Tak patut cara kematian seseorang di kaitkan dengan kehidupan , hukum karma dan apa yang dorang buat ...
suyfea Post at 18-9-2010 17:47
Keadaan di akhir hayat seseorang bergantung kepada amalan sehari-hari. Oleh karena itu, isilah hari-hari kita dengan selalu meningkatkan iman dan amal saleh.
http://orido.wordpress.com/2007/ ... an-husnul-khatimah/
yang pasal bayi tu....maybe cite ni ada persamaan...
Pembuangan bayi yang tidak berdosa
Allah SWT berfirman yang maksudnya :"Dan jangan sekali-kali kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perkara yang amat keji dan sejahat-jahat jalan." (QS al-Israk ayat 32 ) Zina adalah satu jenayah besar di dalam Islam.Suatu perbuatan keji yang akan membawa penzina itu ke jalan yang sejahat-jahatnya. Zina amat dikutuk oleh Allah dan Rasul-Nya, dan ianya akan menyebabkan kehilangan maruah, merosakkan keturunan, memporak perandakan rumahtangga dan membebankan Negara dengan masalah-masalah sosial yang berat dengan anak-anak yang diluar nikah bertaburan tanpa penjaga dan berbagai-bagai lagi. Hukuman bagi penjenayah zina adalah seperti mana firman Allah yang mafhumnya : "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka ini oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman." (QS an-Nur ayat 2 ) Sekali imbas adalah dirasakan bahawa hukuman yng ditetapkan oleh Islam untuk dijatuhkan ke atas penzina, pada lahirnya kelihatan amat kejam dan seolah-olah keterlaluan sehingga ada orang-orang Islam sendiri yang bersungut, seolah-olah hukuman itu tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan . Sungutan itu dengan sekali pandang seolah-olah ada benarnya, kerana orang-orang yang dihukum rejam dengan batu biasanya akan menemui maut. Apabila yang dihukum rejam itu mati di hadapan khalayak ramai, maka tentulah banyak yang tertanya-tanya sekurang-kuranya di dalam hatinya; mengapa hukuman mati itu dikenakan ke atas seorang yang hanya berzina . Lainlah halnya hukuman mati itu dikenakan ke atas seorang pembunuh. Kerana pembunuh memang wajar dibunuh, nyawa dibayar nyawa, itulah amalan yang lumrah didapati di dalam kebanyakan undang-undang ciptaan manusia di hari ini.
Jika diteliti dengan penuh insaf kepada jenayah zina dengan segala akibatnya, kepada diri, masyarakat dan Negara; maka mahu tidak mahu mestilah diakui bahawa sebenarnya memang ada kaitannya yang rapat antara penzinaan dengan pembunuhan. Dalam erti kata yang lain; sebenarnya penzina itu adalah pembunuh yang kejam. Perbuatan zina adalah perbuatan membunuh keturunan. Memperhambakan diri kepada syaitan dan nafsu kebinatangan, untuk mencapai kelazatan yang sekejap, tanpa memperhitungkan akibat buruk yang akan ditanggung oleh diri sendiri, masyarakat dan Negara, sepanjang zaman. Penzina adalah perosak masyarakat. Apa yang selalunya dihasilkan oleh zina antara lainnya ialah anak-anak haram yang menjadi beban bukan sahaja kepada masyarakat, malah kepada Negara. Jika ditinjau kepada proses kelahiran anak-anak haram itu, maka kita akan dapati kisah-kisah yang amat menyayat hati. Sebelum anak-anak itu dilahirkan, berbagai-bagai percubaan untuk membunuhnya hidup-hidup sejak dalam kandungan lagi, telah dilakukan dengan cara yang kejam.
Jika anak-anak zina itu tidak berjaya dibunuh hidup-hidup di dalam kandungan dan ianya lahir juga tanpa diminta dan disambut kelahirannya, menurut semestinya, anak-anak itu akan ditanam, dibuang, dilempar atau ditinggalkan hidup-hidup atau mati, seperti yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar . Atau dicampak ke dalam tong-tong sampah atau dibuang di tepi-tepi jalan, di depan masjid atau surau yang kadang kala menjadi makanan anjing dan sebagainya.
Jika anak-anak itu masih juga terselamat dari pembunuhan yang kejam itu, dan ianya terus hidup seperti manusia biasa, maka pada hakikatnya anak itu telah dibunuh secara perlahan-lahan. Ianya terseksa sepanjang hidup, yang akhirnya menjadi beban kepada masyarakat dan Negara. Itulah akibat dari perbuatan zina.
Oleh yang demikiian memang wajarlah hukuman ke atas penzina itu didahsyatkan memandang kepada akibat yang tidak kurang dahsyatnya, kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara . Wallahu A'lam.
juga di sini bole baca...
http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/hikmah-falsafah-sejarah.html
wallahualam...
sama2 la munasabah diri kita sendiri juga... |