CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 567|Reply: 1

CPR guna tangan selamatkan nyawa ketika COVID-19

[Copy link]
Post time 3-8-2022 01:59 PM | Show all posts |Read mode
CPR guna tangan selamatkan nyawa ketika COVID-19


Orang ramai seharusnya belajar kaedah CPR ketika era COVID-19, untuk menjamin keselamatan semua pihak. - Gambar hiasan


KEMATIAN mengejut atau jantung terhenti secara tiba-tiba membabitkan beberapa kejadian seperti kecederaan serius ketika bersukan, beriadah, mengadakan aktiviti fizikal lain atau di mana sahaja keadaan situasi banyak dilaporkan.

Dengan minat masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat, tidak mustahil ada kalangan mereka yang secara tiba-tiba jatuh pengesan atau tidak sedarkan diri.

Di kala itu, bagi orang sekeliling yang berada ketika kejadian itu tidak perlu panik, sebaliknya perlu segera membantu sebagai langkah awal menyelamatkan nyawa mereka.

Jika dilihat dari sudut kesihatan, antara punca utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

Dalam konteks ini, isu jantung yang terhenti di luar hospital menyumbang kepada sebahagian besar jumlah kes penyakit kardiovaskular dan boleh mendatangkan maut.

Jantung terhenti mengejut pula berkaitan kejadian kecemasan berlaku apabila jantung berhenti secara tiba-tiba.

Apabila jantung berhenti berdenyut, darah yang mengandungi gas oksigen tidak dapat dipam dari jantung ke otak, paru-paru dan organ tubuh manusia lain.

Jantung terhenti mengejut, lazimnya berlaku tanpa amaran dan boleh mengakibatkan mangsa terus pengsan dan tidak bernafas. Akibatnya, kematian akan berlaku seandainya tiada bantuan segera dihulurkan.



Justeru, Resusitasi kardiopulmonari (CPR) adalah kaedah rawatan asas yang mampu menyelamatkan nyawa mangsa berkenaan.

CPR merangkumi kaedah 'tekanan dada' dan kaedah pemberian 'bantuan pernafasan' mulut ke mulut.

Mungkin ajal akan mendekati berikutan dengan setiap minit yang berlalu.

Menurut kajian antarabangsa, kadar kebarangkalian mangsa jantung berhenti mengejut untuk diselamatkan akan menurun sebanyak 10 peratus sekiranya CPR dilengahkan bagi setiap minit.

​Sebelum pandemik COVID-19, CPR selalu diberi kepada mangsa mengalami keadaan jantung terhenti di luar hospital.

Kini, CPR dikatakan berisiko tinggi kerana komponen CPR dikategorikan sebagai prosedur yang menghasilkan hembusan pernafasan yang tinggi (aerosol generating procedure).

Selain itu, orang awam akan rasa ragu untuk membantu orang lain kerana takut akan pendedahan tanpa sengaja kepada virus COVID-19.



CPR hanya guna tangan

Demi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan dalam mempelajari kaedah CPR ketika era COVID-19, teknik yang lebih sesuai dititikberatkan oleh beberapa organisasi profesional.

Dalam hal ini, pemberian bantuan CPR dengan tekanan dada sahaja atau dikenali sebagai tangan-sahaja CPR (hands-only CPR) disyorkan kepada orang awam kerana ia tidak membabitkan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Pemakaian pelitup muka untuk menutup bahagian mulut dan hidung juga disyorkan dalam kalangan penyelamat untuk mengurangkan risiko penyebaran jangkitan COVID-19.

​Bayangkan ada seseorang (mungkin orang yang dikenali dan dikasihi) jatuh pengsan di hadapan anda tanpa denyutan jantung, dalam situasi itu kena kekal bertenang dan jangan panik.

Hubungi talian 999 dengan segera untuk mendapatkan pertolongan daripada pihak yang berkaitan.

Guna CPR konvensional

Jikalau anda pernah mempelajari teknik CPR konvensional, boleh memberi bantuan CPR dengan tekanan dada sahaja. Hal ini penting kerana anda tidak mengetahui sama ada mangsa itu sedang dijangkiti COVID-19.

Hasil kajian mendapati bantuan CPR dengan tekanan dada sahaja bawah tempoh empat minit dari masa kejadian adalah hampir sama keberkesanannya berbanding dengan CPR konvensional.

Seperti disyorkan Persatuan Jantung Amerika, orang awam boleh memberi bantuan CPR dengan tekanan dada sahaja jikalau mereka tidak mempunyai pengalaman CPR konvensional sementara menunggu bantuan pasukan perubatan tiba di tempat kejadian.

Alatan automated external defibrillator (AED) juga boleh dicapai untuk melengkapkan kaedah CPR.



Setiap orang mampu menyelamatkan nyawa dengan kedua-dua belah tangan dan dapat membuat pengubahan dalam kehidupan mangsa jantung terhenti mengejut.

Oleh itu, individu digalakkan mendaftarkan untuk mempelajari teknik CPR bersempena dengan kursus "Hands-only CPR Training Course" yang dianjurkan secara bulanan oleh Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia.

Peserta akan didedahkan situasi yang membezakan gejala jantung terhenti mengejut dan mempelajari langkah CPR yang berkualiti tinggi serta cara pengendalian alatan AED.

Artikel ditulis oleh pakar dari Jabatan Perubatan Sosial dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

INFO

Mengenai CPR

* Kaedah pertolongan cemas untuk kembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen mencukupi ke paru-paru, otak dan organ-organ penting lain

* Prosedur CPR tekanan dada dan bantuan pernafasan dari mulut ke mulut

* CPR dilakukan segera mampu tingkatkan peluang mangsa untuk hidup 2 - 3 kali ganda lebih tinggi

Apa perlu dilakukan:

* Adakah keadaan sekeliling selamat untuklakukan CPR kepada mangsa

* AdakahmMangsa dalam keadaan sedar, separa sedar atau tidak sedar

* Adakah mangsa bernafas

* Periksa denyutan nadi mangsa

* Minta bantuan (hubungi 999) jika tiada pergerakan atau berhenti bernafas

SUMBER:https://www.bharian.com.my/hujun ... awa-ketika-covid-19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2022 02:44 AM | Show all posts
Very useful article.
Thank you.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.087730 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list