CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hart_attack

[MERGED]WITH UPDATED NEWS KES PEMBUNUHAN Datuk Sosilawati!V 3

     Close [Copy link]
Post time 15-9-2010 11:27 PM | Show all posts
eh
berapa lama nak siasat
ada tempoh ke diorang ni boleh ditahan reman?
Gemukkkkkkk Post at 15-9-2010 22:52

standed.. polis ada kuasa reman 7 hari utk tujuan siasat
lepas tu kena charge OKT kat mahkamah..
kalau tak siap siasatan dan polis masih perlu tahan lebih lama kena mintak kat mejisteret
biasanye.. majisteret bagi extend lagi 7 hari....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:29 PM | Show all posts
SINCE okt ni lawyer sure hebat cable die..dah sah2 tlps...die kan pndi..yg kene paria estet tu la
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:29 PM | Show all posts
Datuk K Pathmanebhan Nalliannen .. hmmmm .. Datuk K juga kekdahnya! hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:30 PM | Show all posts
V3 daa................
hazab sgt nk bc kt umah 1 ngan 2....
xsmptla....
byk sgt pages nyer.....
semakin direveal pasal kes nie....maken ngeri ak rase......
xdpt nk byg seksa mangsa2 sume tuu....
dahla yg pembunuh tu pon dibyr sikit je pon...mmg giler r mastermind dier...
da tarap psiko dah nie..
sape pon pelakunya arap dapat hukuman setimpalnya...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:30 PM | Show all posts
mak aihhh msk rmh ke 3
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:31 PM | Show all posts
Check IN!

Net bru balik dr nite market kt Jln Rj.Bot..lalu depan office arwah sosi n banker dia...terpampang besar pic arwah kt bldg dia..  betapa azabnya sakratul maut utk mereka ber4... ALLAH SWT Maha Adil & Maha Mengetahui segalanya & DIA lebih menyayangi makhluknya . utk rumah baru ni... sejenak ALFATIHAH utk smua Muslim yg telah menjadi mangsa. ALFATIHAH!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2010 11:31 PM | Show all posts
BANTING: Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.
Click Here
Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun.

Ahad lalu, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:32 PM | Show all posts
Post Last Edit by dzaraa at 15-9-2010 23:34

check in........hu3...bz raya..tak sempat nk masukk....Al-Fatihah buat semua mangsa, dan salam takziah buat ahli keluarga semua. Ant. tragedy ngeri dan kejam lagi di Malaysia kini....boleh masuk list...thread Syd buat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:32 PM | Show all posts
Dua kes orang hilang ada kaitan dengan suspek kes bunuh Sosilawati

BANTING, 15 Sept –  Terdapat dua kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan peguam bergelar Datuk yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lain, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

“Kami sedang menyemak semula kes orang hilang yang dilaporkan di Selangor, dan apabila disiasat dua daripada kes orang hilang itu didapati mempunyai kaitan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di sebuah restoran di sini hari ini beliau berkata kes itu melibatkan kehilangan seorang warga India dan seorang warga tempatan Cina.

Peguam berusia 41 tahun yang bergelar Datuk itu adalah antara lapan suspek yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini.

Khalid sebelum itu dilihat melawat lokasi kejadian di Ladang Gadong bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop kira-kira pukul 10.30 pagi, dan keluar sejam kemudian.

Abu Seman ketika ditemui berkata kehadiran beliau di situ adalah untuk melawat anggota-anggota polis yang sedang bertugas di lokasi berkenaan pada Hari Raya.

Sementara itu Khalid mengingatkan pihak media agar tidak melaporkan kes pembunuhan itu secara melampau, dengan membuat pelbagai andaian sendiri.Katanya selain menyulitkan siasatan polis, spekulasi yang ditimbulkan media juga boleh merunsingkan fikiran anggota keluarga mangsa yang masih sedih dengan berita kematian itu.

“Tolonglah, jangan tulis benda-benda yang tak disahkan. Jangan tulis cerita-cerita yang awak (media) dengar-dengar sahaja,” katanya.

Sementara itu seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui di restoran itu berkata peguam bergelar Datuk itu sering berkunjung ke restoran berkenaan, dan dia memang dikenali di kalangan penduduk kawasan itu. – Bernama



http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dua-kes-orang-hilang-ada-kaitan-dengan-suspek-kes-bunuh-sosilawati/
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:32 PM | Show all posts
Serial killings in Malaysia

Kuala Lumpur, Sep 15 – The killings of 17 people, including four ethnic Indians, are being linked to last week’s sensational murders of four people in Malaysia for which two lawyer brothers have been detained.

The lawyer brothers have been detained over the gruesome murder of businesswoman Sosilawati Lawiya and three others.

Past cases of murdered people reported in the New Straits Times were of R. Thinakaran Raman, 37, senior civil lawyer S.P. Annamalai, 59, Chew Sien Chee, 39, criminal lawyer S. Pathmanathan, 29, and Triptipal Singh, 60. The incidents took place between 1992 and last year.

The newspaper learnt that the police and the Attorney-General’s chambers have already met several times as the investigations into the suspects widened.

It is, however, learnt that the investigations are being hampered as the bodies of the victims cannot be traced.

An Indian businessman, A. Muthuraja, who came from Chennai, India, on a business trip in January this year, went missing after he met the lawyer brothers. His wife was here to lodge a formal report with the police.

Meanwhile, Home Minister Hishammuddin Hussein and Inspector-General of Police Ismail Omar said last week’s murders were not racially motivated and appealed against any speculation that could vitiate race relations.

Malaysia’s 28 million population comprises majority Malays and has significant presence of ethnic Chinese and Indians.

http://www.indiatalkies.com/2010/09/serial-killings-malaysia.html
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:32 PM | Show all posts
sebab tu kte kn sentiasa berhati hati.........dgn org yg kte tak kenal sgt.............

...
tuan_wu Post at 15-9-2010 23:27

hik hik............ itik mahal tuhh

tu lah peringatan utk semua supaya sentiasa berhati2.......... tambahan kalau berurusniaga dengan orang yang kita tak kenal...... tambah pula melibatkan duit juta2................
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:33 PM | Show all posts
KUANTAN: Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.
Click Here
Beliau berkata, Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dulu.
"Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri," katanya selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini, hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC, Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terbabit dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua," katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya, Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata, ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

"Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini," katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:35 PM | Show all posts
standed.. polis ada kuasa reman 7 hari utk tujuan siasat
lepas tu kena charge OKT kat mahkamah..
...
Al Lebam Post at 15-9-2010 23:27


polis kena siasat sehabis mungkin dan lengkapkan segala bukti kalau tak nak kalah kes ni dan okt dan konco2 terlepas. anything can happened. sementelah okt pun lawyer.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:35 PM | Show all posts

Sekumpulan anggota Jabatan Forensik mencari barang yang boleh dijadikan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain di Sungai Panchau Tanjung Sepat, Banting hari ini. – Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:36 PM | Show all posts
Reply 25# Risma


   Beruang????  Biar beno??  Beruang belaan ke beruang liar?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:36 PM | Show all posts
Tak  sabar    .... aku  tunggu   perbicaraan        kes  ni   .....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2010 11:36 PM | Show all posts
aik..cepat nye dah versi ke 3 thread ni..baru je baca yang versi 2 tadi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:36 PM | Show all posts
tak sanggup nak tengok gambar datuk tu...rasanya lebih baik tengok hantu...cam mendidih je rasa...eeee....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:37 PM | Show all posts
SINCE okt ni lawyer sure hebat cable die..dah sah2 tlps...die kan pndi..yg kene paria estet tu la
poison_paradise Post at 15-9-2010 23:29

belum apa2 lagi..
siasatan pun baru nak mula...
tapi ko dah konpiden dia sah2 terlepas????
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2010 11:38 PM | Show all posts
Reply  Risma


   Beruang????  Biar beno??  Beruang belaan ke beruang liar?
LiNaLiNa Post at 15-9-2010 23:36

Beruang belaan lahhh......... katanya mangsa2 datuk loyar tuhh yang lepas2 ada kemungkinan dibagi makan beruang belaan kat ladang tuhhh......... lepas bunuh dikerat2 badan mangsa dan dicampak bagi makan kat beruang tuhhh...........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.734319 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list