CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3333|Reply: 19

Vida tebang pokok pisang pukul 3 pagi buang sial kedai makan Cik B

[Copy link]
Post time 17-7-2022 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Dakwa Kedai Cik B Disihir, Vida Cantas Pokok Pisang Buang Sial - “Inilah Orang Melayu Dengki”

Usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida meluahkan rasa kecewa apabila kedai anaknya, Cik B disihir sehingga memberi kesan kepada kehadiran jumlah pelanggan.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 50, dia menyaksikan sendiri kedai Cik B yang menjual pelbagai makanan ringan dan air boba dahulunya sentiasa penuh dengan pelanggan kini menjadi sunyi sepi.

Tambahnya lagi, hal ini disebabkan oleh pengunjung yang tidak nampak di mana kedudukan kedai Cik B walaupun ia dibuka hampir setiap hari.

“Kedai Cik B yang sangat popular orang datang dekat Jelapang tapi orang cakap sihir, saya tak percaya. You bayangkan seolah kedai saya orang nampak tutup dan ada orang cakap tak nampak,” ujarnya menerusi satu hantaran video di laman Instagram.

Jelas Vida lagi, terdapat beberapa batang pokok pisang yang terletak di sebelah kedai Cik B dikhuatiri telah disihir dan diletakkan benda-benda jahat yang mempengaruhi pandangan mata pengunjung.

Susulan daripada penemuan tersebut, dia bertindak menebang pokok pisang terbabit.

“Saya pergi berubat, orang cakap ada yang letak pokok pisang di tepi kedai saya. Orang kata letak kat pokok pisang lepas tu orang cakap dekat pokok ada gantung pocong, polong ke apa semua.

“Ni tebang pokok pisang sebab buang sial. Siapa yang dajalkan aku, nak buang sial. Aku tebang, cantas pokok pisang ni,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Vida memaklumkan dia mengenali siapa yang menghantar sihir berkenaan namun mengambil sikap berdiam diri bagi menjaga aib.

“Inilah orang kata berniaga orang Melayu dengki. Ini bukan masalah dengki apa tau, dia nak tengok saya jatuh. Orang ni saya taknak lah cakap siapa tapi walaupun saya tahu, tapi biarlah.

“Saya tak mahu aibkan orang, biarlah. Ini bukan content, kedai saya jadi sendu, orang tak nampak, bukan sebab orang tak nak datang tapi orang tak tahu kat mana,” ulasnya.

Sekadar info, kedai Cik B kini mempunyai tiga cawangan di serata Semenanjung Malaysia.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 200,000 tontonan daripada pengikutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2022 12:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 12:56 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 12:56 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 12:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 12:57 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2022 12:58 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2022 12:59 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2022 12:59 PM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:23 AM | Show all posts
Edited by twins at 18-7-2022 10:24 AM

sy tak tau sejauh mana kesahihan kedai CikB "ditutup" sbb tak pernah pegi pun & tak tau di mana lokasi.  Tapi kes khianat menggunakan jin "tutup pandangan" ni memang biasa berlaku.  Paling recent sya tegur pekerja satu Cafe di tempat kerja saya.  Saya biasa parking kereta di kawasan Cafe tu.  Tapi Cafe tu selalu sangt tutup.  Kalau buka pun seminggu 1-2 hari jer... hari2 lain tutup.  Ntah macamana pada hari Sabtu 2 minggu lepas sy nak nak cari tempat nak tumpang solat maghrib sy nampak Cafe tu buka.. sya singgah & terus minum lepas solat.  Sy tanya pada  pekerja Cafe yg mmg biasa dgn sy kenapa asyik tutup jer hari2... walhal dulu cafe ni cukup meriah... maju.  Tp pekerja tu kata dorang hanya tutup hari Selasa tp hari lain mmg hari2 dorang buka.  dan dia pun kata mmg ada beberapa pelanggan komplen yg sama.  Sy cuma nasihat dia supaya bgtau owner pegi lah berubat... ada lah tu yg tak kena... sbb dia pun kata bisnes dorang skrg sangat teruk... tak ada pelanggan ...yer lah mcman nak ada kalau "pandangan dilindung"....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk berkongsi kisah makcik juai goreng pisang.mmg kami hari2 p kedai makcik tu beli gireng pisang.

Sekali tu p dia tutp,esk p tutp,lusa p tutp smpai tungkik p pun tutp..kami frust nk mkn pisng goreng n karipap sdp.

Pd satu hari p, bukk n ade kk tu juai grng pisang.kami tnya kak kenapa xsihat ke lama xberniaga.dia ckp hari2 aku disini dik ndak pernah tutup tapi itula tiada siapa membeli smpai busuk2 ppisang dia kasihan..

Kejadian ni d sabah..kakk tu pn ckp ada yg membuat supaya kedai dia terlindung xdinampak orang
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 11:59 AM | Show all posts
twins replied at 18-7-2022 10:23 AM
sy tak tau sejauh mana kesahihan kedai CikB "ditutup" sbb tak pernah pegi pun & tak tau di mana loka ...

apa dapat bila buat kat orang eh? puas hati tu sampai bila pun
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:02 PM | Show all posts
aku agak kurang yakin skit la kedai cik B tu kene sihir sebab lokasi kedai tu pun kt jelapang. jelapang tu die macam kawasan perindustrian jah gitu. pastu ada member aku makan kt situ die kata harga macam premium tapi tak premium pun. stakat corndog tarik tu ko takyah susah2 dtg sini pun takpe ha gitu. dahle lokasi die macam masuk ke dalam. unless kalau korang ni diehard fan si cik B mcm mak kawan aku tu takpela
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:23 PM | Show all posts
annehuda replied at 22-7-2022 04:02 PM
aku agak kurang yakin skit la kedai cik B tu kene sihir sebab lokasi kedai tu pun kt jelapang. jelap ...

AKupun sangka mcm tu.. tengok kedai kabin biasa2 aje..
Pastu mak dia kan pandai marketing.. so ni part of marketing la..
Aku bukan nak cakap takde sihir tutup kedai ke apa... cuma knowing vida ni aku lagi yakin ni part of marketing kedai cik B dari orang sihir..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 04:40 PM | Show all posts
aku penah bukak thread pasal ni dulu. tapi aku share balikla kt sini

anak kpd kazen ayah aku, eh second cousin la kan? ada bukak gerai makan kecik je. lokasi mmg best la sbb depan masjid je, bukak petang sampai malam.  bini die masak pun sedap walaupun takat jual nasi goreng mee goreng je. ada satu hari tu aku n family aku sajelah nk pegi kedai die.  kitorang nampak kedai tu tutup tau, terkejut gakla sbb kedai ni jarang tutup, kitorang siap slowkan keter nak confirmkan mmg btul tutup ke tak (sebab kedai die jenis open air tu), dah tutup kitorang balikla.  pastu adalah satu hari tu jumpe die, kitorang tny le kedai mmg tutup ke malam tu, die cakap takde pun. pastu die cakap gak sbnrnye malam tu diorg nampak keter kitorang lalu depan kedai tu hokkay, kitorang siap slow lagi ingatkan nak singgah tapi kitorang takde plak. ko raseee???

second time ni, family aku dari jauh ni nak datang la ke kedai die.  malam pertama tu tak janji pun tapi datang-datang je dah tutup. malam kedua tu mmg dah janji siap2 dah ngan owner gerai tu, sekali tu datang memang kitorang nampak gerai dia tutup hokkay

ending die lepas banyak kali dpt complain pegi berubatlah, tapi gerai dah tak meriah mcm tu cumanya owner tu dpt rezeki belah lain plak alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2022 05:04 PM | Show all posts
kedekek replied at 22-7-2022 10:25 AM
Nk berkongsi kisah makcik juai goreng pisang.mmg kami hari2 p kedai makcik tu beli gireng pisang.

S ...

kesian kan.... walhal hanya berniaga goreng pisang saja... bukan berniaga juta2...
tapi bila maju saja mesti ada saja yg dengki....  walhalnya kalau rasa teringin nak sama2
maju usaha lah supaya makanana dia pun sama setaraf sedap dengan pesaing dia.. bukannya musnahkan rezki orang....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sihir tu memang wujud, cuma jadi ke tak je.. byk sgt bomoh palsu dan, ini marketing je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Benda ni pernah jd restoran i keje masa zaman jd student u dulu. So i caye
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2022 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedai cik B kat pertama kompleks tu pon klu lalu x nmpk pon org membeli.. Tapi smpi sekarang tahan lagi, tak tutup..

Aku pon ada pengalaman dulu2 dah lama lebih 10thn kot.
Dulu aku sebelum masuk keje, suka lunch kt Restoran Puteri milik pelakon rubiah suparman yg kt Brickfields tu. Masa tu nusentral tak wujud lagi.
Ntah mcmana satu hari tu mcm biasa pi lah ke situ. Tapi ntah tak tau kenapa, aku tak nampak langsung kedai tu.. 3kali aku lalu ulang alik sebab tak nampak yer kewujudan kedai tu.. Yang aku nmpk kedai2 lain.. Seolah2 mcm kedai tu dh jadik kedai Lain. So, agak frust lah sebab aku ingat nak tutup.
Baper minggu pastu, aku lalu naik kereta tiba2 aku nmpk elok jer ada restoran tu. Aku mmg dah pelik dah.
Tak lama pastu, aku baca berita pasal restoran dia kena buatan orang. So, dari situ aku percaya sihir tu wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2022 05:23 PM | Show all posts
kedai bini aku pon sama.. tapi tu lah, tak tau sebab memang ada pengurangan dari segi kualiti ke camne.. kitorang meniaga dah lama dah, memang dah familiar fasa up & down bila meniaga.. cuma tang sekarang ni, kaw2 sangat merudum nya.. datang pulak staff bagitau macam ada kena kacau.. nampak kelibat la.. tetiba datang bau yang busuk sangat walaupon kerap mop lantai bagai.. nak kata bisnes kencang sangat sampai sales juta2 tu memang tak ler.. letih menghadap perangai orang yang suka buat2 camtu ( kalau betul la )..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:08 AM GMT+8 , Processed in 0.881236 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list