CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 30-9-2010 09:29 AM | Show all posts
memintak SHAH ngan LISA nie bersatu...
shahrinas Post at 29-9-2010 16:13



    insya Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2010 09:30 AM | Show all posts
mekasih fazss byk n3...w/pun berdouble2..
asnita Post at 29-9-2010 22:11



    maaf..line hang.. kerap la sini gini..igt x masuk, jd double plak...
maaf yer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 09:49 AM | Show all posts
Malam yang hening ini aku penuhi dengan bacaan suci al-Quran, tenang lah wahai hati. Aku lebarkan seluruh hati aku, tanpa pernah aku menidak atau mengiyakan seluruh kemungkinan… aku masih ragu dengan pelawaan Mak Yah, walau hati aku juga bersorak gembira.

Tanpa berlengah, aku menemui Nya, Pencipta ku,  Aku panjatkan segala syukur di atas rezeki yang dilimpahi, kasih sayang yang tiada bertepi dari semua orang di sekelilingku.. aku mohon jawapan yang pasti..dan seperti biasa aku juga bermohon bertemu dengan pasangan yang terbaik buatku..

Keesokan pagi, setelah berada di pejabat, aku menghubungi rumah Mak Yah. Nyata Mak Yah gembira, tidak perlu di nyatakan, nada suaranya telah dapat ku jangka.  Setelah selesai berbual dengan Mak Yah aku bergegas memantau kerja2 staff ku. Aku lelah dengan kekurangan pekerja begini, semakin hari semakin banyak tempahan baju dan langsir, aku mula terfikir sudah tiba masa aku mendapat pekerja baru.

Aku mula dari bahagian hadapan butik, tempat display produk siap. Pakaian dan langsir itu aku selak dan chek satu persatu,agar tiada kecuaian. Semua tersusun kemas dan tidak berhabuk, itu lah yang terpenting. Jika tidak kemas maka tiada siapa lah yang akan bertandang.

Tiba di ruangan menjahit, aku hanya mampu menggeleng. Aku melangkah  ke stor bersama intan, aku bertambah pening melihat keadaan di dalam stor itu.

“Lisa kena buat temuduga la macam ni… tapi sekarang susah nak jumpa pekerja yang mahir dan berdedikasi la.” Aku luahkan isi hati kebimbangan yang menggunung ini kepada Intan.

Intan cepat sahaja mengangguk, seperti burung belatuk pula dia begitu. Mungkin dia menjangka aku akan memarahinya dengan keadaan 2 bahagian yang seperti tongkang pecah ini. Paling menakutkan jika terjadi kemalangan apabila peralatan jahit tidak di simpan dengan baik, silap-silap tembus ke kaki atau terhempap di kepala dari rak.

“intan, just kemas mana yang terdaya, at least tidak merbahayakan ok.. risau Lisa kalau macam ni la rupanya” kataku sekilas meninggalkan Intan di sana.


Puas berfikir untuk mencari pekerja yang mahir dalam bidang jahitan dan berdedikasi, aku mendapat idea. Pejabat Giat Mara aku kunjungi, aku meminta bantuan mereka untuk mendapatkan pelajar lulusan mereka yang mempunyai ciri2 yang aku cari. Mujur kedatangan aku di alu2 kan dan permintaan aku di senangi mereka. Segala urusan berjalan lancar, berdasarkan rekod aku diberikan butir2 beberapa calon yang bersesuaian.

Pulang ke pejabat aku telah menghubungi 10 calon untuk aku temuduga esok. Lebih cepat lebih baik.

Ternyata calon2 itu memang mahir, cuma aku perlu meneliti mereka untuk syarat dedikasi itu. Setelah berpuas hati, aku menapis dan memilih dua di antara mereka.

Pagi berikutnya, aku menghubungi dua yang terpilih itu untuk mula bekerja. Syukur yang tidak terhingga apabila mereka telah menunjukan respon yang baik. Hari pertama mereka aku biasakan mereka dengan jualan produk siap, segala produk yang di display aku terangkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2010 09:51 AM | Show all posts
Petang itu, aku terpaksa menolak pelawaan Reza kerana aku perlu bergegas ke rumah Mak Yah, katanya nak bincang soal trip kami ke KL nanti. Kesian pula pada Reza apabila aku sentiasa menolak pelawaannya, padahal apabila aku pelawa, majoritinya di penuhi.

Bosan keseorangan di ruang tamu menunggu Mak Yah bersolat, aku menemani Kira di bilik bacaan. Tekun dia menulis dan mewarna. Perlahan aku duduk di sebelah nya, sedari kehadiran aku, dia bangun dan merangkul leher aku. Ciuman di hadiahkan di kedua2 pipi aku. Terluah kata sayang yang tulus dari bibirnya.

Terbit rasa simpati di usia yang sebegini muda dia terpaksa hidup tanpa mamanya. Walau di mana mama nya, pasti dia secantik Kira. Telah berbulan aku mengenali keluarga ini, banyak perkara telah aku ketahui…tapi kenapa soal ini tidak pernah ada yang bersuara.

Seperti ada sesuatu terjadi, ia terus di simpan dalam lipatan yang kejap, di ikat mati.
Tanpa aku perasan, peristiwa yang penuh sentuhan itu telah di saksikan oleh Shah yang berdiri di muka pintu. Aku berpaling setelah dia berdehem, seolah memberitahu kehadirannya di bilik itu.

Baru beberapa langkah dia menghampir kami, muncul Mak Yah menggamit aku untuk berbincang. Kami menuju ke ruangan kecil di beranda .
************************************************************************

Perjalanan ke Kl seperti yang di rancang oleh Mak Yah, aku telah membawa keperluan ku selama 2 hari di sana. Sejak awal perjalanan dari Kuantan, Kira telah terlena di pangkuan ku. Mak Yah di tengah masih berbual dengan Lina di sebelahnya. Farid yang duduk di sebelah pemandu juga menyampuk perbualan mereka. Pemandu Mak Yah tetap tenang memandu.

Sampai di Temerloh, cuaca yang cerah mulai hujan lebat. Terlihat petir mula menyambar, aku hanya berdoa dalam hati. Ekoran cuaca yang merbahayakan, Mak Yah menyuruh pemandunya berhenti R&R berdekatan.

Kami menikmati minuman panas sambil menunggu hujan reda sedikit. Masing telah melayan khayalan sendiri, Kira di sebelah ku mula terketar2, pantas aku dakapnya. Semoga auntie boleh kurangkan kesejukanmu sayang.

Tepat pukul 12.30 tengah hari, kami tiba di hotel. Farid terus menguruskan urusan penginapan kami, sementara Mak Yah, aku dan Kira duduk keletihan di sofa ruang legar. Hanya bilik yang di tempah, satu untuk kaum adam dan satu lagi untuk kaum hawa.

Sejurus selepas solat zuhur, kami beredar ke Jalan TAR. Dari satu kedai ke satu kedai kami kunjungi. Aku dan Mak Yah mencari material untuk langsir barunya, manakala Lina dan Farid pula ingin mencari kain untuk majlis mereka yang bakal berlangsung pertengahan tahun depan. Suka aku melihat kemesraan mereka, Kira lincah bergerak, risau aku takut sesuatu terjadi apabila semakin ramai yang berpusu2.

Kami terus bergerak ke Jalan Chow Kit, kain untuk langsir Mak Yah telah di beli, ekoran berat untuk di bawa ke sana ke mari, Mak Yah menyuruh pemandu nya menyimpan dahulu di kereta. Penat berjalan Kira mula merengek.

Tanpa sedar jauh kami berjalan, sedar2 kami telah pun sampai di Sogo. Aku membawa Mak Yah dan Kira melepak di Starbucks. Kira masih lagi dengan ragamnya, penat sangat agaknya. Jenuh aku melayannya petang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 02:33 PM | Show all posts
mekasih fazss n3 yg byk... byk sungguh diaorg shopping... bestnye... next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2010 08:57 PM | Show all posts
mungkin kah ada cinta sedang berbunga antara lisa dan syah
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2010 08:44 AM | Show all posts
mungkin kah ada cinta sedang berbunga antara lisa dan syah
mijot Post at 30-9-2010 20:57



    mungkin.. tapi selagi tak sampai ijab n kabul,  kita tak tahu sape jodoh kita. pada lisa, hati dia terlalu keras untuk menerima lelaki sebagai kekasih. tp dia suka berkawan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2010 02:25 PM | Show all posts
next2 n3 fazss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2010 02:46 PM | Show all posts
adakah kira menjadi pengikat antara lisa dan syah....
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 10:05 AM | Show all posts
morning fazss... xde n3 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2010 11:35 AM | Show all posts
fazss....hari ni punya stok xde ke???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:49 AM | Show all posts
sabar menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 11:51 AM | Show all posts
Reply 44# fazss


  kalu ader smbgn mmg akn bc...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:16 PM | Show all posts
blum ada n3 baru...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 03:53 PM | Show all posts
arini konfem xde n3...
kne tggu besOk la nmpk gaye ner...he3

fasz sy da bukti kn pd awk yg sy btOl2 bc cte awk...he4
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 09:28 PM | Show all posts
tiupan masih lagi sepi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-10-2010 09:08 AM | Show all posts
arini konfem xde n3...
kne tggu besOk la nmpk gaye ner...he3

fasz sy da bukti kn pd awk yg sy bt ...
mawar65 Post at 3-10-2010 15:53



    thanks... hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 09:10 AM | Show all posts
adakah kira menjadi pengikat antara lisa dan syah....
Ju'a Post at 1-10-2010 14:46



    secara tak lgsg...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 09:11 AM | Show all posts
fazss....hari ni punya stok xde ke???
bb_75 Post at 2-10-2010 11:35



    stok basah ada.. tp x sempat nak adun bahan.. sabar k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2010 09:13 AM | Show all posts
sabar menunggu...
ADRIANAQISTINA Post at 3-10-2010 11:49



    terima kasih.. tgh adun bahan ni... sabar k..:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.067120 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list