CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1821|Reply: 1

[DUNIA] Saintis Temui Hutan ‘Tersembunyi’ Dalam Lubang Benam Gergasi

  [Copy link]
Post time 22-5-2022 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Saintis Temui Hutan ‘Tersembunyi’ Dalam Lubang Benam Gergasi

Lubang benam besar sedalam 630 kaki yang mempunyai hutan purba dengan pokok setinggi 131 kaki (40 m) di dalam, telah ditemui oleh penyelidik di China.

Difahamkan, pakar penjelajah gua menemui lubang benam tersebut berhampiran dengan perkampungan Ping’e di Daerah Leye di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang pada awal bulan ini.

Memetik agensi berita Xinhua, lubang benam sedalam 630 kaki (192m) itu berukuran 1,000 kaki (304m) panjang dan 490 kaki (149m) lebar.

Penemuan itu diklasifikasikan sebagai penemuan “besar” kerana pakar mendaki juga mengambil masa selama beberapa jam untuk sampai ke dasar lubang benam dan menjumpai tiga pintu masuk ke gua.

Bahagian bawah lubang benam dipenuhi dengan “hutan primitif yang terpelihara dengan baik” di mana di dalamnya terdapat pokok-pokok yang tumbuh ke arah matahari, menurut pakar.

Ketua pasukan yang mengetuai ekspedisi ke gua iaitu Chen Lixin, memberitahu berita Xinhua bahawa semak belukar yang padat di lantai lubang benam adalah setinggi bahu seorang manusia serta terdapat beberapa pokok purba di bahagian bawah dengan ketinggian 131 kaki (40m).

“Saya tidak akan terkejut apabila mengetahui terdapat beberapa spesies yang dijumpai di dalam gua ini tidak pernah dilaporkan atau diterangkan oleh sains sehingga kini,” kata Encik Lixin.




Wilayah Guangxi di China terkenal dengan pembentukan kars yang indah dan dramatik. Pada November 2019, agensi berita Xinhua melaporkan penemuan beberapa lubang benam gergasi di wilayah Guangxi.

Sebelum ini, pada tahun 2016, saintis menemui lubang benam gergasi terbesar di dunia di wilayah Shaanxi barat laut China.

Lubang benam paling dalam di dunia juga ditemui di Laut China Selatan.

Pada tahun 2020, enam orang terbunuh apabila lubang benam menelan sebuah bas dan beberapa pejalan kaki di barat laut China.

Pada tahun 2016, lubang benam yang besar terbuka di tengah-tengah persimpangan yang sibuk di China dan kejadian itu sempat dirakam oleh kamera pengawasan.

Satu lagi lubang benam terbuka pada tahun 2021, semasa banjir besar di Zhengzhou apabila sebatang jalan raya runtuh dan jatuh ke dalam lubang tersebut. Kejadian itu telah mengakibatkan beberapa orang tertarik jatuh ke dalamnya.

Leye County sahaja, tempat lubang benam semasa ini ditemui, adalah rumah kepada beberapa lubang benam tersebut.

Penemuan yang baharu ini sekaligus menjadikan jumlah lubang benam di daerah ini kepada 30, lapor agensi berita Xinhua.

George Veni, pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Gua dan Kars Negara (NCKRI) di Amerika Syarikat, memberitahu Live Science bahawa landskap kars terbentuk disebabkan oleh kehilangan batuan di dasar.

“Oleh kerana perbezaan tempat dalam geologi, iklim dan faktor lain, cara kars muncul di permukaan dan boleh menjadi berbeza secara tiba-tiba.

”Jadi di China mempunyai kars yang sangat menakjubkan secara visual dengan lubang benam yang besar dan pintu masuk ke dalam gua gergasi dan sebagainya,” katanya.

Sumber: independent.co.uk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:10 AM | Show all posts
kalau ade gambar lebh menarik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.521385 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list