CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayapghaib

Bulan Piama(bulan melayu utara semenanjung)

[Copy link]
Post time 8-10-2010 03:03 PM | Show all posts
mana lagi sambungan..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 03:14 PM | Show all posts
Sambung bulan piama:

Bintang Ketika.

Bintang Ketika disebut juga kumpulan 'bintang tujuh' atau 'bintang puyuh' (pleiades).  Sepanjang 'bulan sa' bintang Ketika menerdip sepanjang malam kerana terbitnya di waktu senjakala (sebelah timur) dan jatuhnya di waktu subuh (sebelah barat).  Di waktu tengah malam 'bintang Ketika' 'rembang di tengah kepala'.  Ketujuh2 bijinya tersusun di dalam satu kelompok di antara jelas dengan tidak sehingga ada orang berpantun menyebut 'bintang tujuh tingal enam.....'

Pada pandangan mata kasar bintang Ketika berkeadaan begini sepanjang malam bulan sa.  Tapi pada hakikatnya ia muncul awal 4 minit setiap malam dan dalam 'bulan dua' ternampaklah kepada mata kasar bahawa bintang Ketika muncul dari kaki langit sebelah timur lebih awal 2 jam.

Bintang diperhatikan bergerak dari timur ke barat sama seperti bulan dan matahari.  Lokasi bintang2 telah di kenalpasti.  Istilah lokasi yang diberi kepada bintang Ketika ialah 'Menatang Benih' ketika ia berada 30 darjah dari kaki langit sebelah timur, "Melongsor Gelang' pula ketika ia berada 60 darjah dari kaki langit, dan 'Mengangkat Kening' ketika ia berada 90 darjah dipuncak kepala.  Kadang2 disebut juga 'rembang' atau rembang malam. Di bulan sa bintang Ketika mengangkat kening di waktu tengah malam.

Masa yang baik menabur padi benih ialah dalam bulan lapan iaitu ketika bintang Ketika 'menatang benih' di waktu subuh.  Padi yang ditabur untuk dijadikan benih pada tahun itu eloklah mengikut warna bintang ketika juga: iaitu merah, putih dan kuning.

Dalam bulan sembilan, bintang Ketika 'melonsor gelang' di waktu subuh dan masanya juga sesuai untuk menanam padi. Dalam bulan sepuluh, bintang Ketika 'mengangkat kening' di waktu subuh dan masanya dikira terliwat sedikit untuk bertanam padi tetapi belumlah 'sayup' dan padi yang ditanam masih boleh mengeluarkan hasil, tetapi apabila bintang Ketika sudah hampir jatuh di waktu subuh di sebelah barat langit, padi yang diranam pada bulan itu tidak akan berbuah dan pada adatnya, tidak boleh dimakan lagi.

bersambung.......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 03:30 PM | Show all posts
Burung Balai.

Burung ini terdapat di pinggir sawah di hujung kampong, telah menjadi pengecaman besar pada pesawah2 di negeri ini.  Sepasang atau dua pasang burung balai mulanya akan berbunyi dari atas pokok pagi dan petang apabila matahari beredar ke selatan hemisfiar iaitu selepas 15 hb sepuluh piama.  Bunyinya itu seolah2 menyambut bulan sebelas dan selagi burung itu masih berbunyi di atas pokok, pesawah2 boleh lagi bertanam padi.

Dalam bulan 12, burung balai asyik berbunyi dari pinggang2 pokok dan dalam bulan sa, burung2 ini galak berbunyi lebihkurang sehasta dari tanah meloncat2 di atas ranting2 kayu atau 'reba' kayu kering.  Burung2 ini menangkap katak atau belalang yang dipatuiknya dengan paruhnya sehinga binatang2 itu mati kemudiannya diletakkan di kayu2 mati atau duri2 daun mengkuang seolah2 menjemur binatang ini di panas matahari.  Kelakuan ini dipanggil 'burung balai panggang katak' - itu satu ciri yang terdapat pada bulan sa.

Di awal bulan dua musim kemarau menjelang tiba, pada musim inilah burung balai bermain di atas tanah yang hampir2 kering, berkubang di dalam debu.  Inilah alamat tamatnya piama berbendang dan kalau ditanam juga pada masa burung balai sudah 'memupu' iaitu bermain debu tanah atau pasir atau berkubang kering, buah padi tidak akan menjadi lagi dan pokonya akan menjadi rumput lalang.

bersambung......
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 03:54 PM | Show all posts
Berikut adalah petikan Siaran Allahyarham Tuan Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidik, Shaikhul Islam Negeri Kedah (1918 - 1935).

Maka inilah satu jadual kenyetaan musim2 piama bendang di negeri Kedah dan jajahannya dan menunjukkan tahun2 mengikut istilah Siam dihisap dengan tahun Afranji dinukil daripada kitab ulamak yang muktabar dan mengikut pengecaman orang tua2 yang telah berlaku mengikut adat di negeri ini, demikianlah adanya.

1. Kaus:
Dari 23 November hingga 22 Disember, berbetulan dengan bulan Kaus iaitu bulan Sa piama bendang.  Ghalibnya pada bulan ini berbungalah gelenggang besar.  Pada adatnya sudah berakhirlah piama bendang.  Mahulah diambil ingatan.

2. Jadyi:
Dari 23 Disember hingga 21 Januari, berbetulan dengan bulan Jadyi iaitu bulan dua piama bendang, akhir bulan ini surut air bah dan ikan turun.  Tuntung mudik ke hulu untuk bertelur.

3. Delu:
Dari 22 Januari hingga 20 Febaruari, (bulan 3 piama bendang), gahlibnya pada bulan ini pecah bunga macang, sudah masuk pulak piama timur. Masa mengetam untuk padi pertengahan.

4. Hut:
Dari 21 Feb - 21 Mac (bulan 4 piama bendang), ghalibnya pecahlah bunga durian.  Masa ini semakin keras keadaan timurnya.

5. Hamal:
Dari 22 Mac - 21 April (bulan 5 piama bendang), pada 15 bulan ini halang bayang waktu rembang yakni jika berdiri seseorang di tengah panas tiada bayang baginya.

6. Thaur:
Dari 22 April - 22 Mei (bulan 6 piama bendang), ghalibnya turunlah hujan kopak keranji.  Mahulah masing2 bersiap untuk tutup bendang supaya dapat sejuk air di dalam petak2 bendang.  Pada masa ini mahulah ditabur baja banyak2 di8 dalam bendang itu.


bersambung.........
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 04:38 PM | Show all posts
bukan ka kalendar kedah la ni masih gunapakai kalendar piama ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:20 PM | Show all posts
Reply 65# jerangkoong


    tepek gamba ckit......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2010 05:24 PM | Show all posts
Terimakasih Tuan Otai PalerKembang yg menceritakan dengan lebih lengkap tentang kalendar ini.Kami yg lebih muda kat sini pun tak kenal apa itu burung balai.Yang masih ingat pun rupa Helang Kangor yg besar berparuh bengkok tu.Sekarang ni dah tak pernah nampak dah.Kata orang Helang ni minum air yg melekat kat daun pokok saja.Betul ke.
           Jumlah hari dalam bulan piama yg kita tak tahu menyukarkan kalendar ini digunapakai.Adakah mempunyai 30,31 atau semua bulannya 30 hari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 05:28 PM | Show all posts
Otai PK lahir ketika Negara masih Malaya! Ni dah kena panggil Pak Long ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 05:45 PM | Show all posts
tahap kami ni kena panggil Tok Long Kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 05:46 PM | Show all posts
Musim:
Ada 2 musim yang ketara di Kedah iaitu musim hujan dan musim kemarau, kami di Kedah mengenal ...
paler kembang Post at 8-10-2010 11:39


Best kan musim timoq.Ada orang tetua panggil musim galak.Bebudak muda panggil angin stim.Main layang-layang(wau) memang best.Kenduri kawen kena angkut air bersih guna lori padi.Riuh begendang guna tong air yg dipinjam dari setiap org kampung atas lori.Tapi time ni bebudak remaja belajar isap rokok RR.Yang masih kanak-kanak jadi mangsa diksriminasi puak puak ni ,tak bagi ikut naik lori.Koman betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:46 PM | Show all posts
lambang menatang2 tu sama dgn logo nakhon si thammarat



According to the city chronicle it was already built in 311, but archaeology dates it to the 13th century. The chedi is surrounded by the animals of the Chinese zodiac in the seal. The twelve animals represent the twelve Naksat cities or city-states which were tributary to the Nakhon Si Thammarat kingdom: the mouse of Saiburi; the ox of Pattani; the tiger of Kelantan; the rabbit of Pahang (actually a city in Pahang which is said to be submerged by a lake now); a large snake of Kedah; a small snake of Phatthalung; a horse of Trang; a goat of Chumphon; a monkey of Bantaysamer (might be Chaiya, or a town in Krabi Province); a cock of Sa-ulau (unidentified city, might be Songkhla, Kanchanadit or Pla Tha); a dog of Takua Pa and a pig of Kraburi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 05:46 PM | Show all posts
ular besar (naga)_ mewakili negeri kedah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 06:00 PM | Show all posts
ular besar (naga)_ mewakili negeri kedah
ChildrenOfBodom Post at 8-10-2010 17:46


Saktimuna Wal Kalimuna.Lagenda Ular Gigantic Negara Kedah Tua.Mengganas di Kedah dibunuh kat Pulau Langkasuka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:02 PM | Show all posts
kelantan rupanya mewakili harimau
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:03 PM | Show all posts
hebat betul encik palerkembang (paklong) ni
-aku tak sangka otai rupanya, bagus ada otai sini, tunjuk ajar sikit budak2 yg kurang ajar
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 06:08 PM | Show all posts
minta maaf tanye tapi burung balai nih camne rupenye? guna pak google dia bagi burung bali lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2010 07:41 PM | Show all posts
sambung..

7. Jauza
Dari 23 Mei - 22 Jun (bulan 7 piama)
Mahulah bersedia bekas semai dan boleh juga menabur semai padi ringan yang dikehendaki tanam dua kali di dalam setahun.

8. Saratan
Dari 23 Jun - 23 Julai (bulan 8 piama)
ghalibnya boleh nampak bintang Ketika pada waktu subuh.  Elok menabur semai padi berat atau padi pertengahan.

9. Asad
Dari 24 Julai - 23 Ogos (bulan 9 piama)
Memanam padi berat dan padi pertengahan bolehlah dimulakan.

10. Sumbulah
Dari 24 Ogos - 23 September (bulan 10 piama)
Pada 15 haribulan ini hilang bayang2 di negeri Kedah, yakni tiada bayang pada waktu rembang.

11. Mizan
Dari 24 September - 23 Oktober (bulan 11 piama)
Ghalibnya berbunyilah burung balai alamat masih di dalam piama barat lagi.

12. Akrab
Dari 24 Oktober - 23 November (bulan 12 piama)
Ghalibnya pada bulan ini berbunyilah burung ruak2 alamat sudah akhir piama bendang.

Hendaklah diawasi betul2, insyaAllah dapat gunanya.


bersambung.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2010 08:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by paler kembang at 8-10-2010 20:11

Nama2 Tahun

Secara kebetulan tarikh pengiraan piama2  ini hampir selari dengan tarikh bintang dia belas - Segittarius hingga Scorpio atau dikenali dalam bahasa arab dari Kaus hingga Akrab.

12 bulan piama ini genap setahun.  Dikatakan ciri sepanjang tahun itu tidaklah betul2 sama dengan tahun2 yang lain dan ciri2 ini akan timbul semula tiap2 dua belas tahun sekali.  Di dalam dua belas tahun atau satu 'cycle' itu terdapat tiga tahun yang mengalami kemarau kuat, tiga tahun yang membawa banjir besar dan enam tahun sederhana; hujan setakat patut dan panas juga setakat patut.

Nama2 bintang yang dijadikan nama tahun ialah perkataan2 tua iaitu:

Cut - tikus - 1948 - 1960 - 1972 - 1984 - 1996 - 2008
Celu - lembu - 1949 - 1961 - 1973 - 1985 - 1997 - 2009
Kan - harimau - 1950 - 1962 - 1974 - 1985 - 1998 - 2010
Thok - pelanduk - 1951 - 1963 - 1975 - 1987 - 1999 - 2011
Merong - naga - 1952 - 1964 - 1976 - 1988 - 2000 - 2012
Mesing - ular kecil - 1953 - 1965 - 1977 - 1989 - 2001 - 2013
Memih - kuda - 1954 - 1966 - 1978 - 1990 - 2002 - 2014
Memia - kambing - 1955 - 1967 - 1979 - 1991 - 2003 - 2015
Wok - kera - 1956 - 1968 - 1980 - 1992 - 2004 - 2016
Reka - ayam - 1957 - 1969 - 1981 - 1993 - 2005 - 2017
Cor - anjing - 1958 - 1970 - 1982 - 1994 - 2006 - 2018
Kun - kekura - 1959 - 1971 - 1983 - 1995 - 2007 - 2019

Dikatakan bahawa perkataan2 ini bukan dari bahasa Thai tetapi ialah bahasa dari satu tamadun yang pernah bertapak di utara Semenanjung dan Thailand.  Sejak orang Kedah berbendang dengan mengharapkan hujan untuk kesuburan padi dan mengharapkan panas untuk memaskkan buahnya, kalendar piama ini dipergunakandengan bersungguh2 dan istilah2 yang dipakaitidak berubah sejak zaman-berzaman.

Terima kasih kepada Ismail bin Haji Salleh dan Majlis Budaya Negeri Kedah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2010 11:35 PM | Show all posts
minta maaf tanye tapi burung balai nih camne rupenye? guna pak google dia bagi burung bali lak
shahaizat Post at 8-10-2010 18:08

dah dapat maklumat tentang burung balai.Rupa-rupanya saya pun pernah tengok burung ni.Burung ni besar sedikit dari burung pipit raya atau Ciak raya.Berbunyi berdetak detak.Bila burung ni mula beraktiviti mcm yg telah tersebut itu tandanya musim menanam padi dah tamat.Pelanggaran ketetapan itu hanya akan mendatangkan kerugian kerana  aktiviti burung balai itu menandakan musim hujan sudah berakhir.Hujan sangat penting untuk bekalan air yg tepat.Tanpa bekalan air yg cukup tanaman padi takkan menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 12:13 AM | Show all posts
Reply 79# sayapghaib


    rupanya begitu....burung balai ni dah pupus ke? sajer tanyer...sbab pakcik google pon tak kuar result....

istimewa gak burung nih dia bole bagi signal bila musim kemarau tiba....{:1_125:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.442616 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list