CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2903|Reply: 19

Berkat Jaga Abang OKU Sampai Tak Ambil SPM, Siti Jamumall Beli Kondo Mewah RM1 Juta

[Copy link]
Post time 21-9-2022 05:05 PM | Show all posts |Read mode
Berkat pengorbanan pempengaruh atau influencer Siti Jamumall menjaga abangnya yang juga orang kelainan upaya (OKU), Mohd Khairul Nizam Wahiddin, 33, terbayar apabila dia kini menjadi antara usahawan muda berjaya.


Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin bukan saja mampu membina jenama perniagaan sendiri tapi berjaya membeli rumah pertama jenis kondominium mencecah RM1 juta yang terletak di Setia Alam, Shah Alam, Selangor.




IG Siti




"ada 2016, saya dah mula ikut abang untuk pergi ke program belajar mengenai bisnes. Jadi, waktu itu saya melihat sendiri bagaimana abang seorang OKU tapi tetap bekerja keras untuk menyara dan membantu keluarga. Melihatkan perjalanan bisnes itu, saya mula memasang niat nak tolong abang untuk meringankan bebannya.


"Nak dijadikan cerita, dua hari sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya terpaksa terbang ke Tokyo, Jepun untuk mengikut abang. Waktu itu dia tak pernah paksa saya untuk pergi cuma saya sendiri yang nekad sebab saya tahu kalau bukan saya yang bantu abang di sana, siapa lagi.


"Abang saya tak boleh menulis dan nak angkat tangan pun tak boleh. Jadi kena ada orang yang bantu tengokkan dia dalam kelas. Saya berkorban untuk jaga abang bila dia pergi ke Jepun. Pada hari itu juga tarikh di mana lahirnya perniagaan yang saya bina hingga hari ini.


"Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun kegemilangan saya juga di mana selepas mendapat Lamborghini daripada Mommyhana dan sekarang ini dapat juga saya memiliki rumah pertama dengan harga mencecah RM1 juta.


"Saya boleh cakap, pelajaran itu bukanlah tak penting tapi kena tahu sebab saya tak ambil SPM dan putuskan untuk sambung belajar dalam bidang bisnes dengan saya punya mentor," katanya.




Gempak




Berkongsi lanjut mengenai perjalanan bersama abangnya, Siti Jamumall berkata syarikat abangnya pernah berhutang hampir RM1 juta.


"Orang nampak abang macam hebat tapi mereka tak tahu di sebalik membuat bisnes tanpa ilmu sangat susah. Hampir RM1 juta hutang syarikat yang perlu ditanggung dengan abang yang tidak bergaji hampir enam bulan.


"Saya kasihan dan dalam hati niat cuma satu saja, saya nak tolong abang dan kalau boleh untuk bantu keluarga juga.


"Niat saya ikhlas sebab saya berpegang kepada prinsip diri. Bila balik kami tak mampu nak buat iklan berbayar, kami buatlah 'live' sebab percuma.


"Saya buat setiap hari secara konsisten dan alhamdulillah masuk tiga bulan dapat bina nama dan dah ada jualan. Jadi, dari situ dapat selesaikan segala hutang.


"Kalau minat bisnes buat betul-betul dan jangan putus asa. Dalam bisnes pasti ada cabaran tapi kena percaya bila ikhlas dan niat itu baik Tuhan akan tolong. Saya tak pernah mimpi dan jangka pada usia 23 tahun boleh dapat semua ini. Saya percaya bila usaha dan buat sampai dapat tak akan pernah sia-sia," katanya.







Lebih membanggakan Siti Jamumall apabila berjaya membantu ramai peniaga bumiputera.


"Sejak melancarkan produk terbaharu di bawah jenama Whitekish O2 Bubble, alhamdulillah saya berjaya membantu 'affiliate' yang tidak perlu mengeluarkan sebarang modal pun dan mereka berjaya mendapat RM30,000 dalam masa dua hari.


"Saya bersyukur sangat dapat bantu orang di luar sana mungkin orang nak cari pendapatan tambahan melalui TikTok. Saya sangat seronok bila tengok mereka boleh tambah pendapatan.


"Sesiapa yang nak belajar buat bisnes kami juga ada buat kelas. Tak susah dekat hujung jari saja," katanya.




Sumber: Gempak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2022 05:15 PM | Show all posts
PAID REVIEW ke ni nokkkkk??? ahhahahahaha... sampai AJM lah masyarakat kena kencing kalau media pun amik job paid posting macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 05:33 PM | Show all posts
HAHA cte pasal die plg aku myesal die viral gila2 ms isu tttuka ank tu pas tu aku pun blila ubat gigi arang yg mahal nk mampus tu...baikla bli ubt gigi biasa...aduii
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia jual apa sebenarnya sampai kaya mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Asal beli rumah 1juta & lambo kira habis bejaye dah ke zmn skarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka die cm kiah propa versi muda n elok sket
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2022 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Perawankota replied at 21-9-2022 07:38 PM
Dia jual apa sebenarnya sampai kaya mcmtu

Ntah la
Td axe live kt tiktok dok lempar2 cash

Dah mcm kene rasuk tgok nye
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
iols penah jumpe minah ni dgn abg dia dekt setia city mall.. tu jer nak ckp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2022 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
haifawehbe: iols penah jumpe minah ni dgn  ...


Tu memang rupa dia in real life atau filter?

Dia ni kan last year ke apa yang lat CI ada thread pasal anak tertukar kat hospital tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:06 AM | Show all posts
so cerita tertukar anak betul ke idok?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 10:13 AM | Show all posts
misz_sanggul replied at 21-9-2022 05:33 PM
HAHA cte pasal die plg aku myesal die viral gila2 ms isu tttuka ank tu pas tu aku pun blila ubat gig ...

jadi putih x gigi u guna bnd dia jual tu?

recommended x
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke dia ni siti sifir?terbaca kt mana ntah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 01:42 PM | Show all posts
rmin replied at 22-9-2022 10:13 AM
jadi putih x gigi u guna bnd dia jual tu?

recommended x

x lgsg merepek je

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 03:34 PM | Show all posts
Kes sheolls :

1. Fotostat duit palsu (tak potong pulak tu) dan ada jongkong emas tapi balut pakai kertas stationery jahh...
2. Kes tertukar anak kat spital,
3. Kes bagi cek tendang ke duit pelesu tak ingat sampai agen dia campak duit tu masa open house raya

Yg beli brg dia bodoe bode belaka itu sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2022 04:05 PM | Show all posts
ohh beli kat trefoil ke ni? dia punya office jamumall besor sebelah apartment aku.
tapi tak nampak ada orang pun.
bawah office dia ada car wash maybe dia punya jugak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli cash ke or installment bulan2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2022 10:17 AM | Show all posts
apa kaitan beli kondo berjuta dengan tak amik spm? tak payah nak normalise kan tak belajar pun leh beli reta juta2. sorok2 dah. dah la kondo sejuta, kat setia alam. besepah kondo sejuta tengah kl location wise dekat public transport bagai. tak pandai pilih rumah kot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 10:58 AM | Show all posts
dia ni selalu lalu kat tiktok tapi tak pernah nampak pun tunjuk anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2022 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni ke yg dikaitkan dgn lempar2 duit fake tu hehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mewah ke..standard harga umah skrg je bagi aku.Tambah area gituu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.145206 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list