CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 773|Reply: 0

KUSKOP sedia bantu belia berniaga

[Copy link]
Post time 9-8-2022 09:24 PM | Show all posts |Read mode
KUSKOP sedia bantu belia berniaga


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar. NSTP


SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui 11 agensinya sedia membantu para belia yang gagal melanjutkan pelajaran tetapi mempunyai keinginan menceburi bidang keusahawanan.

Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata para belia yang berminat untuk menjadi usahawan diminta tampil ke kementeriannya yang telah menyediakan pelbagai program berkaitan keusahawanan.

"Kita akan bantu mereka, belia yang mahu meniaga tetapi tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan tiada tempat untuk berniaga, boleh mohon bantuan dengan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) kerana terdapat program Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)," katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin semalam yang memaklumkan seramai 45,526 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2021 tidak layak mendapat sijil ekoran gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

Noh berkata untuk enam bulan pertama tahun ini, KUSKOP telah berjaya melatih lebih 400,000 individu iaitu peningkatan melangkaui 400 peratus daripada sasaran awal kementeriannya.

"Kita menyasarkan 143,000 usahawan akan dilatih melibatkan 11 agensi antara Januari dan Jun tahun ini. Berdasarkan laporan yang diberikan kepada saya baru-baru ini, kita telah berjaya melatih lebih 400,000. Peningkatan sebanyak 400 peratus daripada sasaran awal," katanya. — Bernama

SUMBER:https://www.bharian.com.my/bisne ... antu-belia-berniaga

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.233120 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list