CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
Post time 9-10-2010 09:33 AM | Show all posts
morning fazss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2010 08:52 AM | Show all posts
ingatkan dah ada n3 lagi...
shahrinas Post at 8-10-2010 16:10



    maaf lambat skit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 119# asnita


    interview...tawakal je skrg....
satu pengalaman baru, coz 2 org panel tu Dato'.. soalan memang bombastik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:57 AM | Show all posts
Reply 120# bb_75


    maaf lambat..pas sibuk interview.. buzy ngan wedding cousin kt jengka plak.. terkejar2.. skrg dh normal balik.. hehehe.. N3 baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 08:58 AM | Show all posts
Reply 121# asnita


    morning asnita...

N3 baru dah ada...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 09:00 AM | Show all posts
maaf semua...

**********************************************************************

Aku sedut udara segar kampong, terus ke dalam..menjana satu kesegaran dan kedamaian yang nyata. Sebulan umpama bertahun pemandangan ini tidak ku rasai. Sunyi dan sepi. Telefon aku dari tadi mohon diperhati, tiada niat langsung untuk aku melayan. Aku mahukan percutian yang indah di sini tanpa sesiapa.. hari pertama di kampong, aku bersama ibu membersihkan kebun di belakang rumah.

Kami melepaskan lelah di pangkin di bawah pohon mempelam, melihat api yang makin marak aku menghayati semangatnya. Susah untuk ia bermula, dan susah juga untuk ia padam. Abu dedaun kering yang terbakar, menjulang ke atas, mengikut alun angin petang. Berterbangan bebas. Mahu kah sepi mebebaskan aku begitu..

Mata ku pejam kejap, aku mencari siapa Reza di dalam hidup aku. Sejauh mana keperluan dia hadir dalam jiwa aku. Minda ku berputar dalam ligat. Terasa berat bahu ku kini, sepatut aku gembira di lamar, tapi kenapa aku rasa terlalu berat. Hati ku bukan milik nya, terlalu pantas semua ini berlaku.

Angin terus membuai khayalan jiwaku, otakku yang penat mohon beredar dari alam nyata. Tidak sedar berapa lama aku terlena di pangkin, hanya laungan ibu memecah lena. Otak yang tadi berehat mula cergas. Malam menjelma, siang telah pun berlabuh.

Makan malam kami penuh dengan tawa bahagia, hidup kami sepi berdua, tapi kami bahagia. Bersama ibu membuatkan aku lupa akan kesibukan kerja ku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-10-2010 09:01 AM | Show all posts
Pagi yang mendamaikan membuat aku teringin untuk jogging di sekitar kampong. Kebiasaannya aku hanya berkurung di rumah. Telah lama aku tidak meninjau perkembangan kampong, ini salah satu kaedah yang terbaik. Dengan langkah yang berbunga aku mula kan larian ku.

Banyak yang telah berubah rupanya, setiap bulan balik pun aku tak pernah perasaan bangunan sukan yang baru di bina. Semakin banyak fasiliti, telefon awam pun telah di baiki. Namun, pagi2 begini hanya kelihatan warga emas di warung2, golongan belia entah ke mana. Tidak ketinggalan, budak2 sekolah berjalan kaki ke sekolah berhampiran. Larian yang menyihatkan badan, pemandangan yang menyegarkan otak..semua ini mampu melengkapkan hari ku.

Pelbagai cerita yang ibu buka sepanjang aku di sini, soal anak2 buah nya, soal tanaman, soal kerja nya, guru kelas tambahan, dan anak2 kampong sekitar. Ibu umpama wartawan CNN dah. Kehadiran ku adalah kegembiraannya.

Telefon yang telah berhari tidak ku endahkan, telah kehabisan bateri rupanya. Ibu menggeleng melihat aku mula mencari suis, aku hanya tersenyum sumbing. Seharian aku terpaksa mendengar syarahan nya.

Pesanan bertalu2 masuk, ibu yang mendengar cepat sahaja menyambung syarahan nya. aku pula yang menggeleng, begitu lah ibu. Aku membaca satu per satu,kebanyakkan  pesanan dari Reza, Shah dan Mak Yah. Ada juga dari intan dan amy. Aku mula berdebar membaca pesanan dari Mak Yah,

‘call back, urgent..’ nombornya terus ku dail.

“assalammualaikum” aku cepat memberi salam apabila bunyi di jawab.

“waalaikummusalam..Lisa sihat?” aku tersenyum, suara Mak Yah ceria aje, tapi kenapa urgent?

“sihat, Mak Yah dan Kira sihat? Kenapa Mak Yah cari Lisa?”

“Mak Yah ok, Kira demam dah 3 hari, dia nak jumpa Lisa” sayu tutur kata itu, sayu lagi hati aku. Menyesal pula aku tidak melayan nya sejak aku di kampong.. oh..my angel.

“dia dah tido ke?”

“dah. Bila Lisa habis cuti?”

“esok memang dah nak balik sana, ermm..esok Lisa datang jenguk Kira sekali la. Boleh?”

“ok la tu.. kirim salam kat ibu.”

“insya Allah Mak Yah,” talian ku matikan. Aku segera mendapatkan ibu sofa, aku baring di riba ibu. Mata ibu tidak berkelip memandang aku sambil tangan nya mengurut lembut rambut ku.

“anak ibu dah besar, tentu abah gembira tengok Lisa sekarang” mata ibu mula berkaca.

“yer ibu, tak lama lagi nak kahwin, ibu tinggal ngan Lisa nanti k” saja aku mengusik nya. Ibu hanya tersenyum sambil menggeleng pantas.

“esok nak balik pukul berapa?”

“pagi la ibu, sebab Lisa nak lawat Kira.” Ibu mengangguk , dahi ku di kucup lembut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 09:03 AM | Show all posts
selamat membaca buat semua... maaf atas kelewatan, jgn lupa selit kan komen , tinggalkan jejak k....

sambung......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 09:10 AM | Show all posts
morning fazss... mgkn lisa xblh terima reza sbb hatinya ada pada papa kira... next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 12:21 PM | Show all posts
kira jatuh kasih kat lisa.....lisajatuh kasih kat??????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 02:55 PM | Show all posts
morning fazss... mgkn lisa xblh terima reza sbb hatinya ada pada papa kira... next2 n3
asnita Post at 11-10-2010 09:10



    kita nantikan apa lisa nak buat...  masalah lisa, dia tak nampak lagi hati dia ada sapa..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 02:56 PM | Show all posts
kira jatuh kasih kat lisa.....lisajatuh kasih kat??????
bb_75 Post at 11-10-2010 12:21



    hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 07:05 PM | Show all posts
Nice story.. Just keep it up
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2010 08:58 PM | Show all posts
hati lisa dah tersangkut kt shah kot...cuma lisa tak sedar lagi..
memandai jer aku ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 12:35 AM | Show all posts
mb lisa akn pilih shah kOt....
kn lisa da rpt ngan kira....

tp xslh klu lisa pilih reza...cOz reza pOn OK per......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 08:50 AM | Show all posts
Post Last Edit by fazss at 12-10-2010 11:02

morning... salam semua..

**********************************************************************

Apabila matahari mula menjelma, aku memulakan perjalanan. Jarak yang sepatut nya memakan masa 2 jam rasa seperti terlalu lama bagi ku kini. Rasa kesal kian menebal, hanya kerana lamaran yang ingin aku nafikan Kira yang merana.

Tersegam indah banglo Mak Yah mengalu2 kan kedatangan ku. Pintu pagar yang terbuka memudahkan aku meletakkan keretaku di halaman banglo itu. Ada sebuah kereta ferrari berhampiran dengan tempat letak keretaku, aku tidak pernah melihat kereta itu di sini, cantik. Teramat cantik sebenarnya, maklum la, aku memang mengimpikan dapat memiliki kereta secantik ini.

Di ruang tamu, berdiri seorang perempuan yang seksi, dress tanpa lengan ,menampakkan lurah dan betis. Kulit nya yang cerah dan bersih tentu skali mengiurkan lelaki. Wanita itu melihat aku dengan mata yang tajam seakan aku adalah  menu yang paling lazat pagi ini. Mak Yah yang berada di hadapannya berpaling dan tersenyum.

“Lisa dah sampai? Ni Karina, ibu kandung Kira” mendatar kata2 Mak Yah. Aku tersenyum sambil menghulurkan salam padanya, tapi hanya jelingan tajam yang menyambut salam ku.

“ini ke auntie Lisa yang di sibukkan tu? Ingat cantik sangat tadi..” aku rasa seperti ada tak kena yang sedang berlaku. Masakan kali pertama berjumpa, aku di sindir, nak saja aku anyam mulut yang merah merekah tu. Dia melihat aku dari atas ke bawah, seolah sedang membuat penilai pada peserta ratu Malaysia.

“Mak Yah, Kira mana?”

“dalam bilik tido lagi. Lisa nak pergi jenguk dia terus ker? Rehat la dulu.. nanti Mak Yah buatkan air”

“tak pe la Mak Yah, bukan penat mana pun, Lisa pegi tengok Kira dulu yer..” Mak Yah mengangguk, aku segera berlalu. Tak kuasa aku nak melihat wanita yang tak ingat dunia begitu. Masih berbekas sakit hati ini bila di sindir terbuka begitu.

Sayu hati melihat tubuh kecil itu terlentang di atas katil, nyenyak tido nya. aku letakkan belakang tangan ku ke dahi nya, tidak terlalu panas. Aku terus mengambil sehelai tuala kecil di rak bajunya, segera ku bawa ke bilik air yang berdekatan, ku basahkan dan ku perah.

Aku lap tuala itu ke seluruh muka, lengan dan kaki nya yang terdedah. Mungkin terkejut dengan sejuk air, matanya terus terbuka. Melihat sahaja aku di depan ku, dia mendepangkan tangannya meraih aku dalam pelukan panasnya. Air matanya berjurai.

“kenapa ni?”

“auntie jangan tinggal Kira lagi yer..” katanya dalam sedu.

Terharu dengan kasih kanak2 sekecil ini, air mata ku turut mengalir. Betapa besar kasihnya buat ku, tak ku sangka dia demam rindu kan aku. Ya Allah..aku terima laluan ini Ya Allah.. tidak akan aku sia2 kan kasih nya buat aku, yang tiada ikatan nyata dengannya.

Air matanya ku sapu, aku senyum padanya, seolah memberitahu aku terima kasih nya dan kini aku juga sedia mengasihinya. Belakangnya ku usap lembut, aku bangun mengambil baju ganti untuknya.

“Kira nak makan apa breakfast ni?”

“bubur ayam..auntie masak yer” mata sayu merenung tepat ke mata ku.

“ok, auntie turun dulu, dah siap auntie panggil Kira ok… Kira baring, tido dulu” setelah siap aku lap seluruh tubuhnya, baju pun telah berganti aku turun ke dapur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2010 08:51 AM | Show all posts
bersambung akan dtg k... thanks 4 coming..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 08:53 AM | Show all posts
Nice story.. Just keep it up
zappy_spiker Post at 11-10-2010 19:05



    thanks zappy..thanks 4 drop by.. keep reading k..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 08:54 AM | Show all posts
hati lisa dah tersangkut kt shah kot...cuma lisa tak sedar lagi..
memandai jer aku ni
mijot Post at 11-10-2010 20:58



    nice try.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 08:56 AM | Show all posts
Reply 135# mawar65


    hehehe  hanya akad yang akan nyatakan sape jodoh Lisa..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.244401 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list