CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayapghaib

Bulan Piama(bulan melayu utara semenanjung)

[Copy link]
Post time 7-10-2010 06:45 PM | Show all posts
bukan je org2 lama sayapghaib, org2 baru pun sama, terutama yg duduk di kampung2 dan kurang pendedahan urbanisasi
-aku ada sorang kawan ni, dia pndai amati pokok2, daun, pergerakan burung2, pastu tau lah, petang tu nak hujan. memang hebat laa
-lg satu, aku ada dgar org2 tua ckp, kilat ni pun ada mcm 2 jenis, jenis kapak laaa, tak ingat nak ckp kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 07:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 7-10-2010 19:28

Aku nak tergelak pasai ada orang yang tak paham bulan piama buat komen kat sini.... dia sangka bulan piama untuk menilik!... kah kah kah dari mana dia dapat!..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2010 09:23 PM | Show all posts
reply sengkucing

yup.Kilat atau panah lintar ada byk jenis tetapi terpecah dari 2 jenis utama iaitu kilat air panas dan kilat peluru lintar.Jenis yg pertama menyebabkan melecur.Jenis yg kedua paling digeruni.Pokok boleh terbelah dua dan hangus terbakar.Dari jenis yg kedua itu terhasil panah lintar yg amat digeruni iaitu kilat pacak yg memanah tegak.Mungkin kat tempat lain gelarannya lain.Kilat ni la selalu terhasil pada musim panah lintar.Kalau kilat ranting pula selalu kelihatan tinggi di angkasa dan tak menyambar bumi.Jika kilat air panas menyambar ketika hujan,kilat peluru pula boleh menyambar diwaktu ketika hujan belum turun dan juga ketika hujan
sedang turun.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:24 PM | Show all posts
kilat peluru lintar? menarik bunyinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2010 09:35 PM | Show all posts
Reply 40# shahaizat


    Susah juga nak kaji pasal sumber pun terhad.Ramai yg tak ingat dah pun nama tahun tahun piama.Bagi masa yg sesuai untuk belayar pula,pelaut dulukala menggunakan penelitian terhadap awan dan tiupan angin.Dengan meneliti arah 8 penjuru mata angin mereka akan memutuskan sesuatu keputusan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2010 09:50 PM | Show all posts
Reply 44# sekngucing

Yang ni ada cerita yg agak mistik sikit.Kata orang tua,kalau peluru retak peluru tu boleh dicari.Kalau tak retak ia akan hilang.Cuba tanya orang-orang lama pasal batu peluru lintar atau juga dikenali batu peluru guruh kat tempat lain kat Malaysia.Ada juga yang mendakwa batu ni boleh buat batu cincin.Untuk apa, Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 10:15 PM | Show all posts
Reply 45# sayapghaib


    8 penjuru? macam cina nyer bagua jer....kalender piama x guna untuk pelayaran ke? sbab setahu saya org dulu2 boleh belayar guna bintang.......


harap2 ader lar org bijak pandai yg bacer nih kaji pasal kalender ni.......nampak mcm hampir pupus jer....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 09:18 AM | Show all posts
pasal tak silap wa, kerajaan kedah tua wujud 3000 tahun dulu kan?

kerajaan firaun 5000 tahun..
kerajaan HIndu dan CHina pun lagi lama dr 5000 tahun dulu...

jd msti la org2 kedah lama dah kaji bintang, kalender apa semua..takkan nak hidup tanpa kalender..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 09:22 AM | Show all posts
setahu aku dekat kelantan, dia panggil Litar sebab ianya dari perkataan halilintar yang juga bermaksud kilat. Dipanah litar = dipanah petir.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:34 AM | Show all posts
so.. boleh laa dikatekan... amalan2 menilik hari itu, yg berdasarkan kalender Piama ini - adalah ama ...
unekspekted Post at 7-10-2010 11:09 AM



secara teknikalnya kalendar piama bukanya kalendar untuk amalan menilik. ia adalah pemerhatian orang terdahulu terhadap berubahan cuaca di sesuatu kawasan yang sering buerulang ulang pada waktu tertentu. untuk mengingat dan menyusun supaya teratur dan boleh dikira kadar datangnya hari dan bulan yang ditentukan, maka kalendar ini dicipta. contoh seperti pergerakan angin monsun. yang datang ke tenggara asia dalam kiraan selang beberapa bulan kalendar modern dapat dilihat kekerapanya dalam setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:36 AM | Show all posts
Aku nak tergelak pasai ada orang yang tak paham bulan piama buat komen kat sini....  dia sangka bu ...
paler kembang Post at 7-10-2010 07:25 PM


Biarkan mereka, mereka tak mengerti akan hal sebenar. kasik masa pada mereka untuk mengerti. ;)
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 10:40 AM | Show all posts
kan bagus kalau ade lagi orang tua tua yang masih simpan contoh salinan kalendar ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:25 AM | Show all posts
Sebagai Otai di sini aku cuba perlengkapkan kisah 'Bulan Piama' ini di sini.  Aku punya banyak pengalaman bersama orang tua2 kampung di Kedah dalam aktiviti kehidupan yang melibatkan penggunaan 'bulan piama' ini.  Dalam tahun 60an. sawah padi masih diusahakan setahun sekali, di mana penggunaan 'bulan piama' sebagai panduan kepada petani2 di Kedah masih dipakai.  Aku diperkenalkan oleh orang tua2 kampung akan apa itu 'piama', ketika itu aku masih sekolah rendah atap. Di mana kalau nak ke sekolah banyak kawan2 aku yang selesa dengan berkaki ayam.  Terima kasih kepada Tok Chik aku yang secara tidak langsung memberi input pengetahuan yang sangat berguna di masa itu.

bersambung!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:38 AM | Show all posts
sambung lagi pak cik!! tak sabar!!!
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:39 AM | Show all posts
Musim:
Ada 2 musim yang ketara di Kedah iaitu musim hujan dan musim kemarau, kami di Kedah mengenali 2 musim itu sebagai 'Musim Barat' (hujan) dan 'Musim Timur (kemarau)

Musim Barat:
Bulan Mei hingga Oktober.
Angin bertiup ke daratan dari barat ke timur -  membawa hujan.

Musim Timur:
Bulan November hingga April.
Angin bertiup ke lautan dari timur ke barat.

sebahagian musim timur adalah musim relax bagi orang2 Kedah yang mengerjakan sawah padi, aktiviti bendang berakhir pada bulan november... dan sepanjang musim sehingga bulan April, sawah bendang menjadi kering. Di masa ini orang kedah banyak menjalankan aktiviti lain seperti bermain layang2, mengadakan majlis kenduri, bersilat, main menora, mek mulung, hadrah, laga kerbau dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:42 AM | Show all posts
pemerhatian selama bertahun tahun pada alam sekitar dan musim telah melahirkan kalendar piama. tahniah orang kedah dahulu kala. BTW, encik paler kembang ni umur dalam lingkungan berapa ? tehehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 11:48 AM | Show all posts
2 musim ini mempunyai pembahagian yang lebih kecil, di mana pembahgian ini disebut piama.  Jumlah 12 piama yang ada menjadinya ianya cukup untuk satu tahun pusingan bumi terhadap matahari.  Piama diertikan sebagai musim2 pendek kerana lamanya sesuatu piama sekitar 30 - 31 hari, dan ianya dikenali sebagai bulan piama.

Bulan piama pertama disebut 'bulan sa', seterus 'bulan 'dua', 'bulan tiga' sehinggalah seterusnya 'bulan dua belas'.

Tiap2 bulan piama mempunyai ciri2 istimewa yang berbeza di antara bulan2 piama yang lain kerana berlaku perubahan2 kepada tumbuh2an, arah angin, hujan dan panas serta tabiat haiwan dan kedudukan 'bintang Ketika' dalam setiap bulan piama itu.

bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 8-10-2010 12:03

Matahari Tegak di atas kepala:

Dalam pengiraaan bulan piama, pada 15 haribulan 5 (3 April) dan 15 haribuan 10 (5/6 September); matahari akan berada tegak di atas kepala.  Pada waktu 'rembang' itu tepat pada tengah hari, bayang2 diri akan hilang dan disebut juga 'resap ke dalam badan'.

Dari titik haribulan inilah bolehlah dijadikan panduan untuk perkiraan akan bulan2 piama untuk sepanjang tahun.

bersambung!...

p/s: umoq? aku otai... berada semenjak negeri ini disebut Malaya!..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 12:12 PM | Show all posts
waaa..... cukup otai...... aku wujud pun masa negara ni disebut malaysia dah.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 12:16 PM | Show all posts
Reply 58# paler kembang

otai yg celik IT mmg saya hormati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.099535 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list