CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26023|Reply: 114

Bulan Piama(bulan melayu utara semenanjung)

[Copy link]
Post time 6-10-2010 10:20 AM | Show all posts |Read mode
1)Kaus:23 november -22 Disember

2)Jadyi: 23 Disember-21 Januari

3)Delu: 22 Januari -20 Februari

4)Hut: 21 Februari-21 Mac

5)Hamal: 22 Mac -21 April

6)Thaur:  22 April - 22 Mei

7)Jauza: 23 Mei-22 Jun

8)Saratan:23 Jun-23 Julai

9)Asad:24 Julai-23 ogos

10) Sumbulah:24 ogos-23 september

11)Mizan:24 september-23 oktober

12 Akrab:24 oktober-23 November



  Dipercayai Susunan Kalendar ini dibuat oleh para pentabir dan Ulama Negeri Kedah dahulukala kerana mempunyai pengaruh Arab dalam nama-nama bulannya.Nama-nama berunsur arab mula digunakan oleh Al Marhum Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik iaitu Shaikhul Islam Negeri Kedah 1918-1935.Kalendar ni khasnya untuk pedoman musim mengerjakan sawah supaya tepat dengan musim yg sesuai.Nama asal bulan-bulan tersebut tidak dapat dipastikan.

Dua belas piama ini kebetulan hampir sama dengan tarikh bintang dua belas barat-Sagitaurus hingga Scorpio.Dua belas piama menggenapkan setahun.Ciri-ciri sepanjang tahun tidak sama dgn tahun-tahun yg lain.Ciri-ciri yg sama timbul semula tiap-tiap dua belas tahun sekali.

  Nama-nama bintang yg dijadikan nama tahun ialah perkataan Kedah Tua iaitu

Cut - Tikus

Celu-Lembu

Kan- Rimau

Thok- Pelanduk

Merong- Naga

Mesing-Ular Kecik

Memia-Kambing

Wok- Kera

Reka- Ayam

Cor- Anjing

Kun-Kura-kura.


Perkataan tersebut bukanlah dari bahasa Thai tapi dari bahasa kuno Negeri Kedah juga kemungkinan bahasa zaman Empayar Langkasuka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 11:23 AM | Show all posts
tahun haiwan, cam kalendar cine lak ye :re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 11:44 AM | Show all posts
Post Last Edit by shahaizat at 6-10-2010 11:45

kalo ikut bintang, maksudnyer dlm bulan tu ader lar bintang2 tertentu yg kelihatank sepanjang bulan tu kan?bintang ni mcm zodiac gak ke kalo disambung bole terbentuk ruper?

dlm bulan2 nih maner musim tanam,mana musim menyemai padi? biler monsun timur biler monsun barat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 12:05 PM | Show all posts
Masa yg baik bagi menabur benih padi ialah dalam bulan lapan iaitu ketika bintang ketika"menatang benih" diwaktu subuh.Padi yg ditabur iaitu yg dijadikan benih(semaian)untuk tahun itu eloklah mengikut warna bintang ketika juga iaitu merah,putih atau kuning.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 12:19 PM | Show all posts
tahun haiwan, cam kalendar cine lak ye
rayyanrafael Post at 6-10-2010 11:23



    Yup pasal peredaran bintang semuanya adalah sama dan mungkin ada pengaruh cina yg masuk.

Ada penelitian terhadap haiwan dalam mengira kalendar ini seperti penelitian terhadap burung balai dan sebagainya.Juga ada nama-nama tertentu yg diberikan kepada musim tertentu cthnya musim angin berok.(Tiupannya yg nyaman itu boleh menyebabkan berok tertidur dah jatuh dari pokok).Musim ikan lompat batas,Hujan kelopak keranji dan lain-lain.Musim panah lintar digelar bagi bulan 5 dan bulan 7.Kalau kat utara selalu orang tua-tua berpesan cth "Awang! Hang jangan dok pi main kat padang.Laa ni bulan 5 ,musim panah lintaq(guruh).Ada juga musim yg digelar" musim air dlm buyung" merujuk kepada keadaan laut Selat Melaka yg paling tenang dalam sesuatu tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 01:52 PM | Show all posts
wah.....kire ini kajian teliti tentang cuaca kat nusantara la nih.....kalo cam tu saya kena hati2 la maser bulan 5(hamal) takut kena sambar petir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2010 01:59 PM | Show all posts
tak sangak org krdah oun panggil kena panah kilat tu = panah lintar, ni sama mcm org kelantan
-aku wonder adakah kalendar piama ni yg memunculkan perkataan "pie" atau musim dlm loghat kelantan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:08 PM | Show all posts
kalo pie=musim      ama=kalender?

yang aku tau skang nih musim tengkujuh jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 02:18 PM | Show all posts
rama jugok deh ore kelate dale ni

(of topik semetar)
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 02:27 PM | Show all posts
Perhubungan Arab Dengan Kedah Selepas Islam

Jalan laut asalnya digunakan oleh saudagar dan pengembara dari India dan Iran. Apabila Iran diislamkan oleh orang-orang Arab, saudagar Arab pula turut belayar ke India, ke Kepulauan Melayu, ke seluruh Tenggara Asia dan ke "al-Sin" (China) menggunakan "Jalan Rempah" ini.

Hubungan yang berlangsung sejak KM 2 iaitu sejak wujudnya Funan dan Langkasuka yang mempengaruhi sebahagian besar utara Semenanjung Tanah Melayu menimbulkan istilah-istilah "Negeri di Bawah Angin" dan "Negeri di Atas Angin". Pantai Barat Semenanjung letaknya "Di Bawah Angin".

Kapal-kapal Arab dan Iran dari Jeddah, Adan, Al-Syihr, Suhar, Masqat dan Siraf sampai di pelabuhan Kedah diantara bulan Jun hingga November dan balik ke India diantara bulan Disember hingga Mei setiap tahun. Rahsia angin yang rancak menghembus enam bulan ke sana dan enam bulan ke sini disimpan sulit oleh ahli-ahli pelayaran Timur supaya tidak cetus ke telinga ahli-ahli pelayaran Barat. Piama-piama musim dan pertukaran angin, arus dan bintang mewujudkan satu kalender istimewa yang amat dicemburui.

Mengikut Ahmad ibn Yahya al-Baladhuri dalam "Futuh al-Buldan"nya Abu Jaafar Muhammad al Tabari dalam kitabnya "Tarikh al-Rasul wal Muluk" - dua sejarawan awal Islam KM 9 - 10, bahawa sudah wujud perkampungan Melayu di Teluk Parsi di zaman Saiyidina Umar ibn Khattab dan orang-orang Melayu ini dikerah membantu tentera Khalid ibn al-Walid menyerang dan mengislamkan Iran. Ini berlaku dalam tahun 634 Masihi.

Orang Melayu yang sibuk bersama saudagar-saudagar Arab menarik perhatian Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717 - 720) di Damsyik dan menimbulkan hasrat baginda mengutus surat ke Srivijaya supaya rajanya memeluk Islam. Pada 718 Masihi, Raja Srindra Warman memeluk Islam di Jambi. Pada tahun 126 Masihi pula, Raja Jay Sima iaitu putera kepada Ratu Sima, Raja Kalingga Jawa Timur turut memeluk agama Islam. Orang-orang Arab yang berkampung halaman di Pantai Barat Sumatera sejak 674 turut memainkan peranan mereka



http://www.mykedah2.com/10heritage/102_1_p2.htm


ini je jumpe kat tenet
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 03:18 PM | Show all posts
aku nk OT sikit....
betul ke bangsa melayu ni x de tulisan dia sendiri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 04:14 PM | Show all posts
wah.....kire ini kajian teliti tentang cuaca kat nusantara la nih.....kalo cam tu saya kena hati2 la ...
shahaizat Post at 6-10-2010 13:52



Pembetulan.Oleh kerana masyarakat sekarang dah gunakan kalendar moden.Musim panah lintaq ni yg saya maksudkan  sebenarnya ialah pada Bulan Jauza dan Asad.Bulan 5 masyarakat sekarang dah rujuk kalendar geogory.Orang orang lama cakap bulan lain pun ada kilat dan guruh tapi pada musim panah lintar ni selalu ada kes kematian akibat panahan petir.Kalau ikut bulan Hamal tu masa barat daya dah menggantikan monsun timur laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 04:23 PM | Show all posts
tak sangak org krdah oun panggil kena panah kilat tu = panah lintar, ni sama mcm org kelantan
-aku  ...
sekngucing Post at 6-10-2010 13:59


Akar loghat dialek Kelantan dan Kedah adalah sama.Contohnya  Kedah=Lagumana?  Kelantan= Guano?.

Kedah=Tak dan(tak sempat)  Kelantan=Tok de(tak sempat)

Orang tua  dedulu merujuk kilat bila nampak cahaya.Bila kilat yg disertai guruh atau petir diorang panggil panah Lintar.Tapi petir memang jarang disebut pada kebiasaannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply 11# afja

Bangsa Melayu pernah memiliki tulisan Kawi.Boleh rujuk dengan Mr.Hang PC
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 04:41 PM | Show all posts
Reply 6# shahaizat

Ini bukanlah kajian yg teliti kerana cerita piama yg saya dapat sangat terhad.Balik tanya orang tua-tua pun diorang tak ingat habis.Macam musim air dalam buyung tu seorang tua bekas nelayan berasal dari Kuala Kedah yg cerita.Kalau golongan petani pula diorang cukup ingat istilah hujan kelopak keranji.Tapi yg popular disebut sampai sekarang ialah hujan salah piama merujuk kepada hujan yg turun tiba-tiba ditengah musim kemarau.Sebelum wujud projek  pengairan Mada.Negeri Kedah Pulau Pinang utara Perak dan Perlis mengalami musim kering yg nyata.Tok saya yg tertengok rancangan National Geo tu bila tengok rencana pasal Afrikan Safari tu cakap."Haa seghupa macam tempat kita dulu-dulu.Burung Ereng(nasar) ni pun ada dulu-dulu kat tempat kita.Tu Hang tengok,kalau raja dia tak mola makan ,hat lain sekoq pun tak berani makan bangkai tu."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2010 04:54 PM | Show all posts
kalo pie=musim      ama=kalender?

yang aku tau skang nih musim tengkujuh jer
shahaizat Post at 6-10-2010 14:08


Kalau kat sebelah pantai Timur mula tengkujuh kat sebelah utara pun kena tempias sikit-sikit tapi sekejap saja.Musim lepas tu paling best sebab angin Timur laut dah mula rancak(sebelah pantai timur laut bergelora.Sebelah pantai barat mengalami musim air dalam buyung.) .Musim ni suhu kat puncak gunung jerai akan jadi paling rendah.Sekitar 18c sebab angin timur melalui wilayah yg sejuk tapi meninggalkan awan hujan di banjaran Kedah Singora dan banjaran Nakawan.Musim padi bunting memang nyaman dan sesuai untuk buat Majlis kenduri kawen pasal hujan dah tak ada dan musim kering(kemaghau) menggantikan tempat dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2010 05:25 PM | Show all posts
Reply 16# sayapghaib

Hang ada tak copy calender ni atau salinan dari mana mana sumber ? aku berminat la pulak. thehehhe.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:28 PM | Show all posts
kedah kalau musim panah memang luarbiasa panasnya
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:31 PM | Show all posts
Reply 18# sekngucing


    demo maksudkan  Gurun, Kedah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2010 05:34 PM | Show all posts
walaupn IC saya 14 tapi ibu-bapa org perak

dulu kawan saya, org banjar pernah ckp yg org banjar nih antara kerja dia selain jadi nelayan,diorang cari mutiara dari tiram kat lantai laut....mungkin diorang guna kalender nih utk tau time menyelam....

kire musim air dlm buyung nih antara ciri istimewa selat melaka lar nih.....

saya dari kecik mmg takut kilat sbab slalu dengar org mati sbab kena kilat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.213815 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list