CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 5

Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan

[Copy link]
Post time 1-8-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Tiram mentah.

Makan tiram mentah, risiko keracunan makanan

PETALING JAYA – Tular baru-baru ini di dalam media sosial hidangan tiram (oyster) mentah sehingga menjadi ‘buruan’ orang ramai untuk mencuba menu tersebut.

Namun, tiram mentah sebenarnya boleh mengundang risiko keracunan makanan memandangkan ia berasal dari laut dan terdapat bakteria vibrio parahaemolyticus di situ.

Menurut hantaran di laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Labuan, bakteria ini termasuk dalam bakteria patogenik penyebab keracunan makanan.

“Bilangan bakteria ini akan bertambah banyak ketika suhu air meningkat (yang pasti di Malaysia suhu adalah panas).

“Malah, bakteria ini boleh membiak pada kerang-kerangan moluska termasuklah tiram.

“Apabila ia dimakan mentah atau separuh masak, keracunan makanan boleh berlaku,” katanya pada hantaran itu.

Selain bakteria, penyimpanan tiram juga penting kerana perlu disimpan dalam suhu sejuk selepas penangkapannya.

Katanya, suhu penyimpanan yang sejuk amat penting bagi mengekalkan kesegaran agar ia tidak cepat rosak.

“Anda perlu ambil berat risiko makan tiram mentah, boleh mengalami keracunan makanan di antara 12 hingga 24 jam selepas makan dan berakhir tiga hingga tujuh hari.

“Simptom keracunan makanan adalah seperti cirit-birit, sakit perut, muntah dan demam,” jelasnya.

Justeru dinasihatkan untuk masak tiram dengan sempurna bagi mengelak keracunan makanan. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -keracunan-makanan/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2022 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
True, but now to find fresh tiram oso very hard so not so much to worry
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2022 02:52 PM | Show all posts
I don't take this, so I guess no risk for me, haha.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2022 02:23 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 20-8-2022 02:52 PM
I don't take this, so I guess no risk for me, haha.

hmm sy dah stop dah makan
dulu2 memang selalu sgt
lately sudah tidak makan kerana mahal koh koh
baguslah ia menghalang
sy paling risau tentang parasite didalam nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2022 10:55 AM | Show all posts
ipes2 replied at 21-8-2022 02:23 AM
hmm sy dah stop dah makan
dulu2 memang selalu sgt
lately sudah tidak makan kerana mahal koh koh

hey doc! how r u doin? bz eh?

wow, mmg suka oyster ke? i think i never had it raw (one of my late uncles ate it raw with a dash of lemon, i was like, eurgh! he said it is delish, but failed to convince me, i had tried oyster pancake though. Had it in Kuching long time ago

oyster is an aphrodisiac kan? ke it is just a myth?
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2022 02:17 AM | Show all posts
Scheherazade replied at 22-8-2022 10:55 AM
hey doc! how r u doin? bz eh?

wow, mmg suka oyster ke? i think i never had it raw (one of my lat ...

i am well thank you.
ye busy, byk benda terbengkalai huhu
ni taking a break doing benda2 terbengkalai tu
also kena study ni ha huhu

ye sy mmg suka makan raw osyters tetapi hakikatnya ianya mahal
some types tu setengah dozen dah berbelas pounds
sy dah kurangkan kerana issue dgn hepatitis dan parasites nya.. tetapi tobe honest, i mmg suka

aphrodisiac? selalu disebut, kan? myth je tu.. tapi oysters ada more zinc then other food (zinc boleh boost testosterone level.. maybe inilah yg dimaksudkan ha ha ie tinggi sikit desire utk intimate activities)
satu lagi byk omega 3 oil rasanya osyters ni, dan ini improve sexual erformance katanya some research tapi sy tak yakin sgt pada kedua2 ini
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:35 AM GMT+8 , Processed in 0.203779 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list