabat bagi mendapatkan wang bayaran penjualan tanah berkenaan.

“Suspek minta saya datang tapi pada hari berkenaan saya tiada di Banting kerana berada kampung di Johor untuk menyambut Aidilfitri keesokannya. Ini menyebabkan dia menyuruh saya datang pada 13 September pula,” katanya ketika ditemui kelmarin.

Katanya, dia membatalkan niat untuk ke pejabat guaman suspek selepas media melaporkan Sosilawati ditemui mati dipercayai dibunuh peguam terbabit yang juga rakan kongsi pembelian tanah berkenaan.


“Saya, Sosilawati dan peguam itu sebelum ini kenalan rapat sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Sebelum itu, katanya, dia menghubungi suspek bertanyakan mengenai Sosilawati yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, namun peguam terbabit menyatakan tiada apa yang perlu dirisaukan dan dia hanya perlu hadir ke pejabatnya mendapatkan wang keuntungan penjualan tanah berkenaan seperti dijanjikan.

“Dalam perbualan melalui telefon itu, dia juga mengaku sudah dua kali memberi keterangan kepada polis dan memaklumkan tiada apa yang perlu dirisaukan. Beberapa hari kemudian, saya mendapat tahu dia ditahan polis,” katanya.

Menceritakan mengenai urus niaga tanah itu, Datuk berkenaan mendakwa berkata, peguam terbabit memujuknya melabur bagi membeli sebidang tanah seluas 12 hektar di Batu Feringgi milik seorang warga tempatan pada harga RM25 juta dan perlu membayar deposit RM2.5 juta.

“Saya bagaimanapun beritahu tiada wang sebanyak itu. Dia memberi idea supaya saya berkongsi dengannya, Sosilawati dan seorang lagi rakan bagi membayar wang pendahuluan berkenaan,” katanya.

Katanya, dia dan Sosilawati serta seorang lagi rakan bersetuju membeli tanah berkenaan selepas dipujuk suspek kerana dijanjikan tanah berkenaan memberikan pulangan lumayan kepada kami. “Pembelian tanah melalui syarikat Sosilawati itu diuruskan suspek yang mengambil masa enam bulan sebelum berjaya dijual kepada satu syarikat dengan harga RM29 juta,” katanya.

Katanya, semua nampak lancar apabila suspek menunjukkan dokumen perjanjian jual beli dan ketika itu tiada yang meragukan.

“Dia membayar kembali modal RM2.5 juta kepada kami dalam tempoh enam bulan selepas menerima bayaran deposit RM2.9 juta daripada syarikat yang membeli tanah berkenaan. Bagaimanapun, kami gagal memperoleh bayaran keuntungan RM4 juta seperti yang dijanjikan walaupun sudah dua tahun berlalu.

“Dalam tempoh itu, saya sering menghubunginya bertanyakan perkara berkenaan dan kadangkala marah dengan jawapan suspek kononnya ada masalah dalam pertukaran hak milik,” katanya.

Selepas dua tahun, dia dihubungi suspek menyatakan wang keuntungan berkenaan sudah diperoleh dan perlu hadir ke pejabatnya bagi mendapatkannya. Namun, takdir menyebelahinya apabila dia mendapat maklumat pada 12 September bahawa peguam itu ditangkap polis berhubung kes bunuh dan bakar Sosilawati dan tiga rakannya.

“Kemungkinan Sosilawati juga disuruh datang ke pejabat suspek bagi mendapatkan wang keuntungan berjumlah RM4 juta itu, namun kedatangannya dan tiga yang lain seolah-olah menempah ajal.

“Jika saya tidak menyedari kes pembunuhan itu, saya mungkin turut menerima nasib sama. Malah, saya diberitahu pihak berkuasa bahawa suspek dipercayai mengaku sudah merancang bagi membunuh saya dan rakan pada hari itu,” katanya.

Beliau membuat laporan mengenai kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat (IPPDKL), Selasa lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika dihubungi semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan.


.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:06 AM | Show all posts
bukan dapat upah RM50K kaa? sape yg bagik upah tu?
Acong Post at 18-9-2010 00:00



diorg dapat upah ye cong?
tak ingat aku...

jai motif bunuh sebab upahlah ya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2010 12:07 AM | Show all posts
Reply 1870# NURMIMIE


kes dadah kene curi tue kt johor kn? lama x dgr kes tue dh selesai ker? btl ke polis tue membunuh diri bkn dibunuh (rmai mgatakan ada kaitan dgn kes dadah tue jgk, ye ker?)
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:08 AM | Show all posts
betul ke niat jahat mens rea tu ada macam2 jenis?

misal kalau org tu bunuh orang kadang2 dia  ...
petola Post at 17-9-2010 23:51



Betul, mens rea ada berbagai. Dalam seksyen 302 pun ada 4 subsection yang menerangkan keadaan2 berbeza bagaimana seseorang boleh sabit kesalahan. Niat jahat dalam konteks undang2 jenayah bukan semestinya bermakna niat kejam dalam hati mahu membunuh org tp cukup sekadar OKT berada dalam keadaan in control of gerakan2nya dan bukannya mengalami spasm otot lalu tertikam mangsa misalnya. Ertinya dia sendiri menggerakkan otot tangannya melakukan perbuatan jenayah. Kalau dalam contoh otot spasm td, ada perbuatan (actus reus) tapi takde mens rea, oleh itu, tak boleh sabit kesalahan. Itu satu contoh mens rea.


Bagi contoh yang petola bagi, iaitu pukul dgn tukul besi tp sebenarnya bukan nak bagi org tu mati cuma nak ajar org yg dipukul tu. Kalau mengikut standard pengetahuan manusia biasa (reasonable man's test), cara OKT pukul mangsa dengan tukul itu dalam keadaan biasa akan mendatangkan kecederaan parah yang boleh menyebabkan orang yang kena pukul tu mati, maka ada mens rea dan sabit kesalahan. Tapi kalau mangsa tu jenis yang terlebih sensitif keadaan dirinya (istilahnya eggshell skull) dan OKT tak tau akan keadaan itu, maka tak dikira mens rea. Misalnya mangsa jenis yang mati kalau kena jentik, maka tak boleh sabit kesalahan OKT yang menjentiknya dan menyebabkan mangsa mati, kecuali kalau OKT mmg tau mangsa akan mati lepas kena jentik.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 12:10 AM | Show all posts
apa motif dlm kes atantuya tuh?
setau saya takda motif langsung...
petola Post at 17-9-2010 23:54



Yelah, maksud saya keputusan mahkamah tersebut menunjukkan tanpa motif boleh sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:10 AM | Show all posts
semua perkaitan kes adalah berdasarkan  pengakuan suspek2..
takde body.. takde bukti upah dari suspek utama pd org suruhan.. takde bukti mangsa berada di lokasi.. ladang tu pun bukan suspek utama yg punya.. sbb tuan sbenarnya pun hilang entah kemana.. bahan bukti pun dpt merata tempat..
tak ubah mcm drama tamil yg baru abis shooting.. suspek utama adalah penulis skrip merangkap pengarah & pelakon.. bezanya kita tak tgk kat panggung wayang.. tp dlm court..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:12 AM | Show all posts
Reply 1956# petola


Mungkin terjemahan saya ke dalam bahasa Melayu kurang tepat. Apa yang saya katakan niat jahat itu dalma bahasa Inggerisnya intention. Jadi intention tu seperti yang saya terangkan tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:16 AM | Show all posts
diorg dapat upah ye cong?
tak ingat aku...

jai motif bunuh sebab upahlah ya..
petola Post at 18-9-2010 00:06


ada bukti pembayaran ke??
dari suspek utama pd org suruhan?? ada cek?? transaksi dlm akaun?
rasa2nya berdasarkan pengakuan  semata-mata..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:17 AM | Show all posts
Mungkin ada yang berminat menelaah Kanun Keseksaan tapi belum sempat download atau beli hard copy. Kalau berminat boleh download di sini (versi bahasa Inggeris sahaja): http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2012/Act%20574.pdf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:18 AM | Show all posts
macam kes safiah humairah tu mana ada motif mimie.... dia ikut naluri binatang dia jer sepak ter ...
petola Post at 18-9-2010 00:04


ya lah.. itu dah mmg terang2 kantoi orang nampak dia buat..

dan dia mmg selalu mendera mangsa.. sehingga mangsa mati..

maybe pihak pendakwaan boleh bena kes neh jadi kes bunuh dengan niat sbb tak ada penyebab ko nak bunuh tanpa niat budak kecik tuh..

oh btw.. kes neh dah jatuh hukum kah eh??
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:22 AM | Show all posts
dalam kes bunuh boleh tak pengakuan bersalah oleh tertuduh diterima oleh mahkamah?

sebab pernah saya baca tertuduh kes bunuh yg ngaku bersalah mahkamah tolak tak nak terima... kena dibicara gak...

bukan apa... kot2 dlm kes sosi ni ada yg nak ngaku salah misalnya dan kedian dijadikan saksi utama oleh pendakwaan..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:23 AM | Show all posts
Reply  NURMIMIE


kes dadah kene curi tue kt johor kn? lama x dgr kes tue dh selesai ker? btl ke ...
lostnfaun Post at 18-9-2010 00:07


dah selesai dah. klasifikiasi bunuh diri..

bukti2 sms, mmg dia ada agak murung.. ada sms dari isteri dia (si mati tak sempat baca) yang isteri dia merayu suami dia balik dan selesaikan benda tuh elok2..

dia neh terlibat sikit jah. anggota baru pindah dari PGA.. terus kena kes tuh kan. tension lah kali..

ikut bukti forensik, mmg dia bunuh diri lah sbb belerang peluru ada kat tepi kepala dia dan sekitar jari dia..

dan mcm kes2 lain juga.. kalau ada kes2 terkejut begini, mesti ada lagi kes sensasi yang berlaku selepas itu khen.. tapi tak apa lah.. itu tak releven dengan kes ini.. reveal pun dari bukti sms tuh je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2010 12:25 AM | Show all posts
dalam kes bunuh boleh tak pengakuan bersalah oleh tertuduh diterima oleh mahkamah?

sebab pernah s ...
petola Post at 18-9-2010 00:22


boleh..

tengok kes lah.. kalau kejadian brutel, dan tiba2 jah pesalah mengaku bersalah.. musti lah mamat tuh tak waras kan?.. or something wrong somewhere.. mahkamah boleh menolak pengakuan itu dah mengarahkan tertuduh untuk diperiksa oleh doktor mental pula.. kalau doktor mental kata dia ok.. boleh proceed laaa..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:26 AM | Show all posts
Reply 1886# mynameisdot


    ngoratttt!! jgn tak ngorattt!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:27 AM | Show all posts
baru lepas tgk nightline... sian datok seri polis yg kasi press conference tu....
BI berterabur... BM pon beratur
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2010 12:29 AM | Show all posts
biasa lah polis mmg mcm tu kekdahnye....
kalau rakyat kata polis tido marah...
kalau rakyat kata ...
TeRasKiLo Post at 17-9-2010 20:57



    itulah realiti keintegritian kepolisan negara kita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.076706 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list