View: 1272|Reply: 9
|
[Tempatan]
Dakwaan Meta : Polis sebalik 'Troll Farm' kat Malaysia
[Copy link]
|
|
Si Papagomo masih kat KDN lagi ke?
Sumber :
Polis di sebalik tabir ‘troll farm’ naratif sokong kerajaan, dakwa Meta FMT Reporters -
August 5, 2022 3:56 PM
Syarikat teknologi, Meta, berkata pihaknya memadam ratusan akaun Facebook dan Instagram kerana melanggar dasar koordinasi perlakuan tidak asli.
PETALING JAYA: Polis berkemungkinan menjadi “dalang” di sebalik jaringan akaun dan halaman di media sosial dalam cubaan memanipulasi wacana awam di negara ini, menurut syarikat teknologi Meta.
Syarikat di belakang Facebook dan Instagram, berkata pihaknya memadamkan 596 akaun Facebook, 180 halaman, 11 kumpulan dan 72 akaun Instagram kerana melanggar dasar koordinasi perlakuan tidak sahih.
Melalui Quarterly Adversarial Threat Report yang dikeluarkannya, Meta berkata, individu di sebalik akaun, halaman dan kumpulan mengendalikan “troll farm” – usaha koordinasi yang ditempatkan bersama bertujuan merosak dan memanipulasi wacana awam dengan menggunakan akaun palsu untuk mengelirukan orang ramai berhubung siapa di belakang mereka.
“Walaupun mereka yang berada di sebalik tabir cuba untuk berselindung identiti dan koordinasi, siasatan kami mendapati wujud kaitan dengan polis Malaysia,” katanya.
Menurutnya, individu berkenaan juga didapati aktif di TikTok dan Twitter, di mana mereka menghantar “meme” dalam bahasa Melayu sebagai sokongan kepada gabungan kerajaan sedia ada, sambil mendakwa wujudnya penyelewengan terhadap pengkritiknya.
Di Facebook, jaringan ini menguruskan halaman, termasuk menyamar sebagai entiti berita bebas dan memuji polis sambil mengkritik pembangkang.
“Tipikalnya, aktiviti hantaran dipertingkat ketika hujung minggu dan ketika rehat tengah hari. Akaun palsu mereka tidak sepenuhnya dibangunkan dan sebahagian lagi mencuri gambar profil,” kata laporan itu.
FMT sudah menghubungi polis bagi ulasan lanjut.
Meta berkata, pihak menemui jaringan berkenaan selepas menyemak maklumat berhubung sejumlah kecil aktiviti berkenaan yang mana pada permulaannya disyaki berasal dari China oleh penyelidik dari Clemson University.
Laporan itu berkata, kira-kira 427,000 akaun Facebook mengikuti satu atau lebih halaman terbabit dengan kira-kira 4,000 akaun mengikuti satu atau lebih kumpulan berkenaan dan hampir 15,000 akaun mengikuti satu atau lebih akaun Instagram yang dapat dikenal pasti.
Katanya, sejumlah USD6,000 (hampir RM26,740) dibelanjakan bagi iklan di Facebook dan Instagram, yang dibayar terutama dalam ringgit.
Meta menjelaskan “perlakuan tidak sahih” sebagai cubaan memanipulasi perdebatan awam bagi tujuan strategik, di mana akaun palsu menjadi pusat kepada operasi sedemikian.
Dalam setiap kes, syarikat itu berkata, mereka berkoordinasi antara satu sama lain dan menggunakan akaun palsu untuk mengelirukan orang lain tentang identiti sebenar mereka dan apa yang dilakukan.
“Ia terutama tertumpu kepada menggandakan dan meningkatkan kandungan sebaran dan kebiasaannya (namun tidak secara eksklusif) bermotivasikan kewangan,” katanya dalam laporan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tumpanglalu74 at 5-8-2022 11:10 PM
Mana nak letak muke oii.. Kah2. Aku ponah repot akaun muke amoi la, muke acai la tapi memuji Pak Mail time rege ayam naik. Mana la ade sekor pon sepet kat malaya ni yang nak puji piyem Ameno oii.. Korang kalo nak melayu memerintah usah la buad cara menipu camni. Korang jadi je diri korang yang melayu tu pastu pegi je la puji Pak Mael tu sampe melambong. Pantang toknenek aku bila gomen bangang tak reti jage kebajikan rakyat pastu ade orang nak puji pulak. Aku pon sedey tak tau ape la naseb melayu kalo DAP menang PRU lagi sekali. Tapi korang suke wat bende bodow.. Buad akaun fake cine la kelen la pehtu pegi puji Bijan la hape. Nak tunjok yang BN dapat sokongan non-malays kunoon. Syok sendiri..
Red Bean Army - 1
Cybertrooper Ameno - 0 |
|
|
|
|
|
|
|
Loserrrrr gomen wakanda ni. caught red handed wakakkaka.
|
|
|
|
|
|
|
|
cara facebook cakap ni orang yang buat fake profile guna smartphone . bukan guna BOT. kalau guna bot boleh schedule jam berapa dan berapa banyak nak spam.
ada je jual. tp xberbaloi untuk buat iklan sbb pasti orang benci menyampah spammer. |
|
|
|
|
|
|
|
swimswim replied at 6-8-2022 08:58 AM
Loserrrrr gomen wakanda ni. caught red handed wakakkaka.
Tu pasai Dafi bila bukak fesbuk bapaknye penoh komen puji2an dari cine dia ingat bapak dia fofuler.. Dafi oii Dafi.. Kamu tu kene kencen dengan cytro Ameno. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah PM nya bodo, segala tindakan & planning nya ikut bodo lar. Chain reaction. |
|
|
|
|
|
|
| |
|