CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2538|Reply: 0

Misteri Kampung Bunian Di Melaka

[Copy link]
Post time 29-5-2022 10:52 PM | Show all posts |Read mode
Misteri Kampung Bunian Di Melaka


Kewujudan makhluk ghaib seperti bunian ini sudah tidak asing lagi bagi masyarakat tempatan, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pendalaman. Namun begitu, sejauh manakah kepercayaan golongan “GEN Z” terhadap perkara mistik seperti ini?

Menurut frasa kata ‘bunian’, mereka ini merupakan makhluk tuhan sama seperti kita, cumanya tidak dapat dilihat dek mata kasar manusia biasa.

Walaupun kebanyakan daripada ‘mereka’ ini membina populasi jauh dari kita, ada juga yang tinggal berhampiran dengan kawasan perkampungan manusia terutamanya di kawasan muara sungai dan pinggiran hutan.

Orang Bunian Pulau Konet
Kewujudan makhluk ghaib seperti bunian di Pulau Konet yang terletak di sebuah kampung di Masjid Tanah, Melaka, sudah diketahui oleh penduduk di situ semenjak berpuluh tahun dahulu.

Pada zaman dahulu, bukan sahaja mereka ini boleh ditemui di dunia nyata, malahan mereka juga boleh berinteraksi dengan manusia dan menjalinkan hubungan seperti berkahwin dan meminjam pinggan mangkuk untuk majlis-majlis tertentu.

Tambah penduduk kampung itu lagi, datuk dan nenek moyang mereka pernah membuat perjanjian dengan ‘Ketua Kampung’ orang bunian di Pulau Konet ini, di mana setiap kali mereka meminjamkan pinggan mangkuk, haruslah dipulangkan semula setelah majlis selesai.

Namun begitu, hubungan antara penduduk kampung dan penghuni Pulau Konet tersebut terputus kerana sikap segelintir penduduk kampung cuai dalam menjaga pinggan mangkuk yang dipinjam dengan baik, ada juga yang tidak memulangkannya.

Bagaimanakah rupa mereka?


Tidak seperti zaman dahulu, amat jarang sekali kita berpeluang untuk bertemu dengan orang bunian pada zaman serba moden ini, apatah lagi untuk meminjam barang-barangan.

Menurut penduduk kampung itu, rupa dan perwatakan bunian di Pulau Konet itu sama sahaja dengan bunian lain yang seringkali diperkatakan orang.

Mereka juga mempunyai pemimpin seperti Sultan dan Permaisuri, mempunyai gaya fesyen tersendiri dan mempunyai kuasa ajaib selain menggunakan bahasa melayu klasik ketika berbual.

Pengalaman berinteraksi dengan bunian
Salah seorang penduduk kampung itu mendakwa pernah ‘berhubung’ dengan orang bunian beberapa kali, walaupun mereka ini tidak dapat dilihat.

Seringkali insan terpilih ini ditegur oleh keluarga dan rakan-rakan tentang sikapnya yang aneh dan suka berbual sendirian, tetapi menurutnya, dia sedang berinteraksi dengan bunian-bunian yang sering menegurnya.

Kedengaran gila tapi itulah yang diceritakan salah seorang penduduk kampung berhampiran Pulau Konet itu.

Dalam perkongsiannya berinteraksi dengan makhluk ghaib ini, dia pernah didatangi seorang lelaki berbadan tegap, tinggi, berkulit putih, lengkap keris di pakaiannya, dan memanggilnya sebagai ‘Tok Penggawa’.

Dari cara percakapan dan bahasa yang digunakan, dipercayai bahawa lelaki itu adalah seorang bunian.

Lelaki berbadan tegap itu memperkenalkan dirinya sebagai Bentara Sulung Bakhtiar, dan dalam keadaan separa sedar, insan tersebut terus berbual dengannya walaupun tidak dapat melihatnya.

Difahamkan bahawa lelaki berbadan tegap itu bertemu dengan insan tersebut untuk bertanya mengapa dia tidak meminta bantuan anak buahnya, menyebabkan dia terpinga-pinga, siapakah anak buah yang dimaksudkan ‘dia’?

Setelah disiasat, didapati bahawa seorang pemuda kampung tersebut telah menjalinkan hubungan dengan anak buah Bentara Sulung dan ingin berkahwin.

Pertemuan ini adalah susulan daripada kejadian perahu nelayan kampung tersebut yang sering dicuri. Setelah mengetahui kisah sebenar tentang hubungan pemuda tersebut dengan bunian Pulau Konet, barulah dimaklumkan siapa yang sering mencuri perahu nelayan itu.

Akhirnya pencuri tersebut ditahan pihak berkuasa, dan sehingga kini tiada siapa tahu akan pengakhiran hubungan pemuda tersebut bersama anak buah Bentara itu. Ada juga yang berkata pemuda itu ‘lesap’ selepas berkahwin dengan bunian itu.

Sumber:https://penunggu.com/lagenda-urb ... g-bunian-di-melaka/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.406344 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list