CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 872|Reply: 0

Bank Muamalat tawar pinjaman rumah untuk pekerja gig.

[Copy link]
Post time 9-8-2022 09:30 PM | Show all posts |Read mode

Bank Muamalat mengambil langkah berani untuk membantu meringankan beban pekerja gig khususnya untuk memiliki kediaman pertama mereka. – Gambar hiasan


Bank Muamalat tawar pinjaman rumah untuk pekerja gig.


PETALING JAYA – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan pem­biayaan sehingga RM400,000 melalui skim Smart Mortgage SJKP (Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad) untuk membantu mereka yang bekerja sendiri dan tiada berpendapatan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama.

Skim berkenaan dijamin oleh SJKP bagi membantu mereka yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan membeli rumah, termasuk pekerja ekonomi gig, pemilik perniagaan, peniaga kecil atau usahawan.

Jumlah pembiayaan disediakan termasuk untuk perbelanjaan berkaitan takaful jangka gadai janji berkurangan (MRTT), takaful empunya rumah jangka Panjang (LTHT), yuran guaman dan penilaian.

Smart Mortgage SJKP ­menyediakan pakej kos kemasukan sifar untuk pemilik rumah baharu dengan margin 100 peratus pembiayaan dengan semua kos bergerak dan perbelanjaan berkaitan akan dibiayai oleh Bank Muamalat.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khai­rul Kamarudin berkata, melalui penawaran Skim SMART Mortgage SJKP, bakal pembeli rumah kini boleh meneruskan perancangan untuk memiliki rumah pertama mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut beliau, skim berkenaan telah terbukti berjaya membantu pembeli rumah untuk memiliki rumah pertama mereka menerusi kerjasama dengan SJKP, yang telah dimulakan sejak Oktober 2019. -KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/08 ... -untuk-pekerja-gig/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055688 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list