CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 11

[Dunia] Thailand Gerakkan jet pejuang F16 selepas Myanmmar melanggar .....

[Copy link]
Post time 1-7-2022 01:40 AM | Show all posts |Read mode
Thailand mengerahkan jet pejuangnya berhampiran sempadan Myanmar dan memerintahkan atas pertahanannya untuk mengeluarkan amaran kepada kerajaan tentera.

Perkara itu dimaklumkan tentera udara, berhubung pelanggaran ruang udara ketika operasi pertempuran.
Menurut jurucakap tentera udara, Naib Marshal Udara, Prapat Sonjaidee dua jet pejuang F-16
dikerahkan apabila radar mengesan pesawat di ruang udara Thailand berhampiran sempadan Myanmar.
"Pesawat daripada pihak tidak dikenali melanggar sempadan di daerah Phop Phra di wilyah Tak,
dengan menyerang kumpulan etnik bersenjata berhampiran sempadan," katanya.
Tentera Myanmar meningkatkan operasi menentang tentera etnik minoriti sejak rampasan kuasa tahun lalu
dan berdepan tentangan dari pelbagai sudut, antaranya musuh lama dan kumpulan militan yang baru ditubuhkan
serta bersekutu dengan kerajaan yang digulingkan.
Aktivis dan kumpulan bantuan mengutuk penggunaan meriam dan serangan udara oleh junta di kawasan awam.
Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
minggu ini menganggarkan hampir 760,000 orang telah kehilangan
tempat tinggal akibat konflik di seluruh Myanmar sejak rampasan kuasa.
Seorang saksi di Thailand memberitahu Reuters sebuah jet pejuang dilihat
di atas dua kampung kira-kira 5 kilometer dari sempadan, mencetuskan panik
dalam kalangan penduduk, dengan sebuah sekolah menghantar pelajarnya ke tempat perlindungan bom.
Tentera udara Thailand berkata, salah seorang atasenya di Yangon sudah diarahkan untuk memberi amaran kepada agensi berkaitan di Myanmar dan meminta mereka mencegah pelanggaran pada masa depan.
Pihak berkuasa Thailand, berkata hampir 300 orang melarikan diri daripada peningkatan operasi ketenteraan di Myanmar sejak beberapa hari lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 05:19 AM | Show all posts
terbaik telen....baru nk lggr sempadan dh alert....laju jer ....kt sini hmmmmm buat dunno siap meeting lg....geng sg ngan sepet tanah besar selamba lintas ruang udara
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 06:04 AM | Show all posts
Kat Malaysiak..MH370 Uturn pastu masuk penang lalu selat melaka...selamba je buat dunno..
Inilah cara Ummah Melayu Melesis bekerja...
Tapi sekarang riak semacam pulak macam Mat Kilau
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 1-7-2022 06:04 AM
Kat Malaysiak..MH370 Uturn pastu masuk penang lalu selat melaka...selamba je buat dunno..
Inilah car ...

Takleh brain siap ramai bertanjak masuk panggung.. siap bawak keris mainan.. dah tua2 plak tu sume.. kalo remaja2 BBNU cosplaying i paham le jugok....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Daripada biarkan berhabuk dalam hangar.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:59 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 1-7-2022 05:19 AM
terbaik telen....baru nk lggr sempadan dh alert....laju jer ....kt sini hmmmmm buat dunno siap meeti ...

Berani dgn Myanmar je- cubalah dgn US
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2022 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Firenzza at 1-7-2022 09:50 PM

F35 singapore tersenyum sinis sambil wheelie acrobat x kira pagi petang siang mlm ruang udara neg j
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:17 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 1-7-2022 06:04 AM
Kat Malaysiak..MH370 Uturn pastu masuk penang lalu selat melaka...selamba je buat dunno..
Inilah car ...

ko anak tompel dengan bini mana???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 10:18 PM | Show all posts
sembang kencang sekor2.. padahal.. sekor2 kawad mengengkang..

sembang geo politik level2 barbie punya kencang

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh, bapak setan yang merogol si Tangmo tu bukan panglime udare ni ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:46 PM | Show all posts
SonicSiLandak replied at 1-7-2022 10:17 PM
ko anak tompel dengan bini mana???

Mak Kau...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 08:07 PM | Show all posts

eh marah ke ni..
ko mesti anak tompel yang jongang2 tu kan??

tak pun yang ada tompok kat pipi tu


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:42 PM GMT+8 , Processed in 0.067132 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list