CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1319|Reply: 0

[DUNIA] Dokumentari Ini Rungkai Misteri Yang Hantui Amber Court

[Copy link]
Post time 25-6-2022 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Dokumentari Ini Rungkai Misteri Yang Hantui Amber Court


Terletak di Genting Highlands, Amber Court bukanlah satu nama yang asing kepada penggemar kisah seram. Walaupun baru sahaja siap dibina pada tahun 1995, ramai orang telah berkongsi pengalaman tersendiri yang kurang menyenangkan di hotel berkenaan seperti pengalaman misteri dan penampakan hantu.

Baru-baru ini, penulis telah menonton sebuah video dokumentari yang dimuat naik oleh Free Documentary di laman YouTube mereka.

Adakah Amber Court ini benar-benar berhantu seperti yang didakwa ataupun ia sekadar kisah dongeng penduduk setempat sahaja? Anda boleh tonton video tersebut untuk tahu jawapannya.


Sumber: The Vocket


Menerusi video tersebut, salah seorang wartawan Free Documentary yang menetap di Malaysia iaitu Paul telah pergi sendiri ke hotel yang terletak di Pahang berkenaan untuk mengesahkan sama ada bangunan ini benar-benar berhantu atau sebaliknya.

Sekiranya anda menonton video berkenaan, lobi hotel ini berada di tingkat empat. Amber Court mempunyai kedai runcit, dobi dan bermacam-macam kedai lain untuk kegunaan para penginap hotel tersebut.


Sumber: YouTube Free Documentary


Paul telah menemu ramah ramai orang tinggal di kawasan sekitar bangunan berkenaan di mana kebanyakan daripada mereka adalah warga asing yang menetap di sana secara tetap.

Salah seorang individu yang ditemu ramah oleh Paul turut membuka cerita bahawa rakannya pernah mendengar suara kanak-kanak di hotel berkenaan.

Namun, apa yang lebih menyeramkan adalah tidak ada kanak-kanak ataupun keluarga di sana pada waktu itu. Jadi, individu yang ditemu ramah itu memang elak untuk duduk seorang diri sekiranya teman serumah mereka keluar bekerja.

Menerusi temu ramah tersebut, Paul dapat tahu tentang kewujudan sebuah rumah dekat hotel berkenaan yang tidak ada sesiapa pun berani untuk masuk. Sekiranya berada di sana sekali pun, penulis juga tidak akan memasuki rumah tersebut.



Sumber: YouTube Free Documentary


Apa-apa pun, anda boleh tonton dokumentari ini untuk melihat realiti sebenar bangunan tersebut yang berubah dari sebuah destinasi percutian ke tempat penempatan warga asing.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:13 PM GMT+8 , Processed in 0.064673 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list