CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mayangcinta

Speculation : Siti Pregnant? (Latest : Siti Denied) - merge

  [Copy link]
Post time 17-9-2010 10:23 AM | Show all posts
BATAL CONCERT.........hehehe. NGANDUNG??????
Come onla, korang patut tahu, yang dibatalkan tu concert di
Peneng. Mesti Khalid dah kena sound tu. Time terima, yang dia
nampak cuma $$$$....bila dah terima, baru tahu, banyak yang dia
akan rugi. Batallah. Kat tempat-tempat lain, taK BATALKAN??????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 10:31 AM | Show all posts
1. deposit konsert 60k, bayaran penuh baper gamaknya ye nyanyi 1 jam tu? perghh
2. sitot tak nyanyi, batal terus konsert 1 malaysia...besar pengaruh hang siti oii
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:36 AM | Show all posts

Perhatian: Tok Ti tak pregnant..harap maklum uols

Post Last Edit by maxim at 17-9-2010 11:01

kesah sgt aku?


KUALA LUMPUR: “Saya tidak mengandung, sebaliknya hanya menjalani rawatan biasa dan dinasihatkan doktor supaya tidak berjalan jauh atau membabitkan diri dengan aktiviti fizikal termasuk mengadakan konsert dalam waktu terdekat,” kata Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Penjelasan yang dibuat melalui pengurusnya itu bagi menjawab dakwaan kononnya beliau mengandung hingga terpaksa membatalkan konsert sempena sambutan Hari Malaysia pada 25 September ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Siti yang sepatutnya dijadual mengadakan persembahan selama sejam itu terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas mendapat nasihat dan surat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Prince Court.

“Saya hanya menjalani rawatan normal bagi memantau tahap kesihatan diri memandangkan jadual kerja harian yang terlalu padat hingga ada kalanya mengabaikan kesihatan. Laporan itu hanya menjelaskan yang saya tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau membabitkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.


“Saya kesal dengan dakwaan beberapa pihak yang begitu cepat membuat andaian dan spekulasi. Doktor hanya menasihatkan saya berehat dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini sebelum saya kembali aktif pada pertengahan Oktober depan. Itu adalah prosedur biasa yang dijalani kebanyakan wanita.


“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Saya masih belum mengandung setakat ini,” katanya yang dihubungi semalam. Penarikan diri daripada pihak Siti pada saat-saat akhir itu menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang selaku penganjur terpaksa membatalkan keseluruhan acara konsert. Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam yang berkata kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan perubahan atau pindaan pada saat akhir.


Katanya, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti bersama surat akuan pakar perbidanan terbabit, kelmarin.


“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi menghormati masalah yang dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti,” katanya.


Guan Eng bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai surat akuan berkenaan sebaliknya meminta sebarang pertanyaan diajukan kepada penyanyi itu sendiri.


Beliau turut memaklumkan Siti Nurhaliza Productions sudah memulangkan bayaran pendahuluan RM60,000 kepada kerajaan negeri untuk konsert berkenaan malah turut bertanggungjawab di atas kerugian yang dialami penganjur.


Siti juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat bertemu peminat di Pulau Pinang dan menghiburkan mereka dalam acara konsert yang besar seperti itu. “Saya memohon maaf kepada penganjur serta peminat kerana gagal memenuhi undangan persembahan ini di saat-saat akhir. Jujurnya saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghiburkan peminat di sana.


“Bagaimanapun saya sendiri tidak dapat menyangkal nasihat doktor. Saya berharap segala-galanya akan berjalan lancar seperti biasa selepas ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:38 AM | Show all posts
bape byk thread nk bukak?? merge je lah :@:@

-lahar iols kepada diri senirik
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:44 AM | Show all posts
adoyaiiii merata-rata
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:44 AM | Show all posts
1. deposit konsert 60k, bayaran penuh baper gamaknya ye nyanyi 1 jam tu? perghh
2. sitot tak nyanyi ...
meesiput Post at 16-9-2010 16:31



    Lim Guan Eng pun nak guna pengaruh sitot untuk tarik pengundi
    Melayu. Sanggup bazir duit kerajaan negeri! Hehehe............
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2010 10:46 AM | Show all posts
maxim masih selamat...
so laporan yang mengatakan max dipukul dibakar dicincang tu tak betul la...thank god...
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:47 AM | Show all posts
hai..ambil sajelah anak angkat, CT...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 10:51 AM | Show all posts
maxim masih selamat...
so laporan yang mengatakan max dipukul dibakar dicincang tu tak betu ...
ama17 Post at 17-9-2010 10:46


Syukur alhamdulillah iols msh selamat walaupn ade cubaan oleh pihak yg dengki dan busuk hati spt Dikotah Panthmanabhan Nallianen nak membakar iols hidup2, tetapi gagal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:55 AM | Show all posts
Syukur alhamdulillah iols msh selamat walaupn ade cubaan oleh pihak yg dengki dan busuk hati spt ...
maxim Post at 16-9-2010 16:51



    Hehehehe.......pantang tak muncul sehari duakan maxim.
    Ini tandanya diaorang sayangkan muuuuuuuuuuuu. ilang
    kejap dah dicari, bukan tunggu dah seminggu-dua, nanti abu
    pun dah tak jumpa.Kena selam laut dan sungei.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 10:55 AM | Show all posts
Siti tiada, Guan Eng arah batal konsert
Oleh Hanisah Selamat dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2010/09/17
Siti Nurhaliza Tarudin

Penyanyi tak sertai pesta atas nasihat doktor

GEORGETOWN:  Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menarik diri daripada meneruskan konsert Hari Malaysia anjuran Kerajaan Pulau Pinang pada 25 September ini, atas nasihat doktor.
Sehubungan itu, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, keseluruhan konsert berkenaan yang dijadualkan diadakan di Stadium Bandaraya di sini, selama satu jam akan dibatalkan.
Katanya, kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan sebarang perubahan atau pindaan pada saat-saat akhir.

“Kami kesal dengan apa yang berlaku tetapi hormati masalah dihadapinya dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti, ” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Guan Eng berkata, beliau menerima surat daripada syarikat pengurusan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd kelmarin dengan disertakan sekali surat akuan daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Katanya, surat berkenaan memaklumkan Siti Nurhaliza tidak dibenar berjalan jauh atau terbabit dalam sebarang aktiviti fizikal berat termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.
Bagaimanapun, beliau enggan dedahkan dengan lebih lanjut mengenai butiran surat akuan berkenaan dan menyaran supaya sebarang pertanyaan diaju kepada pengurus Siti sendiri.

Guan Eng berkata, Siti Nurhaliza Productions juga sudah memulangkan semula bayaran pendahuluan sebanyak RM60,000 kepada kerajaan negeri dan turut bertanggungjawab atas kerugian ditanggung pihak penganjur ekoran pembatalan itu.

Sementara itu, Pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menafikan penyanyi itu menarik diri atas alasan hamil seperti dilaporkan sebuah laman portal berita bahasa Inggeris semalam.

Katanya, rawatan yang dijalani itu tiada kaitan dengan proses mendapatkan cahaya mata kerana ia sekadar pemeriksaan kesihatan biasa malah di dalam surat akuan sekadar menyatakan beliau tidak dibenarkan berjalan jauh atau terbabit dengan sebarang aktiviti fizikal.

“Siti kesal sebaik saja dimaklumkan mengenai spekulasi ini kerana semuanya sudah diterangkan di dalam surat akuan doktor yang dihantar pengurusan Siti, kelmarin. Mungkin ada yang tersalah tafsir malah doktor hanya meminta Siti berehat antara dua hingga tiga minggu.

“Siti sendiri  terkilan tidak dapat menjayakan konsert berkenaan. Namun disebabkan nasihat doktor, kami terpaksa akur. Buat masa ini Siti sedang berehat di rumah tetapi seperti dijelaskan ia bukan disebabkan hamil atau rawatan untuk mengandung," katanya ketika dihubungi, semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:00 AM | Show all posts
actually siti tengah buat IVF. kawan aku jumpa dia kat satu klinik IVF di ibukota (ada macam ayat Siti Jarum tak?)

kawan aku pon tengah buat IVF kat klinik yang sama.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:09 AM | Show all posts
konsert batal? kalu x de pun lagi bagus.... menyesakkan jalan jer....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:12 AM | Show all posts
klau siti yang batalkan.... semua kata kesal tapi sedia maklum dengan masalahnya..cuba kalau retis lain.. mau kena banned terus....
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:13 AM | Show all posts
berusaha la ct ekk nak dptkan zuriat sendiri..duit ade seme pun leh jalan
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:28 AM | Show all posts
Lim Guan Eng pun nak guna pengaruh sitot untuk tarik pengundi
    Melayu. Sanggup bazir d ...
natashism Post at 17-9-2010 10:44



    kan...artis tersohor lah katakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2010 11:35 AM | Show all posts
Lim Guan Eng pun nak guna pengaruh sitot untuk tarik pengundi
    Melayu. Sanggup bazir d ...
natashism Post at 17-9-2010 10:44



    akhirnya kau mengakui pengaruh siti
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 11:47 AM | Show all posts
Reply 12# iedora


klu ivf leh chubby ya? sy nk try juga la.. tp mahal tak ivf?
sebelum ni org kata derma darah pun leh chubby.. tp sy tak lepas nak derma, platlet tak cukup..

tahniah to tok ti and tok k.. Alhamdulillah klu betul..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 12:53 PM | Show all posts
akhirnya kau mengakui pengaruh siti
eddysheddy Post at 17-9-2010 11:35

hahaahaha
skrg nampak kan? sapa yg lebih suka buat speku, fan atau anti? (rujuk post #34)
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2010 01:21 PM | Show all posts
asl aku rase mcm berita buruk je?

i mean psl sakit puan tu - kanser rahim ker ape

sori..tetibe otak fikir ginih
arap ct sentiasa sihat selalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.391864 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list