CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1104|Reply: 13

[Tempatan] HEALTH ALERT : on Haagen Dasz

[Copy link]
Post time 11-8-2022 06:17 PM | Show all posts |Read mode


Assalamualaikum semua

kepada peminat ice cream ini termasuk saya , berikut saya paparkan  kandungan media yg jelas maksud dan mesejnya:

pautan asal:

https://kpkesihatan.com/2022/08/ ... CpWK8k-7iOv1ss5CqpM

pautan sekunder :
https://www.facebook.com/DGHisham

Kenyataan Media KPK 11 Ogos 2022 - Isu Penarikan Semula Produk Aiskrim Berjenama Haagen-Dazs Dari Pasaran Eropah Yang  Mengandungi Bahan Ethylene Oxide (ETO)

KKM mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF). Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.

Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela. Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.  

Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2022 06:19 PM | Show all posts
Kenyataan Media KPK 11 Ogos 2022 – Isu Penarikan Semula Produk Aiskrim Berjenama Haagen-Dazs Dari Pasaran Eropah Yang  Mengandungi Bahan Ethylene Oxide (ETO)
BY DG OF HEALTH ON AUGUST 11, 2022

ISU PENARIKAN SEMULA PRODUK AISKRIM BERJENAMA HAAGEN-DAZS DARI PASARAN EROPAH YANG  MENGANDUNGI BAHAN  ETHYLENE OXIDE


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai isu penarikan balik produk aiskrim berjenama Haagen-Dazs dari pasaran Eropah kerana mengandungi bahan karsinogenik Ethylene Oxide (ETO) berdasarkan laporan notifikasi European Union Rapid Alerts Systems for Food and Feed (EURASAFF). Notifikasi tersebut menyatakan bahawa terdapat penarikan balik produk aiskrim dari negara Perancis yang mengandungi ekstrak vanilla dari negara Madagascar yang dikesan mengandungi ETO melebihi tahap yang dibenarkan. Produk aiskrim tersebut juga telah diedarkan ke beberapa buah negara termasuk Malaysia.


Sejak isu tersebut dilaporkan dan notifikasi diterima oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada bulan Julai 2022, tindakan yang sewajarnya telah diambil di mana pihak syarikat yang mengimport telah menarik balik produk aiskrim terlibat di pasaran secara sukarela. Pemantauan yang berterusan juga dilaksanakan bagi memastikan produk terlibat tidak dipasarkan di negara ini.  

Ethylene Oxide (ETO) merupakan sebatian gas kimia yang bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga. Ianya juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna masih merasa ragu-ragu akan produk berjenama terlibat yang dijual, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat, menyalurkan pertanyaan melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.


TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Ogos 2022


Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:35 PM | Show all posts
Nasib memang tak suka beli jenama Haagen Dazs ni buy local je
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
X penah mkn wpon byk member suke beli n offer free....x tahu knpe x menarik minat....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
BR strawberi cheeze kek lg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka aiskrim Malaysia & BR JAF je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Singapore dah 2-3 minggu knp lambert sgt kat Msia ni nyahhhhh?



Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib ler tak beli 2 3 minggu ni teringin makan eskrim..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2022 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Karsinogen
Sama tak dgn nama karsinah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 09:25 AM | Show all posts
Mak memang tak suker jenama obseas
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Di tempatku ada Baskin Robbins je..so Tak de leh brand tu .tapi aku Tak tau ada beli makanan yg ada extract vanilla dari Madagascar tu...so sebagai langkah berjaga2, berhati2lah makan kek,ais krim etc yg letak vanilla tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 11-8-2022 11:41 PM
Singapore dah 2-3 minggu knp lambert sgt kat Msia ni nyahhhhh?

Tertidur......

Kahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Habisler mbhscf kita....dah berapa tub dia gobble....agaknya...

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2022 10:36 AM | Show all posts
makan real eskrem gelato
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062259 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list