CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112035|Reply: 1872

Bajet 2011-Tak de Bonus, cuma bantuan kewangan RM500 jer..Alhamdulilah..

   Close [Copy link]
Post time 22-9-2010 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by along3746 at 16-10-2010 12:05

CUEPACS harap kerajaan timbang bonus penjawat awam tahun ini


2010/09/22

SEREMBAN: CUEPACS berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.

Presidennya, Omar Osman, berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan. "Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus berkenaan. "Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.

"Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas majlis Aidilfitri bersama pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sembilan berkata pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara.

Katanya ia juga adalah ransangan bagi penjawat awam untuk menjayakan setiap dasar kerajaan.
"Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan...jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi.

"Selain bonus, CUEPACS dipertanggungjawabkan memperjuangkan kebajikan penjawat awam termasuk masalah gaji, elaun, insentif, perubatan, lanjutan umur persaraan dan sebagainya," katanya.

Mengenai isu berlainan, Omar turut meminta kerajaan supaya segera serapkan 14,500 warga Kemas yang berkhidmat secara kontrak ke jawatan tetap memandangkan perkara itu telah lama tertangguh.

"Dalam kedudukan ini, mereka yang terbabit didapati merasa gusar serta dalam
keadaan tidak tenang dan tertekan untuk menjalankan tugas kerana kedudukan mereka yang masih terumbang-ambing dan tidak ada jaminan.

"Perkara ini telah lama dibawa ke pengetahuan kerajaan, namun sehingga kini masih belum dapat jawapan. Oleh itu, kita harap kerajaan dapat mengatasi perkara ini dengan segera, kalau boleh dalam tahun ini juga," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2010 04:49 PM | Show all posts
lps ni ramai lah org akan marah CUEPACS dlm ni.. ape2 pun CUEPACS teruskan perjuangan anda..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:50 PM | Show all posts
SOKONG
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:52 PM | Show all posts
wow..tokey kedai dah mula mencongak congak untuk menaikkan rege barang.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:52 PM | Show all posts
hangpa buknnye organisasi berasaskan keuntungan pon...dapat pencen sudah la
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 04:52 PM | Show all posts
atleast 2month plisssssssssssssss...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-9-2010 05:00 PM | Show all posts
ape2 pun keputusan kena lah tunggu bajet bln oktober ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:04 PM | Show all posts
mosti thread ni paling sket pon 20 page....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 05:06 PM | Show all posts
aku rasa kerajaan negeri Pakatan kena bagi bonus dulu baru federal akan ikut.....kekdah digunapakai masa raya hari tue.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:11 PM | Show all posts
jap agi ramailah meroyan sana sini tak puas hati kena kutuk & mengutuk (perang private vs gomeng)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:13 PM | Show all posts
apa barang mintak 2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:23 PM | Show all posts
Harap2 perjuangan diteruskan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:57 PM | Show all posts
Harap2 perjuangan diteruskan
bacteria82 Post at 22-9-2010 17:23


Yup, perjuangan belum selesai...
Hence, perjuangan perlu diteruskan (smpi dapat)...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:57 PM | Show all posts
aku rasa kerajaan negeri Pakatan kena bagi bonus dulu baru federal akan ikut.....kekdah digunapakai  ...
wineps Post at 22/9/2010 05:06 PM


hahaha.. kalau pakatan bagi, federal mesti ikut punya.. kalau pakatan bagi 2 bulan, federal kasi 3 bulan plak..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 05:59 PM | Show all posts
harap2 pakatan bg 4bln..mosti gomen bg 5bln..yahooo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 06:42 PM | Show all posts
betullah, sjak bijan jdi PM, dia xprnah bgi bonos.....saguhati jak yg dia hulur....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2010 07:25 PM | Show all posts
Buruk2 sebulan depa bagi, dekat PRU nanti mintak 4 bln pun harus dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 07:43 PM | Show all posts
Buruk2 sebulan depa bagi, dekat PRU nanti mintak 4 bln pun harus dapat.
adaraish Post at 22-9-2010 19:25



    kena Penang bg bonus dulu kot..then lepas tu baru tak terhegeh2 nak bagi...sindrom taknak kalah kannn...tahu dah
apa2pun taokei2 kedai dah start congak2 plus sorok brg..nak main harga kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:08 PM | Show all posts
amin . teruskan pejuangan wahai cuepacs
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2010 08:16 PM | Show all posts
dapat 500 cukup ler, ari tu raya dah dapat 500
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.607535 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list