CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[MERGED]WITH UPDATED NEWS KES PEMBUNUHAN Datuk Sosilawati!V 3

     Close [Copy link]
Post time 15-9-2010 11:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by tuan_wu at 15-9-2010 23:12
done....
mlm ni jd SR je...
memandangkan tiada lagi berita2 terkini dan sensasi. ...
hart_attack Post at 15-9-2010 22:59



    ok thanks.....

pg sok.....IGP Tan Sri Ismail Omar akan melawat Ladang Gadung kul 9 pg berdasarkan apa yg dibgtau ms buletin utama td.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:10 PM | Show all posts
tenet bengong 2 hari..

aku ketinggalan banyak page dahhhhhh


dah tau ke bila DS d bunuh.. tarikh di bunoh

maaf blom selak page seblom2.. letih open house
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:13 PM | Show all posts
tenet bengong 2 hari..

aku ketinggalan banyak page dahhhhhh


dah tau ke bila DS d bunu ...
nasikayampedas Post at 15-9-2010 23:10



    maybe 30 Ogos tarikh kn bunuh..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by cyborq at 15-9-2010 23:17

Kes Sosilawati: Beberapa objek dijumpai lagi15/09/2010 9:33pm


BANTING 15 Sept — Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.
Polis yang memulakan operasi pada pukul 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.
Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada pukulpukul 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.
Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun. — Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:17 PM | Show all posts
tadi tengok BU.......... dia orang dikerat2 selepas bunuh??? ada mangsa terdahulu kena bagi makan beruangggggg..... oh my god ...sadisnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:17 PM | Show all posts
aku harap kes ni takkan jadi mcm novel true story yg aku baca
'double jeopardy'... kisah pembunuhan di US
pembunuh terlepas dari hukuman bunuh disbbkan kesilapan dari pihak polis
jugak hrp tak jadi mcm kes OJ Simpson
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2010 11:18 PM | Show all posts

ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dalam sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat. - Foto Rosdan Wahid
Sep 15, 2010 5:57 pm
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:18 PM | Show all posts
tadi tengok BU.......... dia orang dikerat2 selepas bunuh??? ada mangsa terdahulu kena bagi ma ...
Risma Post at 15-9-2010 23:17



    dah mcm kes mona fandey kan.....tp ni lg sadis wooo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:19 PM | Show all posts
ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dal ...
miss_kikilala Post at 15-9-2010 23:18



    dah mcm org mendulang emas lak gayanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:19 PM | Show all posts
Nash anggap Kamaruddin seperti adik kandung


2010/09/15
KUANTAN: Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.


Beliau berkata, Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dulu.


"Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terbabit dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya, Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata, ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

"Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini," katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya. - Bernama   
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:21 PM | Show all posts
Reply 4# hart_attack

TQ.. gambar macha polis D9 tu tak nak letak sekali ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:21 PM | Show all posts
Pembunuhan Sosilawati: Unit forensik temui beberapa objek dari Sungai Panchau


2010/09/15
BANTING: Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.


Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam  5.30  petang.


Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun.

Ahad lalu, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.     

Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama   
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:22 PM | Show all posts
Reply 25# Risma

bermakna betul la info harian metro tentang mangsa dikerat2
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:22 PM | Show all posts
dah mcm kes mona fandey kan.....tp ni lg sadis wooo
tuan_wu Post at 15-9-2010 23:18

kannnn......... macam tak percaya je ianya berlaku kat malaysia kita, yang dikatakan aman makmur segala......... ris lening nak keluar gi kedai yang dekat umah memalam pun dah cuak........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:24 PM | Show all posts
aku harap kes ni takkan jadi mcm novel true story yg aku baca
'double jeopardy'... kisah pembunuhan ...
guesswho09 Post at 15-9-2010 23:17

ris memang geram gilaa kat kes OJ simpson

tapi ris puas sesangat sebab si OJ nihh tak senang pung hidup dia lepas kes tuh............ last sekali baca kat paper dia kena tangkap kan sebab melakukan rompakan ke apa........... ha ha padan ngan mukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:25 PM | Show all posts
Akaun Facebook kes bunuh Sosilawati makin bertambah

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Pembunuhan kejam usahawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain bukan sahaja mendapat  tempat meluas dalam media tradisional dan perbualan hangat khalayak ramai, turut memikat perhatian peminat-peminat beliau di alam siber.

Setakat petang tadi, didapati enam laman sesawang sosial Facebook telah diwujudkan oleh peminat-peminat Sosilawati.

Akaun-akaun Facebook didaftarkan bagi menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan pada masa yang sama bagi menuntut keadilan dengan hukuman berat dikenakan ke atas mereka yang meragut nyawa mereka.

Salah satu akaun didaftarkan atas nama “Hukum Mati Ke Atas Pembunuh Datuk Sosilawati is on Facebook” – mendapat perhatian meluas dengan mempunyai 13,469 orang yang menanti perkembangan kes ini.

Akaun itu membawa mesej “page ini dibina untuk memberi sokongan ke atas keluarga arwah Datuk Sosilawati dan tiga sahabatnya dengan menyeru PDRM dan Peguam Negara menjatuhkan hukuman mati ke atas semua pembunuh. Pembunuhan yg tidak berhati perut. Mati dibalas dgn mati. Sila Sebarkan!!”

Malah akaun facebook tersebut mendapat komen yang terbanyak apabila baru beberapa jam mengeposkan gambar suspek yang disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Sebanyak 455 komen dicatatkan dalam masa lapan jam setelah gambar semua suspek disebarkan di akaun facebook tersebut.
Seorang pengunjung akaun facebook yang bernama Danny turut memberi komen terhadap gambar yang diposkan meminta semua orang bersabar ekoran siasatan polis sedang dijalankan.

“Sabar sabar semua orang. Malaysia ialah sebuah negara yang bertamadun, terpaksa ikut undang undang persekutuan, itulah mesti gunakan prosedur untuk menjatuhkan hukuman mati pada mereka tetapi percayalah mereka kali ini tidak dapat melarikan diri,” katanya.

Sementara itu, sehingga pukul 6 petang tadi dijangkakan terdapat lebih banyak lagi akaun facebook jutawan Sosilawati bersama tiga lelaki yang dibunuh kejam akan dibuka oleh orang awam bagi menzahirkan ucapan takziah dan tuntutan keadilan.
Setakat ini, tinjauan The Malaysian Insider ke atas laman sesawang www.google.com memuatkan pencarian enam akaun facecook yang baru dibuka.

Empat daripadanya ialah Facebook Datuk K Pathmanebhan Nalliannen Suspek Pembunuh Sosilawati, Datuk K Pembunuh Kejam Sosilawati, Wajah Pembunuh Datuk Sosilawati dan 3 Mangsa Lain dan Photos of “Brothers” Who Murdered Millionaire Businesswoman Datuk Sosilawati Lawiya.

Malah tidak hanya ucapan takziah kepada mangsa, ucapan tahniah kepada polis turut dimajukan di laman akaun facebook lain yang dibuka atas nama “Datuk Sosilawati Waliya”.

Beberapa pengunjung yang kagum dengan kecekapan polis kali ini menzahirkan rasa syukur mereka terhadap kecekapan pihak polis dalam menyelesaikan kes jenayah pembunuhan kejam ini.

Akaun facebook ini meletakkan gambar profil Sosilawati yang memakai jubah dan selendang hitam ini mendapat perhatian sebanyak 4,916 pengunjung pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Terdapat dua album gambar suspek dan waris mangsa diposkan ke dalam akaun tersebut bagi tatapan umum terhadap kes pembunuhan kejam yang sedang hangat diperkatakan di negara ini.

Malah terdapat juga nota-nota ucapan takziah daripada pempimpin utama negara yang turut sama dikongsi bersama dipos oleh pengunjung ke dalam akaun facebook ini.

Antaranya nota ringkas ucapan takziah daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang baru sahaja diposkan hari ini.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/akaun-facebook-kes-bunuh-sosilawati-makin-bertambah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:25 PM | Show all posts
tak tercapai dek akal sungguh MO depa. isyyyy ... terlebih tengok filem tamil ke apa? sadistik sungguh!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:25 PM | Show all posts
selamat, aman, makmur....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:26 PM | Show all posts
KRONOLOGI

Detik sebelum dibunuh



10 pagi: Sosilawati memasuki pejabatnya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

4 petang: Membeli kerepek di  Kampung Sungai Lang, Banting.

5 petang: Kamaruddin menghubungi anak saudaranya, Khairul Izuan Ismail.

5-6 petang: Sosilawati menghantar SMS kepada suami memberitahu dia ke Banting.

8.15 malam: Noorhisham menelefon isterinya, Suzana Radim Pangat.

10 malam: Keempat-empat mangsa dibunuh dan dibakar di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:27 PM | Show all posts
kannnn......... macam tak percaya je ianya berlaku kat malaysia kita, yang dikatakan aman makmur s ...
Risma Post at 15-9-2010 23:22



    sebab tu kte kn sentiasa berhati hati.........dgn org yg kte tak kenal sgt.............

off topik :

pinjam itik bleh ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.083021 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list