CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1658|Reply: 0

[DUNIA] Menyebabkan Lumpuh Muka & Bengkak Hati, Ini Bahaya Kutu Babi

  [Copy link]
Post time 27-6-2022 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Menyebabkan Lumpuh Muka & Bengkak Hati, Ini Bahaya Kutu Babi




Kutu yang sebabkan gatal kepala itu kita sudah biasa dengar. Tapi rupanya ada sejenis kutu yang amat bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian iaitu kutu babi.


Kutu babi membesar dua kali ganda daripada saiz asal setelah menghisap darah hos. Sumber: Twitter @dr_chaku


“Lazimnya parasit ini akan menggigit manusia di bahagian anggota badan seperti kelopak mata, lubang telinga, kulit kepala, ketiak serta pusat,” kongsi Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan mengenai parasit kutu babi di laman Twitternya.

Menurut Dr Kamarul, kutu babi boleh menyebabkan komplikasi serius kepada mangsa yang digigitnya. Antaranya ialah lumpuh muka, bengkak hati malah kematian turut boleh berlaku sekiranya kutu terbabit tidak dibuang segera daripada tubuh.

Hal ini disebabkan oleh air liur kutu tersebut yang mempunyai kuman-kuman yang berbahaya.


Kutu babi biasanya menggigit bahagian anggota tubuh seperti lubang telinga. Sumber: Twitter @dr_chaku

Kutu babi juga ialah sejenis parasit yang akan menggigit kulit hos dan melekat di situ buat jangka masa yang lama untuk menghisap darah.

Setelah kutu ini menggigit dan melekat pada hos, kulit di kawasan gigitan akan membengkak merah dan terasa sakit sehingga menyebabkan demam, lesu dan ruam.

Untuk pengetahuan pembaca, parasit ini biasanya hidup pada tubuh haiwan sebelum berpindah ke tubuh manusia. Oleh itu, amat disarankan untuk memeriksa tubuh setelah menyentuh haiwan.


Kutu babi biasanya hidup pada tubuh haiwan sebelum berpindah ke tubuh manusia. Sumber: Twitter @dr_chaku

Saran beliau, orang ramai perlu peka dan mengenali kutu ini. Katanya, setelah melakukan aktiviti di kawasan berlukar ataupun yang melibatkan haiwan, kita harus segera memeriksa tubuh badan agar tiada kutu yang hinggap tanpa disedari.

Sumber:https://iamlejen.com/menyebabkan ... -babi/#.YrmribJBxhE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.053799 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list