CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1374|Reply: 5

[LAIN-LAIN] Penghormatan budaya, agama dalam Ms. Marvel

[Copy link]
Post time 30-6-2022 11:25 AM | Show all posts |Read mode


BERMULA dengan fanatisme terhadap adiwira Avengers, watak utama Ms. Marvel, Kamala akhirnya dianugerahkan kuasa sakti yang boleh membantu golongan memerlukan.
Penghormatan budaya, agama dalam Ms. Marvel

JUJURNYA, sewaktu Marvel Studios mengumumkan trailer Ms. Marvel beberapa ketika sebelum diluncurkan secara rasmi menerusi Disney+, ramai dalam kalangan peminat termasuk penulis sendiri bersifat sedikit skeptikal tentang kualiti jenama atau produk kali ini.

Masakan tidak, dengan kostum adiwira yang kurang ‘menyengat’ berdasarkan trailer dikongsi, pelakon utama Iman Vellani yang entah dari planet mana dan merupakan debut adiwira Muslim pertama dalam Marvel Cinematic Universe (MCU), semua aspek tersebut tersangatlah mudah mendatangkan skeptikal.

Secara peribadi, jangkaan penulis ternyata meleset, Seawal episod pertama siaran, Ms. Marvel bukanlah kisah ‘superhero’ klise yang menjadi pertaruhan Marvel. Kali ini pendekatannya hampir serupa dengan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.


KAMALA mendapat kuasa sakti daripada seutas gelang tangan peninggalan moyangnya.


Islam, Kamala Khan

Jika Shang-Chi menyuntik elemen budaya orang Asia secara amnya, begitu juga pendekatan yang digunakan dalam Ms. Marvel yang mengangkat atau menjunjung tinggi nilai islamik dan budaya Pakistan. Naskhah berkenaan mudah memacu adrenalin audiens dengan aksi, suspens dan naratif mengasyikkan.

Terjemahan karakter dalam Ms. Marvel dilihat memberi dimensi baharu dalam dunia MCU. Watak Kamala Khan yang dimainkan Iman Vellani sangat membekas dan membuatkan sesiapa yang pada mulanya memandang rendah tentang kualiti siri ini, terngadah.

Sebagai remaja berusia 16 tahun yang menjalani kehidupan dalam keluarga kental anutan Islam. Banyak perkara yang ingin dilakukan, namun terpaksa taat kepada perintah ibu bapa.

Kamala sangat mengagungkan Captain Marvel sehingga keluargnya bimbang, dia hidup dalam imaginasi sendiri. Bagaimanapun, Kamala memberi cerminan bahawa mengikut rentak intuisi, mungkin ada kebenaran.


KAMALA tersepit dalam dilema membesar dalam sebuah keluarga yang patuh kepada ajaran agama Islam.
Stereotaip

Karakter lain seperti Bruno Carrelli iaitu kawan baik kepada Kamala yang dimainkan Matt Lintz juga mempunyai dinamika tersendiri. Berbaur klise apabila anda berkawan baik, namun pada masa sama menyimpan rasa atau crush terhadap kawam baik sendiri.

Seorang lagi rakan baik Kamala iaitu Nakia Bahadir juga membekas impak tersendiri. Nakia lakonan Yasmeen Fletcher memecah stereotaip wanita berhijab dan menjadi epitome seseorang yang sanggup berjuang demi ‘membenarkan’ keyakinan sendiri.

Memandangkan Ms. Marvel berkisarkan seorang remaja Muslim, ada banyak pendekatan baharu yang membuatkan audiens mudah tertarik dan jatuh hati.

Apa yang barangkali membuatkan audiens rasa menarik dan seronok adalah gaya dan rekaan siri ini. Naskhah ini mengintegrasikan animasi seakan-akan Spider-Verse iaitu komik dalam dunia nyata.

Imaginasi Kamala membuatkan penonton terikut khayal. Penggunaan kamera dan suntingan juga lebih cantik berbanding ‘dunia’ MCU terdahulu.

Secara peribadi, ingatkan cerita puteri Disney yang sepatutnya menjadi adiwira Marvel, namun selepas episod demi episod, Ms. Marvel adalah antara perkara yang tidak boleh ditinggalkan setiap minggu.

Penghormatan produksi terhadap agama dan budaya yang menghubungkaitkan elemen kuasa dan mahkluk halus sebenarnya cukup menbuatkan penulis berasa terkesima.




KAMALA mempunyai masalah untuk bersosial dengan dunia luar namun mencernakan imaginasi tinggi terhadap obsesi karakter Marvel seperti Captain Marvel.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... ma-dalam-ms-marvel/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kamala binti Harris tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tengok, elemen yislamik iolls tak tau nk ulas cmne, knowing paki ni mazhab lainn. Lagi pun citer ni boring. Rindu nk tgk Moon Knight time bulan puasa haritu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni sunni ke syi'ah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:59 AM | Show all posts
awat kawin dorang sebut I do jugak? ke mmg mazhab sana mcm tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2022 07:38 PM | Show all posts
Edited by eddlisa_uyuk at 7-10-2022 08:22 AM

[size=14.6667px]---EDIT---SPAM----
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.056877 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list