CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 869|Reply: 16

Hanya di Astro : Karaoke Superstar bermula 5 Jun 2022

  [Copy link]
Post time 20-6-2022 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by CikAm92 at 20-6-2022 09:01 PM

Hanya di Astro : Karaoke Superstar bermula 5 Jun 2022


‘Karaoke Superstar’ merupakansebuah program pertandingan berkaraoke antara dua penyanyi terkemuka yang akanbersaing dalam setiap episod. Secara uniknya, mereka akan berganding denganpeminat-peminat setia yang dipilih daripada kelab peminat mereka tersendiridengankaedah cabutan dalam segmen-segmen tertentu. Sepanjang program ini dijalankan,semua persembahan artis-artis yang terbabit akan diiringi oleh ‘live’ banduntuk memberi kelainan dalam berkaraoke.

‘Karaoke Superstar’ merupakanbuah tangan istimewa buat kelab peminat selebriti tanah air kerana mereka jugaturut dapat menyertai artis kegemaran mereka bertanding sebagai seorang pesertadalam kumpulan yang sama. Pembabitan peminat ini boleh menentukan siapakah yangakan menang sebagai juara secara keseluruhan untuk minggu tersebut. Kriterialagu yang dipilih dalam program ini merupakan lagu-lagu popular selebriti tanahair & juga antarabangsa yang sering menjadi pilihan para pengunjung pusatkaraoke. Antara keunikan dan cabaran buat selebriti dalam program ini adalahmereka bakal menyanyikan lagu-lagu yang belum pernah dinyanyikan di mana-manaplatform dan merupakan lagu-lagu yang bergenre di luar keselesaan mereka.

Format Penjurian
Para juri (Ratu Karok & jurijemputan setiap minggu) akan memberikan markah per seratus kepada mereka denganpecahan markah vokal atau tempo (40%), persembahan (40%), personaliti (10%) danbakat spontan mereka (10%) dalam setiap segmen untuk meraih gelaran pemenangpada minggu tersebut.
Tambah menarik, program ini jugamenyerlahkan rasa dan suasana berkaraoke dengan memaparkan lirik lagu-lagu nyanyian artis-artis tersebut ketika membuatpersembahan. Peminat dan penonton di rumah boleh menyanyi bersama menerusipaparan lirik tersebut yang juga bolek diakses dengan menekan butang sarikatadi alat kawalan televisyen Astro mereka. Para juri dapat memberikan markahkepada mereka dalam setiap segmen berdasarkan pengalaman mereka sendiri dalamindustri.

Bersiaran selama 10 minggu,‘Karaoke Superstar’ dipecahkan kepada lima segmen yang akan memberikan cabaranberasaskan nyanyian, permainan, duet bersama peminat serta kuiz  yang menguji bakat dan pengetahuan para artisakan industri hiburan. Segmen-segmen yang ada termasuk:

SUPERFANS
Menerusi pusingan ini, seorangpeminat setia artis tersebut akan mewakili kumpulan mereka dan menyanyikan lagupopular artis tersebut dengan sebaiknya bagi mengumpul markah. Pemilihanpeminat tersebut adalah berdasarkan uji bakatnya sendiri bersama pihakproduksi.

KAROK UJI
Dalam pusingan kedua ini, artistersebut perlu berduet dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor.Lagu yang akan dinyanyikan oleh mereka akan dipilih oleh pihak lawanmasing-masing.

KUIZ KAROK STAR
Menerusi pusingan ketiga, artistersebut perlu menjawab soalan-soalan survey popular dan memilih jawapan yangpaling tepat dengan peminatnya yang dipilih secara cabutan nombor. Peminat yangdipilih oleh artis tersebut akan dikenakan hukuman jika mereka mendapat markahterendah dalam kuiz tersebut.

MIKROFON MISTERI
Pusingan keempat akan menjemputseorang artis popular yang akan datang sebagai kejutan bagi mewakili artisminggu tersebut. Artis jemputan tersebut akan menyanyikan lagu popular artispilihan mereka bagi membantu pertambahan markahnya. Persona artis jemputantersebut akan disembunyikan sehingga akhir persembahan dan artis minggutersebut perlu meneka siapakah mereka.

MESSY UP STAR
Dalam pusingan akhir ini, artistersebut akan diuji dengan nyanyian lagu artis pihak lawan mereka secara meshup dalam gaya nyanyian mereka tersendiri.

Seramai 20 orang selebriti bakalbertanding mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian serta pengetahuanmasing-masing bagi mengumpul markah sehingga akhir pertandingan untuk memenangitrofi emas Karaoke Superstar. Para pemenang untuk setiap cabaran akan menerimasebuah trofi dan juara keseluruhan pula akan menerima piala pusingan juaraKaraoke Superstar untuk minggu tersebut.

Selain itu, gandingan hebat hospopular Malaysia, Datuk Aznil Hj. Nawawi bersama Ain Edruce, pengacara, modeldan pelakon wanita popular bakal menghiburkan penonton dengan keserasian danlawak jenaka mereka dalam mengendalikan program ini sebagai hos utamanya.Barisan-barisan juri akan dihiaskan dengan pelakon hebat Erra Fazira serta MasIdayu sebagai juri tetap program (Ratu Karok) dan seorang juri jemputan padasetiap minggu. ‘Karaoke Superstar’ turut membariskan nama-nama hebat yang telahmewarnai industri nyanyian dengan bakat mereka sebagai peserta yang akanbertanding berdua dalam setiap episod. Setiap selebriti akan diuji dan dicabaruntuk berkaraoke lagu-lagu yang luar daripada genre kebiasaan mereka.

Menggabungkan elemen karaokeserta hiburan permainan seperti kuiz, program ini menjanjikan pengalamantontonan yang lebih mengujakan dengan konsep yang lebih santai dan mampumenawan hati penonton yang sentiasa menginginkan pembaharuan dalam sajiankandungan yang ditawarkan. Tambah menarik, program ini tampil lebih hebatdengan episod-episod kapsulnya sebanyak 10 episod yang akan disiarkan selama 10minit setiap minggu. Episod istimewa ‘The Best of Karaoke Superstar’ juga akanditayangkan secara eksklusif di Astro Ria sebanyak empat episod.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2022 09:02 PM | Show all posts
Edited by CikAm92 at 20-6-2022 09:01 PM

Barisan Juri Tetap : Mas Idayu & Erra Fazira (bergilir setiap minggu)




Barisan Pengacara : Pak Nil & Ain Edruce


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:02 PM | Show all posts
Peserta minggu 1 :Zamani vs Wany Hasrita





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:02 PM | Show all posts
Peserta minggu 2 : Tomok vs Adira Suhaimi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:02 PM | Show all posts
Episode 3 : Tajul vs Amira Othman  





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:06 PM | Show all posts
Minggu 4 : Ezad Lazim vs Ramlah Ram

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-6-2022 09:10 PM | Show all posts
Minggu 5 : Ameng Spring vs Datin Alyah




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:12 PM | Show all posts
bosan jah sis. Plus rimas dengan nek nil yang makin ketara tahap kefonenannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Program paling sendu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:14 PM | Show all posts
Minggu 6 : Rahmad Mega vs Ara Johari



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:16 PM | Show all posts
minggu 7 : Syamel vs Liza Hanim




Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2022 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tt  ni org astruk ke?? Gigih benor pomot program sendu ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:18 PM | Show all posts
Minggu 8 : Muss vs Amelina




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:21 PM | Show all posts
Minggu 9 : Dato Nash vs Aina Abdul




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:23 PM | Show all posts
Minggu 10 : BlackHanafiah vs Jaclyn Victor





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2022 09:24 PM | Show all posts
maxim replied at 20-6-2022 09:17 PM
Tt  ni org astruk ke?? Gigih benor pomot program sendu ni

haha....idok le teman ni kerja dgn astro...astro pun xde kat rumah.

sekadar menghiburkan malam mggu yg bosan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-6-2022 09:25 PM | Show all posts
hyie replied at 20-6-2022 09:12 PM
bosan jah sis. Plus rimas dengan nek nil yang makin ketara tahap kefonenannya.

agak lah...pengacara xsyok.

tp ok lah nk tgk artis dan peminat bernyanyi tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.065480 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list