CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayapghaib

Bulan Piama(bulan melayu utara semenanjung)

[Copy link]
 Author| Post time 12-10-2010 09:52 AM | Show all posts
zaman jepun dulu, padi2 ini dirampas ke?

dulu bajak padi nih pakai kobau ke? sistem perairan lak  ...
shahaizat Post at 10-10-2010 23:03



    Macam tempat lain juga,cuma petani-petani kat Kedah zaman Jepun dulu masih ada bekalan beras kerana Jepun melantik wakil yg terdiri dari orang tempatan untuk memungut hasil pertanian kerana jalan perhubungan antara kampung dan bandar agak sukar.Jadi pemungut-pemungut hasil pertanian itu tidaklah merampas mcm Jepun.Menurut cerita Tok Wan dan Tok  saya,selalunya wakil Jepun itu ialah orang yg rapat dengan orang-orang kampung juga.Peranan yg dimainkan oleh diorang dpt menyelamatkan hasil padi yg menjadi makanan utama penduduk.Sebenarnya semasa pendudukan Jepun, pentadbiran Kedah telah diserahkan kepada pihak tentera Thai.Tok Wan saya cerita tentera Thai ni lagi zalim dari tentera Jepun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-10-2010 10:07 AM | Show all posts
Reply 97# shahaizat


    Ya ,kerbau digunakan untuk membajak atau juga dipanggil mengala.Kerbau-kerbau yg digunakan sudah dilatih untuk memahami arahan-arahan tertentu untuk kerja-kerja membajak.Kerbau juga digunakan untuk menarik padi-padi yg disi didalam guni dari bendang ke tempat penyimpanan.Alat yg digunakan untuk ditarik oleh kerbau dinamakan anok.Susu kerbau mudah didapati masa dulu ketika penggunaan kerbau masih popular ketika itu.Sistem pengairan menggunakan kaedah gelong pada masa itu iaitu sawah diairi dari satu petak ke satu petak secara berperingkat.Ada juga tempat yg sudah ada terusan seperti Terusan Wan Mat Saman yg terkenal tu.Sekarang ini sistem gelong masih popular dan sistem perparitan yg dinamakan kok U semakin digunakan secara meluas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:17 AM | Show all posts
terusan wan mat saman dah jadi mcm parit sekarang  ni kan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:34 AM | Show all posts
terusan wan mat saman skrg dah jadi tempat pembuangan isi rumah.

aku tertarik dengan hari Isnin yang dipanggil senayan ni...  Aku pernah pos kat satu forum berkaitan asal usul tpt bernama Yan. Menurut org tua2 nama Yan diambil sempena nama pokok senayan yg tumbuh apabila air surut disekitar gunung jerai sehingga terjadinya daratan.

Persoalannya adakah pokok senayan ada kaitan dengan hari senayan. Macammana bentuk pokok senayan ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 10:34 AM | Show all posts
terusan wan mat saman dah jadi mcm parit sekarang  ni kan?
sekngucing Post at 12-10-2010 10:17



    tak dijaga dengan baik.Kalau tahun-tahun 60an airnya masih jernih dan bersih.Ada juga terusan lain yg dikorek secara manual tapi tidaklah sepanjang terusan Wan Mat Saman.Dipercayai sebuah terusan tertua di Kedah tedapat berdekatan dengan Sungai Muda dan Sungai Merbuk dan digali untuk menyambungkan Sungai Muda dan Sungai Merbuk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 02:14 PM | Show all posts
fuhh...khatam....

mana paklong paler kembang neh...takmo sambung ceghita kaaaaaaa.....cheq nak tahu banyak lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-10-2010 09:03 PM | Show all posts
huishh bagos betollah benang nie.. nis la 1st time degar bulan2 nie.. sebelom nie x pernah dengar langsung pun.

sejarah kedah adalah lagi lama dari sejarah melaka. masih banyak tempat sejarah yg belom diterokai. sejarah diraja kedai juga paling lama di malaysia.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2010 09:19 PM | Show all posts
Ait?? ader lagi ker yang tak citer pasal bulan piama nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-3-2011 06:03 PM | Show all posts
Hari ini 1 Mac / 26 Rabiulawal bersamaan dengan 10 Hut sistem takwim pergerakan matahari (Piama) Kedah.

Sumber .Takwim dan waktu solat daerah-daerah Kedah keluaran Majlis Agama Islam Negeri Kedah(MAIK)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2011 06:11 PM | Show all posts
Post Last Edit by sayapghaib at 1-3-2011 18:13

Peranan Bulan Piama dalam Aspek Pertanian Masyarakat Melayu Kedah Tradisi



Salah satu peristiwa falak yang tidak kurang pentingnya bagi masyarakat Melayu negeri Kedah Darul Aman dahulu kala ialah bagaimana mereka mempunyai satu kalendar khas untuk semua aktiviti pertanian dan penanaman padi di negeri itu. Menurut Ismail (1986), terdapat dua musim di negeri Kedah iaitu musim hujan dan kemarau. Musim hujan biasanya bermula dari bulan November hingga bulan April. Orang-orang kampung menamakan musim hujan itu sebagai musim barat kerana angin barat bertiup ke daratan serta membawa hujan dan musim kemarau pula disebut sebagai musim timur kerana anginnya berhembus dari timur.



Para pesawah dan nelayan negeri Kedah membahagikan musim-musim ini kepada bahagian-bahagian dalam taqwim musim yang digelar sebagai ‘Piama’ yang juga terdapat dua belas bulan dalam ‘setahun piama’. Taqwim piama adalah selaras dengan taqwim matahari iaitu mengandungi 30 atau 31 hari bagi setiap satu bulan berselang-seli.



Bulan-bulan bagi Taqwim Piama ialah ‘Bulan Sa’ untuk bulan piama yang pertama yang lazimnya jatuh pada 23 November setiap tahun dan diikuti oleh ‘Bulan Dua’ bagi piama yang kedua iaitu 23 Disember dan seterusnya. Secara kebetulan, tarikh piama-piama ini hampir selari dengan tarikh bintang dua belas atau zodiak yang bermula dari Buruj Sagittarius (Qaus) hingga Scorpio (‘Aqrab). Namun, tiap-tiap bulan Piama sebenarnya mempunyai ciri-ciri khusus yang istimewa dan berbeza dari pengecaman zodiak berkenaan mahupun bulan-bulan Masehi dan Hijrah kerana bulan Piama adalah berdasarkan kepada perubahan-perubahan tertentu yang berlaku terhadap tumbuhan, tabiat haiwan, arah angin, hujan dan panas dan juga kedudukan ‘bintang ketika’.



Kiraan bulan piama sebenarnya telahpun hilang dari kebanyakan masyarakat Kedah hari ini akan tetapi bagi golongan tua yang sedia mengetahuinya mengatakan bahawa ia diasaskan dengan menentukan 15 hari ‘Bulan Lima’ Piama dan 15 hari ‘Bulan Sepuluh’ Piama kerana pada waktu rembang bagi dua tarikh ini matahari akan berada tegak di atas kepala dan ‘tidak ada bayang’ bagi sebarang objek atau dalam istilah masyarakat Kedah ialah “bayang meresap ke dalam badan”.



Berdasarkan pengiraan falak, 15 haribulan 5 Piama berlaku pada 3 April 2004 manakala 15 haribulan 10 Piama berlaku pada 8 September 2004 bagi lokasi di Sungai Petani, Kedah. Ketika ini matahari benar-benar tepat di atas garisan lintang utara (latitud) Sungai Petani dan ini bermakna bahawa ‘Kalendar Piama Kedah’ memang terbukti diasaskan dari kedudukan ‘istiwa adzam’ atau transit matahari.



Pada dua hari yang dinyatakan dalam Jadual 4 adalah didapati bahawa bayang-bayang rembang akan hilang sejenak sebelum waktu zohor bahkan dengan penetapan tarikh 15 haribulan piama ini, tabulasi hari-hari bagi setiap bulan piama boleh dikira untuk sepanjang tahun dan boleh disusun semula kalendar bulan piama ini. Walau bagaimanapun, penyusunan ini sangat mudah dilakukan dengan hanya meneliti kedudukan tarikh-tarikh yang lebih kurang sama dalam bintang dua belas zodiak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:07 PM | Show all posts
up..................
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2013 10:45 PM | Show all posts
menarik. info baru ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 12:02 AM | Show all posts
aku tak penah tau pulak pasai kalendar ni.. tapi kalau org2 tua mmg depa tau pasai musim2 ni, ayah aku pon tau tp tak penah pulak aku pekesah nk tnya sblom ni..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2013 03:45 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2013 03:12 AM | Show all posts
terima kasih kerana berkongsi dan membentangkan maklumat mengenai bulan piama
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:39 AM GMT+8 , Processed in 2.111279 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list