CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5183|Reply: 22

Kongsi Kegembiraan Beli Rumah 5 Juta, Yang Tak Suka Kak KM Suruh Tutup Media Sosial

[Copy link]
Post time 7-6-2022 09:29 AM | Show all posts |Read mode


Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM tidak mahu memeningkan kepala dengan melayan komen berbentuk kritikan dan kecaman yang ditabur oleh netizen di akaun media sosialnya.



Memetik laporan mStar, ahli perniagaan yang juga anak kepada pelakon veteran, Normah Damanhuri itu dituduh sengaja mempamerkan kekayaannya di media sosial selepas berkongsi kegembirannya berjaya memiliki sebuah rumah lot banglo.



Kak KM memberitahu urusan pembelian dan tanah berharga RM5 juta itu dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad lalu. Menurut wanita itu dia terlebih dahulu akan melalukan proses ubah suai mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.



  



Mengulas komen negatif yang ditulis oleh netizen, tujuannya berkongsi berita berkenaan adalah untuk memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.



"Kalau sentiasa buat baik pasti ada rezeki. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Syukur dengan rezeki yang diberikan. Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya, tutup saja media sosial.



"Bukan kongsi untuk menunjuk tapi ingin berikan inspirasi untuk orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati. Pandang dari sudut positif. Bersaing secara sihat untuk mencapai sasaran. Bukan sekadar kecam dan cakap kosong sahaja," katanya.



  



Sudah sekian lama berdepan dengan kata cacian dan makian dilemparkan oleh netizen, Kak KM enggan ambil tahu apatah lagi melayan perkara sedemikian.



"Usahawan macam saya ini memang selalu kena kecam. Tak kisahlah apa orang nak kata, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.



"Sebenarnya orang yang selalu kecam ini ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain," katanya.



  



Berkongsi cerita mengenai banglo berkenaan, Kak KM yang mengakui tidak suka tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini merancang untuk merobohkan rumah berkenaan dan membina rumah baharu dilengkapi dengan kolam renang. -CARI






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 09:51 AM | Show all posts
beginner - tayang kereta
expert    - tayang rumah
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
trademark founder timbang kilo,ntah rumah sewa utk up hihiiii
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 09:59 AM | Show all posts
boringnyeh benang ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg sokong2 die... Beli produck die duduk rumah ape tewwwww. #tanyeje
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 10:34 AM | Show all posts
laki sheols ni macam radar berdenting jugak ye.... hahahahahaha..adakah sejenis lelaki yang taste kat pondan? LOL
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2022 10:47 AM | Show all posts
Takde ke video leak dia ni? tertungu2 gak kot kot ada le.. ni setakat goyang tetek apooo.. belanja la video ngesek
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 11:13 AM | Show all posts
mmg kencang sgt ke biz sheols ni? kemain kaya skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2022 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan baru buat rumah ke, dah beli rumah lain? serius lah sangat kaya sampai beli rumah/tanah mcm beli gula2 je dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2022 06:19 PM | Show all posts
"Sebenarnya orang yang selalu kecam ini ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain," katanya.


ok....tahniah.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2022 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Semenjak aeril nak jual keta mahal, iols rasa skeptikal. Dunia sewa sewaan.



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:53 AM | Show all posts
ayat dia : yang mengutuk2 aku ni semuanya miskin
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Napaa diaa niee kuat sangat auraa fondann.. padahal perempuan ori
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 08:37 PM | Show all posts
Kalau 5 juta berapa cukai pintu setahun yek?

Ada ke cukai kena bayar...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran kak KM oiiii....jgn mendongak langit sgt la...tgk ke bawah juge...tgk shuk tu Allah dah tarik...rumah jutaan x sampai brp tahun dah terpaksa jual...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2022 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
chek non dah meninggal, kak km on the list. tunggu ye kak KM, kami doakan semoga cepat cepat menjejakkan diri ke alam sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2022 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya pun kira ujian jugak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2022 04:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde ke gambau rumahnya
Nak tengok juga luas tak laman untuk tahlil nanti
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
naper skin mereka sangatla x cantik eh..duit byk2 tu pegi buat bleaching ke apa kasi skin nampak bersinar skir wlpn skin tone gelap.dyg nurfaizah cantik je skin wlpn jenis skin tone gelap.founder jamu tp skin ya ampun..aku yg rakyat marhaen ni makan innershine lagi cantik skin.
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Miang2 perangai dia ni aku suka pasal dia ni most of the time senantiasa positive dan vibes and energy dia memang best. Tgk live dia, memang akan gelak je. Ada sebilangan artis, negative aura dia so demandingly negative.. Kita tgk live dia, pembodek saja bersepah. Kita tak feel happy. Kita tak feel funny. Kita tak feel kelakar.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.335896 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list