CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 460|Reply: 0

Denggi makin mencanak

[Copy link]
Post time 14-8-2022 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Denggi makin mencanak


NYAMUK aedes pembawa virus denggi.


KES denggi dilaporkan dalam negara semakin membimbangkan berdasarkan statistik terkini iaitu27,915 kes dicatatkan antara1 Januari dan 16 Julai lalu berbanding15,226 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Data itu dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham baru-baru ini yang turut menyaksikan peningkatan jumlah kematian iaitu 19 kes berbanding sembilan pada tahun lalu akibat komplikasi demam denggi.

Secara tidak langsung memberi gambaran terdapat keperluan untuk terus meningkatkan program pencegahan denggi terhadap komuniti bagi mengekang jumlah kenaikan kes berterusan berlaku dalam negara.

Di peringkat global, denggi secara konsisten hadir di lebih 100 negara dan antara penyebab utama penyakit serius termasuk kematian di beberapa negara Asia danAmerika Latin. Malah, Asia dilaporkan mewakili sekitar 70 peratus daripada beban global penyakit ini.

Menyedari impak penyakit denggi cukup serius terhadap isu kesihatan dan keselamatan masyarakat yang terkesan, syarikat Perkhidmatan keselamatan dan kesihatan antarabangsa, International SOS berkongsi mengenai tippenting dalam aspek pencegahan penyakit boleh diikuti warga komuniti.

Menurut Pengarah Perubatan, Singapura & Malaysia International SOS, Dr Chan Yan Jun, penekanan penting kepada peranan setiap anggota komuniti sebagai ejen pembasmian penyakit di kejiranan mereka.

"Denggi mencatatkan peningkatan kes saban tahun dan ia boleh menjadi wabak yang lebih besar sehingga merebak ke kawasan baharu. Senario mengenai penyakit ini terbukti di Malaysia menerusi peningkatan kes dilaporkan pada tahun ini.


LINDUNGI dengan mengenakan racun atau ubat pelindung serangga.


"Setiap dari kita mempunyai peranan untuk membantu mengurangkan bilangan kes. Bagi pihak yang bertanggungjawab perlu penyertaan lebih agresif dalam kawalan nyamuk dan langkah pencegahan jangkitan, mempromosi dan menyebarkan kesedaran denggi dalamkalangan masyarakat.

"Pemerkasaan komuniti adalah aspek utama dalam strategi mengekang jumlah kes denggi yang menigkat selain mendorong penduduk tempatan memacu pembasmian penyakit di persekitaran mereka," katanya.

Kata Dr Chan, seperti teknologi yang semakin berevolusi, kehadiran penyakit juga boleh cenderung lebih tersebar meluas terutama perkembangan perbandaran dan kesan perubahan iklim dunia.

"Walaupun penyelesaian untuk tangani penyakit ini bertambah rumit, tidak dinafikan sebahagian punca adalah daripada pembandaran dan perubahan iklim mungkin menyumbang kepada penyebaran di peringkat global yang semakin meluas dan tempoh penyakit ini lebih panjang.


AZMIR (dua dari kiri) mewakili RMHC Malaysia manakala KKM diwakili Harjeet pada majlis menandatangani MoU di HWKKS, baru-baru ini.

"Denggi, seperti kebanyakan penyakit, ia boleh menjadi sangat ringan, manakala sesetengah orang akan mengalami sakit kepala yang kuat, demam panas dan ruam. Dalam kes yang paling teruk, ia boleh berkembang menjadi pendarahan dan kegagalan organ yang boleh membawa maut," katanya.

Tambah Dr Chan lagi,bukan sahaja terdapat kesan kepada individu yang dijangkiti, wabak denggi boleh memberi kesan kepada sistem penjagaan kesihatan apabila terdapat lonjakan daripada segi jumlah orang yang memerlukan rawatan perubatan dan kemasukan ke hospital.

"Cabaran penting yang terus dihadapi oleh sistem penjagaan kesihatan kita ialah status pandemik Covid-19 yang berterusan. Semua orang perlu sedardan mengamalkanlangkah-langkah untuk mencegah jangkitan dan penularan denggi, termasuk organisasi yang beroperasi di kawasan yang dilanda denggi dan mereka yang melakukan perjalanan keluar sertamasuk negara," katanya.

Untuk setiap individu perlu ada pengetahuan termasukmengurangkan risiko penyebaran penyakit dengan mencegah pembiakan nyamuk yang menjadi punca kepada denggi.

Tipmencegah gigitan nyamuk dan mengurangkan risiko pembiakan nyamuk:

1. Menutup kulit yang terdedah - memakai pakaian yang menutup kulit sebanyak mungkin termasuklah bahagian kaki dan buku lali.

2. Gunakan penghalau serangga yang berkesan.

3. Elakkan berada di kawasan pembiakan nyamuk.Contohnya tempat yang mempunyai air bertakung seperti longkangdan kolam.

4. Jauhkan nyamuk dari tempat penginapan anda. Biasakan tabiat tutup tingkap dan pintu. Jika terdapat keperluan membuka tingkap dan pintu, pastikan terdapat pelindung nyamuktertutup contoh jaring penghalang.

5. Pastikan tempat tinggal bebas daripada kawasan pembiakan nyamuk. Bersihkan bekas dan pinggan mangkukyang menampung sedikit air dan menjadi punca nyamuk membiak.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/WM/2022/08/871040/denggi-makin-mencanak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.296562 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list