CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: blastoff

khurafat - guna garam untuk halau hantu dalam bangunan .

  [Copy link]
Post time 22-9-2010 10:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamkumis at 22-9-2010 22:20

Madu, cuka, minyak zaitun ada khasiat untuk ubat penyakit, kita guna org barat pun guna...
Beza kita dengan mereka, kita makan ubat hanya ikhtiar tapi Allah yang menyembuhkan. Ubat tidak ada kuasa untuk menyembuhkan, kuasa menyembuh hanya pada Allah, tapi ubat itu mempunyai sifat menyembuhkan kerana ia adalah sunatullah. Atau hukum alam yang ditetapkan tuhan. Apabila kena sebab dan musabab maka jadilah ia dengan keizinan Allah. Keizinan Allah inilah yang dipanggil sunatullah atau peratauran alam yang telah ditetapkan.

Orang rosak iman pula fahamannya berbeza, apabila sembuh mereka yakin ubat itu ada kuasa yang menyembuhkannya, kalaulah tak ada ubat tersebut mesti matilah dia. ini fahaman rosak.
Kita sebagai umat islam kena yakin pada Qada dan Qadha, apabila telah sampai ajal ubat apapun tidak dapat mengelakan ketetapan Allah swt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 10:16 PM | Show all posts
Sama jugak dengan kita petik Mancis api atau Lighter, apabila bergesel ia mengeluarkan bunga api dengan izin Allah, ini hukum alam atau Sunatullah, tetapi jika Allah tidak izinkan dia akan jadikan mancis tersebut basahkan dengan air maka bila digesel tidak apa apa-apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 10:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 22:40
Kenapa ko ada masalah dengan hadis ni. Ia isnad yang hasan. Jangan cepat menuduh hadis ini palsu apabila bertentangan dengan pendapat ko. wan72 Post at 22-9-2010 21:42


Masaalahnya tak ada dalam kitab sahih bukhari, sahih muslim, abudawud dan malik muwatta mengenai nabi kena sengat kala jengking, malah tak ada dalam sejarah Islam yang nabi kena sengat kala jengking pun atau Nabi melaknat makhluk Allah, bukan watak seorang Nabi nak melaknat sana sini .  

Yang ada dalam hadis Abu Dawud ialah mengenai orang yang kena sengat kala jengking lalu dia mai tanya Nabi maka nabi pun tunjukkan doa agar dia tak kena sengat lagi dah dengan seizin Allah apabila dia amalkan doa tu ... Nabi tak pulak kata kat orang tu untuk guna air dan garam dengan surah 3 Qul tu ....  

(Abu Dawud) Book 28, Number 3889: Narrated AbuSalih Zakwan as-Samman:
A man from Aslam tribe said: I was sitting with the Apostle of Allah (peace_be_upon_him). A man from among his Companions came and said: Apostle of Allah! I have been stung last night, and I could not sleep till morning. He asked: What was that? He replied: A scorpion.
He said: Oh, had you said in the evening: "I take refuge in the perfect words of Allah from the evil of what He created," nothing would have harmed you, Allah willing.

--------------------------------------------------------------------------------
(Abu Dawud) Book 28, Number 3890: Narrated AbuHurayrah:
A man who was stung by a scorpion was brought to the Prophet (peace_be_upon_him). He said: Had he said the word: "I seek refuge in the perfect words of Allah from the evil of what He created, "he would not have been stung, or he said, "It would not have harmed him."


so hadis yang kau bawak tu kau claim kata hasan sanadnya tapi kau kena bawak mai rujukan lengkap hadis tu baru boleh terbukti hasan ke idak , bukannya main quote gitu-gitu aje kemudian start claim kata hasan ! Apa yang terkandung dalam hadis kau tu amat meragukan kerana mustahil untuk seorang nabi menjadi pelaknat dan tak pernah Nabi di sengat kala jengking !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2010 10:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by blastoff at 22-9-2010 22:38

halau hantu dari bangunan kerana bangunan tu sakit kaaa ? Alahai , thread ni berkenaan halau hantu dari bangunan yang korang dok membebel pasal guna madu itu ini untuk sembuhkan penyakit badan tu buat apa ....bangunan tu sakit badan ka ? Ada manusia nampaknya sampai tak tahu beza antara penyakit badan dengan bangunan yang dikatakan ada hantu ! Sabar ajelah !   So bubuh lada dan garam keliling bangunan kerana bangunan tu sakit ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:38 PM | Show all posts
Masaalahnya tak ada dalam kitab sahih bukhari, sahih muslim, abudawud dan malik muwatta mengenai ...
blastoff Post at 22-9-2010 22:25


Niat kamu tu baik untuk menentang bid'ah dan khurafat, tapi silapnya dah terkeluar dari ZONE yang sepatutnya, perkara yang hukum harus kau bid'ahkan atau kau haramkan, sedangkan hukumnya harus. Ini sudah dikira mengubah hukum. Sama jugak naik Bas gi masjid hukumnya harus. Tapi kalau ikut kaedah fahaman kau tu hukumnya haram naik bas sebab zaman dahulu taka ada bas.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:40 PM | Show all posts
huhu...baru abis tengok tv3...ilmu alam ghaib. ustaz dr zamdurani ada cakap pasal garam, lada hitam dan limau. dia kata memang penggunaan benda2 ni takde di sebut dalam quran dan hadis, tp berdasarkan pengalaman lalu benda2 tadi mampu memberikan kesakitan pd makhluk2 halus tu dengan izin Allah. tak payah la nak putar belit. benda ni aku rasa hukumnye harus dan takde langsung isu tiru amalan orang kapir.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2010 10:46 PM | Show all posts
huhu...baru abis tengok tv3...ilmu alam ghaib. ustaz dr zamdurani ada cakap pasal garam, lada hitam dan limau. dia kata memang penggunaan benda2 ni takde di sebut dalam quran dan hadis, tp berdasarkan pengalaman lalu benda2 tadi mampu memberikan kesakitan pd makhluk2 halus tu dengan izin Allah. tak payah la nak putar belit. benda ni aku rasa hukumnye harus dan takde langsung isu tiru amalan orang kapir.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 10:48 PM | Show all posts
Masaalahnya tak ada dalam kitab sahih bukhari, sahih muslim, abudawud dan malik muwatta mengenai ...
blastoff Post at 22-9-2010 22:25



Ko dah baca ke ayat aku...  Aku petik hadis tu dari buku karangan ust Harun Din. Dia ada rujukan beliau. Buku itu dijual di jual pasaran terbuka. Ini bermakna dia bersedia berdepan dengan sesiapa yang tak sependapat dengan beliau. Isu pasal Selawat Syifa dia ada jawab. Pasal hadis ni setakat takde siapa pun kata hadis ini adalah hadis palsu.  Kalau ko tak pernah jumpa hadis tak bermakna hadis itu hadis palsu. Mungkin ko belajar tak habis lagi kot. setau aku orang yang belajar hadis ni, dia belajar semua samada hadis tu hadis saih ke, lemah ke palsu. Baru boleh berhujjah. Ko cuma belajar apa yang ko nak belajar jer. Itu pasal kena jujur dalam mencari ilmu. Ko cari ilmu cuma nak menyesatkan orang jer... nauzzubillah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 10:55 PM | Show all posts
Niat kamu tu baik untuk menentang bid'ah dan khurafat, tapi silapnya dah terkeluar dari ZONE yan ...
zamkumis Post at 22-9-2010 22:38



Itu ler.. kadang2 aku tertanya2 juga, guru dia tak ajar tentang adab-adab untuk menegur orang lain terutama yang berilmu juga
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:41 PM | Show all posts
Itu ler.. kadang2 aku tertanya2 juga, guru dia tak ajar tentang adab-adab untuk menegur orang  ...
wan72 Post at 22-9-2010 22:55


Tak silap saya Blassoff dan tobby ni berfahaman Wahabi
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 11:50 PM | Show all posts
Subhanallah, kalau tak tahu belajar pada yang tahu....jangan pandai-pandai tunjuk tahu.... Kalau ilmu panjang sejengkal, belajar lah lagi, ilmu Allah perturunkan terlalu banyak... tolong lah belajar... jangan gunakan ilmu yang sedikit itu untuk menjatuhkan orang yang tinggi ilmunya.... yang membezakan antara sesama manusia ialah ilmu.

p/s : saya yang terlalu sedikit ilmu, sila tunjuk ajar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:05 AM | Show all posts
Amalan sesat dalam ajaran kristian hendak di bawa masuk ke dalam masyarakat Islam di M'sia.


bl ...
blastoff Post at 21-9-2010 17:54



   

Setuju betul dengan Blastoff. Mereka yang berbuat sebegitu sememangnya menyimpang daripada amalan ajaran Islam tetapi mereka tak tahu. Hanya kerana yang buat itu bertaraf professor atau ustaz atau apa taraf sekali pun,tidak semestinya amalan itu benar. Kebenaran itu bukan dilihat pada orang yang melakukannya tapi apakah ianya bersumber daripada AlQuran dan Hadis.

Sudah diberitahu oleh Allah SWT bahawa mohonlah perlindungan kepadaKu daripada Jin dan Syaitan. Apakah ada yang lebih baik;membaca ayat Isti'adzah daripada membaca-baca ayat serta menggunakan air dan garam,seperti yang disarankan oleh Allah?

Apakah ada yang lebih baik;membaca ayat Kursi daripada membaca-baca ayat serta menggunakan air dan garam,seperti yang disarankan oleh Rasulullah?

Sebenarnya,mereka ini telah mencampur-adukkan amalan membaca ayat-ayat Allah dengan perkara-perkara khurafat;menggunakan air dan garam. Amalan menabur air dan garam lalu disertakan dengan membaca ayat Allah terlihat seperti islamik. Seolah-olah semacam dibenarkan oleh agama.

Apakah bezanya menabur-nabur air dan garam dengan penggunaan tangkal yang dipakai pada pinggang atau lengan budak kecil; dikatakan terkena gangguan Syaitan? Bukankah tangkal jugak dilarang oleh agama Islam? Tangkal itu dikatakan menjadi pendinding daripada gangguan Jin dan Syaitan. Apakah beza? Walhal perkara itu dilarang oleh Nabi.

Khurafattttttt......khurafattt.............Hindarlah!

Blast Them Off,Mr.Blastoff!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:29 AM | Show all posts
Reply  blastoff

Tapi Bro. Ko juga mendedahkan Rasulallah disihir? Bukankah Rasulallah dilindungi ...
sharfox Post at 22-9-2010 18:19



Good..i setuju dgn hujah bernas ni..
setiap apa yg Allah S.W.T cipta ada kegunaannya...ada org yg dibuka hijabnya utk melihat sesuatu yg ghaib (kasyaf)..lgpon ni kan salah satu perubatan alternatif..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:33 AM | Show all posts
derang nak halau binatang berbisa cam lipan, kala jengking, ular. je kot tu yang pakai garam dan lada hitam......jgnlah cepat buruk sangka {:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 12:37 AM | Show all posts
Tak silap saya Blassoff dan tobby ni berfahaman Wahabi
zamkumis Post at 22-9-2010 23:41



tumpang tanya en.zam, betul ke dlm fahaman wahabi kalau meraikan maulidur-rasul, baca talqin, kenduri arwah or tahlil tu bida'ah?..maaf kalau saya tersilap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:10 AM | Show all posts
tumpang tanya en.zam, betul ke dlm fahaman wahabi kalau meraikan maulidur-rasul, baca talqin,  ...
sherryda Post at 23-9-2010 00:37



    tumpang jawab.. encik zam yek... betul.. malah mengatakan Allah tuh bertempat. mempunyai tangan.. tak caya sifat 20.
sebab tuh kalau wahabi je saya anggap puak2 ni tak leh pakai akidah tauhid dah pesong jauh masuk gaung daaa.... Allah bertempat? ada anggota? yang lain2 sile.. sile cik zam tambah
*larik........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 01:26 AM | Show all posts
tumpang jawab.. encik zam yek... betul.. malah mengatakan Allah tuh bertempat. mempunyai t ...
memberKawanKau Post at 23-9-2010 01:10



   

Agak-agak kamu le,bila disebut Allah itu berkata-kata bunyinya lain ke dengan bunyi manusia itu berkata-kata?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:48 AM | Show all posts
PENGERTIAN RUQYAH
Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i ( Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

RUQYAH SECARA UMUM TERBAGI KEPADA DUA MACAM :
Pertama : Ruqyah yang diperbolehkan oleh syari'at Islam iaitu disebut Ruqyah Syar'iyah.
Kedua : Ruqyah yang tidak dibenarkan oleh syari'at Islam, iaitu Ruqyah dengan menggunakan bahasa-bahasa yang tidak difahami maknanya atau Ruqyah yang mengandungi unsur-unsur kesyirikan.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perlihatkan kepadaku ruqyah kalian, dan tidak apa-apa melakukan ruqyah selama tidak ada unsur syirik." ( HR. Muslim )

SYARAT RUQYAH SYAR'IYAH
Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;
1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

KETENTUAN MERUQYAH
Tatkala melakukan Ruqyah hendaknya diperhatikan ketentuan berikut ;
1. Ruqyah tidak mengandungi unsur kesyirikan.
2. Ruqyah tidak mengandungi unsur sihir.
3. Ruqyah bukan berasal dari dukun, paranormal, tukan telek dan orang-orang yang segolongan dengan mereka, walaupun secara zahir mereka memakai sarban, jubah dan sebagainya. Kerana bukan penampilan yang menjamin seseorang itu terbebas dari perdukunan, sihir dan kesyirikan.
4. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang tidak bermakna atau tidak difahami maknanya, seperti tulisan abjad atau tulisan yang tidak difahami.
5. Ruqyah tidak dengan cara yang diharamkan seperti dalam keadaan junub, di kburan, di kamar mandi, di bilik yang gelap dan sebagainya.
6. Ruqyah tidak mempergunakan ungkapan yang diharamkan, seperti celaan, cacian, laknat dan lain-lainnya.

KEUTAMAAN AL-QURAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang tidak menurunkan suatu penyakit kecuali Dia menurunkan juga ubat penawarnya.
Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim ) Dan yakinlah bahwa tidka ada yang mampu menyembuhkan sesuatu penyakit melainkan hanya Allah SWT. Maka di antara cara yang paling tepatm efektif dan mujarab untuk menghilangkan sesuatu penyakit dan menangkal mara bahaya adalah dengan memfungsikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pengubatan. Al-Quran telah menjelaskan hal itu secara terang :

Katakanlah, "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar." ( QS. Fushshilat : 44 )

"Dan kami turunkan dari Al-Quran ( ada ) sesuatu yang menjadi ubat penawar dan menjadi rahmat bagi orang yang beriman." ( QS. Al-Isra' : 82 )

Junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya telah mencontohkan pengubatan dengan mempergunakan Al-Quran dan doa-doa untuk mengubati berbagai macam penyakit, baik disebabkan oleh tukang sihir seperti guna-guna dan lain-lainnya atau disebabkan oleh gangguan jin seperti kerasukan dan penyakit-penyakit aneh lainnya atau terkena gigitan binatang berbisa seperti kala-jengking, ular dan sebagainya. Rasulullah SAW juga mempergunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa untuk penjagaan dan perlindungan diri.

BEBRAPA ALASAN RUQYAH BERDASARKAN HADIS-HADIS YANG SAHIH
Nabi Muhammad SAW meruqyah dirinya sendiri tatkala mau tidur dengan membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas lalu beliau tiupkan pada kedua telapak tangannya, kemudian usapkan ke seluruh tubuh terjangkau oleh kedua tangannya. (HR. Al-Bukhari )

Jabir Bin Abdullah r.a. berkata, "Seseorang di antara kami disengat kalajenking. Kemudian Jabir berkata, "Wahai Rasulullah apakah saya boleh meruqyahkannya? Maka beliau bersabda, "Barangsiapa di antara kalian yang sanggup memberikan manfaat kepada saudaranya, maka lakukanlah." ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. juga mengatakan, "Rasulullah SAW memerintahkan padaku agar aku minta ruqyah dari pengaruh 'ain ( mata yang dengki )." ( HR. Muslim )

Dari Abu Sa'id Al-Khudhri r.a., Jibril mendatangi Nabi SAW, lalu berkata, "Wahai Muhammad apakah engkau mengeluh rasa sakit?" Beliau menjawab, "Ya!" Kemudian Jibril ( meruqyahnya ), "Bismillahi arqika, min kulli syai'in yu'dzika, min syarri kulli nafsin au 'aini hasidin, Allahu yasyfika, bismillahi arqika" ( "Dengan nam Allah aku meruqyahmu, dari segala hal yang menyakitimu, dan dari kejahatan segala jiwa manusia atau mata pendengki, semoga Allah menyembuhkan kamu, dengan nama Allah saya meruqyahmu") ( HR. Muslim )

Aisyah r.a. berkata, "Biasanya Rasulullah SAW apabila ada seorang yang mengeluh rasa sakit, beliau usap orang tersebut dengan tangan kanannya, kemudian berdoa, "Hilangkanlah penyakit wahai Rabb manusia, sembuhkanlah kerana Engkaulah pemberi penyembuh, tiada kesembuhan selain kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tiada meninggalkan penyakit." ( HR. Muslim )

Uthman Bin Abil 'Ash r.a. datang menemui Rasulullah SAW mengadukan rasa sakit pada tubuhnya yang dia rasakan semenjak masuk Islam, kemudian Rasulullah SAW berkata, "Letakkan tanganmu pada tempat yang terasa sakit, kemudian bacalah; "Bismillahi" ( dengan menyebut nama Allah ) tiga kali, dan bacalah; "A'uzu billahi wa qudrotihi min syarri ma ajidu wa uhadziru" ( aku berlindung dengan Allah dan dengan qudrat-Nya dari kejahatan yang aku dapati dan yang aku hindari ) tujuh kali." ( HR. Muslim )
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:50 AM | Show all posts
Apakah bezanya menabur-nabur air dan garam dengan penggunaan tangkal yang dipakai pada pinggang atau lengan budak kecil; dikatakan terkena gangguan Syaitan? Bukankah tangkal jugak dilarang oleh agama Islam? Tangkal itu dikatakan menjadi pendinding daripada gangguan Jin dan Syaitan. Apakah beza? Walhal perkara itu dilarang oleh Nabi.
Amir Post at 23-9-2010 00:05


golongan khurafat ni pun ada hujah mrk bila mengatakan tangkal mangkal dibolehkan dlm islam. hujah mrk ialah kerana org dulu2 ada buat.  hujah mrk tangkal itu sudah dibacakan ayat2 Allah maka apa salahnya kata mrk.  ujar mrk lg, tangkal itu adakalanya merupakan kertas2 yg ditulis dgn ayat2 Quran & digantung di muka pintu. itupun salah satu ikhtiar juga kata mrk. sama mcm makan panadol kata mrk lagi.  bila ditanya adakah bersumberkan hadith atau ayat Quran mrk tak dpt kemukakan. sebaliknya mrk kemukakan kata2 yg berbelit2 & membelitkan ayat2 Allah yg sudah terang lagi jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 01:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by sherryda at 23-9-2010 02:01

SEBAHAGIAN TANDA-TANDA ADA GANGGUAN JIN DI DALAM RUMAH
   1. Masakan selalu dan cepat basi ( rosak )
   2. Selalu kedengaran seperti bunyi goli jatuh di lantai
   3. Kedengaran seperti ada orang mengemas atau menarik perabot di tengah malam
   4. Sering nampak kelibat atau lembaga hitam di dalam rumah
   5. Penghuni rumah sering merasa seram dan takut apabila berada di dalam rumah.

Untuk mengusir atau membunuh jin, anda boleh membaca Ayat-Ayat Ruqyah.
(Cara pengubatan yang lengkap dengan pagar diri dan peringatan )

( *** Anda boleh mengulanginya dengan kutukan kepadanya yang berbunyi, "Aku mengutukmu dengan kutukan Allah yang sempurna," sebagaimana halnya, anda pun boleh mendo'akan kehancurannya. )
atau mengajaknya berdialog. Tetapi kalau lemah, dia akan diam saja. Kalau dia mahu berbicara, ajaklah dia masuk Islam. Mudah-mudahan melalui dirimu, Allah memberi petunjuk kepadanya.

Tetapi kalau dia bertahan dalam kekafirannya, maka diharapkan tidak begitu saja membunuhnya. Ingatlah akan Firman Allah : Tidak ada paksaan dalam memasuki Agama Islam: Biasanya dia akan meminta izin kepadamu untuk keluar. Kalau sudah begitu, katakan kepadanya, "Keluarlah dari ibu jari kaki sebelah kiri." Kemudian ambillah minyak wangi dan urutlah ibu jari kaki kiri itu sebanyak tiga atau empat kali, agar dia keluar dari pintu yang anda bukakan melalui urutan tersebut, sesudah dia berjanji untuk tidak mengulangi kezalimannya.

Jika ada jin degil dan lemah, sehingga tidak mahu berbicara, dan bagaimana hendak mengetahui bahawa dia telah keluar, ulangi bacaan-bacaan di atas. Kalau si pesakit sekali lagi merasakan kesakitan atau pening, sesak nafas atau lehernya dicekik, atau lumpuh pada bahagian anggota tubuhnya, atau sekujur tubuhnya menunjukkan kejang-kejang atau melihat si pesakit berusaha menutupkan jari-jarinya pada matanya, maka cegahlah dia melakukan hal itu. Sebab, yang demikian itu merupakan was-was yang dibuat jin tersebut dari dalam dirinya agar jin tersebut boleh menutupi matanya. Semuanya itu merupakan bukti bahawa jin ada dalam tubuhnya, dan bahawasanya dia telah berdusta.

Tiba di situ bolehlah mengusirnya dengan mengambil segelas air. Letakkan bibirmu di gelas, lalu bacalah Ayat Kursi, sepuluh ayat pertama surah Ash-Shaffat, Al-Falaq dan An-Nas, lalu minumkan air itu kepada si pesakit. Saat itu, maka jin tersebut akan mati dalam tubuh si pesakit. Segera ulangi mengambil air dan membacakan ayat-ayat tersebut beberapa kali, lalu minumkan kepadanya satu gelas air yang dicampur dengan garam, agar jin yang mengeram dalam perutnya dapat dimuntahkan. Kalau si pesakit tidak dapat muntah, tetapi ini jarang terjadi, maka jin tersebut akan keluar saat si pesakit buang hajat di kamar mandi.

credit: www.rawatanislam.com.sg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.346508 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list