|
jupiter hampiri bumi hari ni!! (20 sept 2010)
[Copy link]
|
|
ai nampak satu bintang yg agak terang berdekatan dgn bulan tapi tak taulah kalo itulah musytari. |
|
|
|
|
|
|
|
hari nak ujan jadi semua bintang2 tak nampak.... cuma ada satu bintang jer yang terang benderang dekat ngan bulan... aku baru jer tengok... tapi tak tahu la tu jupiter ke aper.... tapi memang ade satu tu jer yang menyala malam ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 5# NEMESIS
Aah lah....mmg nmpak terang dari biasa....
Ngan mata kasar je dh boleh tgk... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 23# silverstar333
sebenarnya, selalu je pun boleh nampak jupiter. tapi hari2 kebiasaannya nampak kecik la, sama je macam bintang lain. maybe orang lain pernah nampak, tapi tak tau pun tu jupiter. |
|
|
|
|
|
|
|
kat ktn nak hujan, semua bintang xnampak.......nampak bulan jah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 25# azmira81
haha....tgu la tahun 2022 plak eh...he2 |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok dah hanya je bintang kat langit...lebih besar dari yg biasa dlihat.. |
|
|
|
|
|
|
|
wah aku minat sains astronomi ni...
aku ni kalo jalan kaki memlm aku salu dongak ke langit tgk keindahan angkasa lepas. mlm smlm ms jalan kaki blk umah aku teperasan ade bintang terang berdekatan dgn bulan... yg itu ke jupiter?
mlm ni tak nmpk pape sbb ujan... so nk try tgk besok harap2 nmpk la kalo diizikanNya... amin |
|
|
|
|
|
|
|
sad... xdpt lihat..
cuaca x mengizinkan la pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
bintang 1 tu terang dan sgt cantikkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply RosesAre_Red
seawal pukul 8pm kat ufuk timur. pandang je ke arah timur. kalau nampak 'bin ...
NEMESIS Post at 20-9-2010 11:59
mcam neh
(pict A)
Musytari akan berada di posisi Istiqbal yang cukup istimewa pada tahun ini. Berdasarkan kiraan falak, Musytari kali ini akan berada pada kedudukan istiqbal pada 21 Sep 2010.
Apa dia Istiqbal?
(pict B)
Istiqbal merupakan satu istilah yang merujuk kepada satu kombinasi kedudukan matahari, bumi dan planet-planet di 'belakang' orbit Bumi (seperti Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptune).
Apabila istiqbal berlaku, ketiga-tiga objek tersebut akan berada di dalam kedudukan garis lurus, dengan Bumi berada di tengah-tengah.
Di dalam kes kali ini, Musytari, Bumi dan Matahari akan berada di dalam satu garis lurus (Pict B). Apabila Matahari terbenam ketika maghrib, Musytari akan terbit di ufuk timur.
Selain dari itu, jarak di antara Bumi dan Musytari ketika itu juga adalah yang paling hampir, maka planet tersebut akan dilihat lebih besar daripada biasa (tetapi tak lah sampai sebesar bulan!!!!)
Oleh itu, waktu istiqbal kali ini ialah waktu yang paling sesuai untuk mencerap planet Musytari.
Bolehkah Musytari dapat dilihat dengan mata kasar?
Boleh. Malah kebanyakkan daripada waktunya di langit, ia merupakan objek ke-4 paling cerah, selepas Matahari, Bulan dan Zuhrah. Cuma kadangkala, Marikh akan memancarkan terang ketika ia berada di posisi istiqbalnya, itu pun bukan selalu..
Ia akan kelihatan seperti sebutir bintang yang amat cerah, memancar di ufuk timur sekitar waktu Isya.
Bagaimana pula di dalam teleskop?
Menerusi teleskop, segala kehebatan "Raja Planet" ini akan terserlah. Disebabkan ia merupakan planet paling besar di dalam Sistem Suria, Musytari kelihatan amat besar di dalam teleskop.
Ia akan kelihatan seperti sebuah objek bulat yang direntasi dengan garisan-garisan. Garisan ini merupakan jalur awan yang merentangi seluruh kawasan sfera Musytari. Bergantung kepada saiz teleskop, kita akan dapat lihat jaluran ini bukan lurus, tetapi berliuk-liuk dan kadang-kadang berbentuk pusaran.
Selain daripada itu, 4 buah satelit utamanya, iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto akan kelihatan seperti butiran bintang cerah yang beratur sederet dan membentuk garisan lurus samada di kiri atau kanan daripada sfera bulatan Musytari itu. Pada waktu-waktu tertentu, kita berpeluang menyaksikan satelit-satelit ini merentasi di hadapan Musytari dan kadangkala menghasilkan bayang-bayang di atas lapisan awan planet tersebut!
kita boleh lihat Musytari pada 21 Sep ini sajalah ye? Jika terlepas tarikh tu, tak dapat nak tengok?
Eh, bukan!! Tarikh 21 Sep 2010 menandakan posisi istiqbal je, selepas daripada tarikh itu, Musytari tetap nampak di langit, cuma ia akan terbit makin awal setiap hari, dan bukan lagi dalam kedudukan segaris dengan matahari. Jika anda terlepas tarikh tu, jangan risau kerana untuk beberapa bulan yang akan datang, Musytari akan terus menerus mendominasi langit kita sebaik sahaja Maghrib berlabuh! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 32# bluezink
complicatednya. sbb bukan semua orang tahu kat mana nak cari pegasus, aquarius & pieces. fomalhaut tu mungkin mudah la sikit nak cari. so gunakan bahasa & istilah yg orang boleh faham. pandang la ke arah timur. kemudian tegak di atas kepala. dan akhirnya menuju ke arah barat.
anyway.... jupiter 'menghampiri' bumi ni masih boleh dilihat sampai awal subuh. masa tu nanti dah jadi ke arah barat la. kalau ada sesiapa yg masih belum tido tu, masih boleh pandang ke langit. |
|
|
|
|
|
|
|
ade sesape yg dpt tgk ker... tmpt gua ujan la... tak bleh nak kaji bintang mcm selalu |
|
|
|
|
|
|
|
hmm terlepas semalam, rasanya malam ni ada lagi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
menarik klu ikutkan ilmu astronomi neh..
mlm ni nak cb tgk la, klu ada rezki, ada la kot yea.. |
|
|
|
|
|
|
|
kompom mlm ni den p tgk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|