CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16295|Reply: 33

ALBUM BARU AISHAH - ANAK

[Copy link]
Post time 9-10-2010 01:33 PM | Show all posts |Read mode


Buat julung kali nya penyanyi tersohor Wan Aishah Wan Ariffin menghasilkan sebuah album berkonsepkan spiritual "ANAK". Ini adalah buah tangan terbaik dari Aishah. Tidak ada lagu cintan cintun pasrah menangis meratap sendu, tetapi banyak lagu2 dan doa yang ditujukan kepada zuriat2 kita atau anak2..Album yang mendoakan kesejahteraan anak2 dan peranan ayah dan ibu dalam membentuk rohani anak2..Menanam rase kecintaan kepada Allah dan agamany di samping pesuruh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Jika Maher Zain mampu mempersonakan lagu2nya yang meruntun kalbu mengenai kebesaran Allah, album ini juga tidak kurang hebatnya. Tidak ade lantunan vocal acrobatic hebat aishah seperti dalam lagu2 pop nya dari zaman Sensation ke Respect The Beat hinggalah ke album KURNIA. Tetapi bagi aku, Aishah adalah seorang penyanyi yang jujur dan ikhlas ketika mengalunkan lagu2nya...sangat jelas mesej yang hendak di sampaikan, articulation nye jelas...tanpa perlu kita merujuk kepada seni kata, kita sudah mampu mendengar perkataan yg di nyanyikan. Itu lah beza orang yang menyanyi dengan style dengan org menyanyi dari hati...

Nyanyian Aishah dalam single pertamanya saje bagi aku sudah cukup memukau....perasaan dan nyanyian nya tidak dibuat2...sangat bertuah rasenye jika sesiapa yang dpt bekerja dengannya. Album ini sudah berada di pasaran dan kita pon blh beli terus kepada kak Aishah melalui facebooknye....siap dengan autographnya sekali...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2010 01:35 PM | Show all posts
HIBURAN
Nikah segera elak fitnahOleh HARYATI KARIM





PERNIKAHAN kali ketiga penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah, kali ini  bersama duda anak enam Faizal Sazali Zulkifli, 44, pada 30 April lalu banyak menimbulkan tanda tanya berikutan pernikahan tersebut dilakukan di sempadan Thailand dan bebas daripada pengetahuan umum.
Malah, selepas bergelar isteri dan bertemu media dalam beberapa majlis hiburan, Aishah masih enggan membuka mulut. Namun, selepas beberapa waktu, pihak media dapat juga menghidu berita pernikahannya dan Kosmo! menjadi  akhbar pertama yang membuat laporan mengenainya secara eksklusif pada 24 Jun tahun ini.
Menurut Aishah  yang ditemui pada majlis pelancaran album terbarunya baru-baru ini, dia langsung tiada niat untuk menyembunyikan status mahupun suaminya. Juga tiada sebarang rahsia yang disembunyikan sebalik perkahwinannya yang dilakukan di sempadan Thailand.
“Saya tidak sembunyikan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga tahu akan pernikahan kami. Cuma pada  usia begini dan ini bukan perkahwinan pertama kami berdua, saya rasa tidak perlu untuk saya menghebohkannya. Kami berdua telah fikir panjang sebelum pernikahan dan  apa yang penting kami telah bernikah.
ALBUM Anak  diterbitkan oleh syarikat milik Aishah sendiri iaitu Aishah Creative Enterprise.



“Bezanya tiada publisiti sahaja, selepas bernikah saya tidak sembunyikan status dan suami kerana saya akan memperkenalkan Faizal sebagai suami kerana tidak mahu menimbulkan fitnah,” ujarnya.
Tambah Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 45, meskipun pernikahannya kelihatan dilakukan secara tergesa-gesa kerana perkenalan selama seminggu di dunia maya menerusi laman sesawang www.muslimah.com itu telah membawa dirinya ke jenjang pelamin, itu bukan bermakna dia menyembunyikan sesuatu.
“Selain waktu yang sesuai, kami bernikah segera di sempadan kerana untuk mengelak fitnah dan suami saya ketika itu masih belum dapat surat cerai. Kalau saya ingin buat di sini dan buat sebuah majlis perkahwinan walaupun secara kecil-kecilan ia tetap mengambil masa yang panjang untuk persediaan,” tuturnya.
Luah Aishah lagi, dia  bukanlah punca suaminya bercerai kerana ketika dia mula berkenalan dengan Faizal, suaminya itu telah pun dalam proses memohon penceraian di mahkamah syariah.
“Saya tidak pernah bermadu dan saya bukan puncanya bercerai kerana ketika baru berkenalan dengannya, dia telah pun dalam proses pernceraian di mahkamah,”  balasnya.
AISHAH bersama dua puteranya, Armand Azhari (kiri)  dan Azhad Ahlami.



Kehidupan yang dicari-cari
Aishah mengakui kehidupannya banyak berubah sejak bergelar isteri kepada Faizal. Kehidupannya lebih tenang dan teratur. Malah, hubungan mereka juga direstui oleh dua orang anak Aishah daripada perkahwinan keduanya, Armand Azhari, 16 dan Azhad Ahlami, 10.
“Anak-anak saya merestui, malah mereka yang menggalakkan saya berkahwin lagi. Kata mereka, jika mereka sudah besar nanti siapa yang akan menemani saya. Anak saya juga memanggil Faizal dengan panggilan ayah walaupun mula-mula mereka memanggilnya uncle,”  katanya.
Tanpa berselindung Aishah memberitahu kehidupannya kini merupakan kehidupan yang dicari-cari selama ini.
“Saya selalu tengok pasangan yang berusia balik daripada sembahyang subuh di masjid bersama-sama. Sekarang saya dapat suami yang mampu membimbing ke arah kebaikan dan dapat membimbing anak-anak saya.
“Suami saya cakap, kenapa nak tunggu sudah pencen baru nak berubah. Jadi sekarang kehidupan kami lebih baik dan bermakna daripada dahulu. Anak-anak pun ada contoh yang baik dan lebih kerap ke masjid berbanding dahulu,” ucapnya.
Album Anak
Aishah yang selama ini popular dengan genre pop kini telah muncul dengan sebuah album kerohanian yang berjudul Anak. Album yang diterbitkan oleh syarikatnya sendiri iaitu Aishah Creative Enterprise dan diedarkan oleh Nasyeed.Com dan Sony Music itu telah lama diidamkan Aishah.
Idea dan perancangan sejak tahun lepas membuahkan hasil apabila dia bertemu dengan penerbit yang benar-benar tahu apa yang dia inginkan iaitu Dakmie yang pernah menerbitkan album untuk Rabbani sebelum itu.
INILAH kali pertama Aishah dan anak-anak dirakam bersama Faizal oleh media.



“Tidak sangka agak sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan keseluruhan album. Jika sebuah lagu pop saya boleh selesaikan rakaman selama 40 minit berbeza dengan album ini. Surah al-Fatihah sahaja mengambil masa lebih kurang satu jam dan terpaksa dirakam semula bagi mendapatkan sebutan yang benar-benar jelas.
“Saya dipantau oleh mereka yang arif dalam bidang ini sepanjang tempoh rakaman dan secara keseluruhan ia mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan,” tuturnya yang terlibat sebagai penulis lirik album  tersebut.
Album itu yang sudah berada di pasaran itu menghimpunkan 20 buah doa dan zikir berlagu antaranya Doa Nabi Zakariya, Selawat Syifa, Doa Melihat Bayi dan Qasidah Doa Syukur Beroleh Zuriat. Selepas ini, akan diadakan siri album kerohanian daripada Aishah, walaupun begitu tegas Aishah dia masih akan aktif menyanyi lagu-lagu pop seperti biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 01:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2010 01:41 PM | Show all posts
Jiwa Aishah lebih tenteram
Oleh Esme Johari Wahab

2010/10/06
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

SESUDAH lima bulan melayari bahtera rumah tangga untuk kali ketiga, Aishah akui dapat merasai kebahagiaan sebenar bergelar isteri.
Penyanyi Janji Manismu ini berkata kehidupannya lebih bahagia sejak berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli. 'Pernikahan ekspres' melalui perkenalan singkat itu disifatkan Aishah banyak mengubah hidupnya hari ini termasuk menjadi lebih spiritual.


Lebih menarik, Aishah baru saja melahirkan album menggabungkan nasyid, himpunan doa dan zikir berlagu bertajuk Anak. Karya ini berlainan berbanding album dihasilkan sepanjang menyanyi selama 23 tahun. Anak memuatkan 20 trek dan berada dalam pasaran sejak Ramadan lalu. "Alhamdulillah, kami berdua masih dalam peringkat belajar mengenali satu sama lain. Sekalipun dunia kami berbeza, Faizal sudah dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan dunia selebriti. Sebelum ini, Faizal memang sangat pemalu dan cuba mengelak kalau bertemu dengan wartawan hiburan. "Saya bersyukur kerana perkenalan seminggu melalui satu laman 'chatting' Muslim berjaya membawa kami hingga gerbang perkahwinan. Faizal banyak membimbing ke arah kerohanian dan kami selalu menghadiri kuliah Subuh dan tazkirah di masjid. "Jiwa saya tenteram sekarang. Tidak perlu menunggu usia kita terlalu lewat untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Inilah kehidupan yang saya cari-cari selama ini," kata Aishah sewaktu Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Nasyeed.Com dan pelancaran album Anak di pejabat Nasyeed.Com di Shah Alam, Sabtu lalu.


Album Anak diterbitkan oleh Aishah's Creative Enterprise, edaran Nasyedd.Com dan Sony Music Malaysia. Antara kandungan adalah Amalan Doa Nabi Zakaria, Amalan Doa Melihat Bayi, Selawat Syifa dan lagu dijangka menjadi hits berjudul Anak ciptaan Dakmie dan lirik oleh Aishah sendiri.


Aishah bernikah dengan duda beranak enam berusia 44 tahun itu di Narathiwat, Thailand, 30 April lalu, secara rahsia dan hanya dihadiri keluarga rapat sebelah suaminya.


Aishah atau nama sebenar Wan Noraishah Wan Ariffin, 45, berkata, pernikahan memang tidak dihebohkan demi menjaga perasaan dan kepentingan banyak pihak.


"Saya merancang berkahwin 'low profile' dan tidak mengharapkan ia menjadi tajuk utama akhbar. Lagipun, ini bukan perkahwinan pertama buat diri kami. Bagi saya, restu keluarga paling penting. "Kami menyegerakan nikah kerana Faizal sudah bercerai dengan isterinya dulu, jadi kami tidak mahu timbul fitnah. Faizal bukan berpoligami dan saya bukan punca perceraiannya. Kebetulan, dua anak lelaki saya, Armand Azhari, 16, dan Azhad Ahlami, 10, juga kerap bertanya bila saya nak kahwin lagi," katanya.


Mengenai album Anak, Aishah berkata, ia memang tidak sama dengan album pop dihasilkan sebelum ini.


"Saya rasa sudah tiba masanya lagu ketuhanan dan kerohanian sebagai keutamaan pada usia sekarang. Anak sangat istimewa kerana merasakan diri begitu dekat dengan Allah SWT. Apapun, saya tidak pernah ketepikan lagu pop. "Proses penghasilan album ini susah. Kalau album pop, 10 lagu boleh siap dirakamkan tidak sampai seminggu, tapi untuk Anak saya ke kerja keras selama dua bulan terutama bagi menguasai himpunan doa yang benar-benar mencabar," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 03:59 PM | Show all posts
bagi aku ecah ni adalah penyanyi malaysia yang hebat, yang susah di cari ganti...jaman2 dulu dia paling top siap buat show kat luar negara lagi..sekarang ada lagi ker artis yang boleh challenge dia selain DCT la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 10:38 AM | Show all posts
Tiada siapa pon dapat menafikan Aishah adalah salah seorang diva negara yang layak berdiri sama tinggi dengan Almarhum Saloma dan Dato' Sharifah Aini....terkini Siti Nurhaliza...diva melayu mesti hebat mengalunkan lagu2 melayu asli dan juga lagu2 lain dlm kata2 lain versatile..Aishah bukan sahaja terkenal di dalam negara tetapi juga di luar negara termasuk New Zealand, Australia mostly Asia Pacific region....ade pemuzik dari India pernah datang ke Malaysia die hanya mengenali Almarhun Tan Sri P Ramlee, Sheila Majid dan Aishah...mmg hingga kini tidak ade sesiapa yang mampu menandingi membawa nama negara di peta dunia....Tanya lah mana2 artis termasuk Siti, Dayang, Misha mereka membesar dengan lagu aishah.....sehingga kini artis kesayangan mereka adalah aishah...Kak Pah pon tak putus memuji suaranya

Die pernah mengadakan persembahan di Tokyo sehingga mendapat standing ovation di kalangan penonton di sana....Kalau die lahir di negara2 tersebut....aishah pasti menjadi diva.....

Bagi aku aishah adalah insan yang sangat bertuah sempat menjaja namanya di persada di negara sehingga menganggalkan imej melayunya......kini telah menuju ke arah yang lebih menenangkan....she is very lucky......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-10-2010 10:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by batunilam4a at 10-10-2010 10:44



Syukur Alhamdulillah...album ini mendapat sambutan wpon tiada publisiti hebat di media...ini menunjukkan fan aishah masih hebat dan ramai followers yg setia!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2010 10:42 AM | Show all posts
Taken from her facebook and nasyeed.com

bersama mahir zain and the rest of the people...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2010 02:54 PM | Show all posts
batunilam4a Post at 9-10-2010 13:41


nak tgk, lagu ni tercalon tak AIM next year. nak tgk gak album ni TERCALON tak..


bukan penting ke calon atau tak..just nak tgk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2010 05:06 PM | Show all posts
nak tgk, lagu ni tercalon tak AIM next year. nak tgk gak album ni TERCALON tak..


bukan pen ...
idolfan Post at 11-10-2010 14:54


Aku malas nak pike pasal AIM dah...wpon Aishah ni penah menang vocal dan album pop terbaik dulu...tp bila bab AIM ni aku x harapkan pon...wpon pada aku semua album aishah adalah sebuah masterpiece. Kalo ikut persembahan aishah dlm single anak jer..mmg antara yg terbaik lah. Tgk lah media pon agak jarang war2 kan album ni...naseb ade wtw yg pentingkan kualiti dan masih mahu menulis pasal die.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 02:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by Naru at 12-10-2010 02:21

Saya baru je dengar single 'Anak' daripada Aishah ni.  
WOW!  BEST!!!!  (Susah gak lenggok lagu ni....)

Seperkara yang saya sangat kagum dengan beliau (sejak dari dulu lagi) ialah sebutan dalam nyanyian bahasa Melayu beliau 100% tepat!!!!

Taklah merapu mcm majoriti penyanyi yang mcm BUAT-BUAT TAK PANDAI sebut T... D... CinttTTThaaa... Ttthhhhidak....  *meluat!  Walaupun ada antara penyanyi tersebut bagus & kesukaan saya seperti Az, Zz, Dayang... Siti (lately)... *
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2010 09:28 AM | Show all posts
Nama Aishah masih menjadi sebutan di Indonesia....lagu2nya jugak banyak di nyanyikan oleh penyanyi top Indonesia termasuk diva Ruth Sahanaya...

Aishah - Lagu Kompilasi Terbaik
Aishah namanya meroket sebagai penyanyi solo setelah merilis album self tittled-nya, bukan cuma di Malaysia, tapi juga ke Asia Tenggara termasuk Indonesia. Single pertama JANJI MANISMU langsung sukses jadi hits, dan lagu ini terhitung banyak dirilis ulang oleh penyanyi Malaysia atau Indonesia. DEA MIRELLA pernah merilis ulang lagu ini dengan judul KU KAN PERGI dengan sedikit perubahan lirik, dan terakhir TERRY juga merilis lagu ini dan lumayan sukses. Hits lain dari album ini adalah CAMAR YANG PULANG, yang belakangan juga dirilis ulang oleh oleh RUTH SAHANAYA.

Dan ternyata Aishah cukup punya fans, terbukti ketika merilis album keduanya AISHAH II, penjualan kasetnya terhitung bagus. Single KASIH KITA langsung menjadi hits dan banyak diputar di radio. Hits lain adalah KEMAAFAN DENDAM YANG TERINDAH. Aishah juga membawakan lagu dari penyanyi legendaris Indonesia SAID EFFENDY berjudul FATWA PUJANGGA, dan juga lagu dari penyanyi legendaris Malaysia P. RAMLEE berjudul DIMANAKAH KAN KUCARI GANTI. Lagu KASIH KITA belakangan juga dirilis ulang oleh TRIO LIBELS.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2010 08:11 AM | Show all posts
Intermezzo: Terbaik daripada Aishah

SEPANJANG 23 tahun bergelar penyanyi, ini buah tangan paling menakjubkan Aishah untuk peminat. Memuatkan 20 track menggabungkan lagu nasyid, doa dan zikir berlagu.
Album Anak sangat menarik. Jika masih tercari-cari lagu pengubat kedukaan atau mencari kebesaran Allah, album ini memberi jawapan.

Mesej diketengahkan menyentuh jiwa, perasaan dan bersifat mendidik.

Lontaran suara penyanyi Janji Manismu menerusi album ini bukan calang-calang. Sekali mendengar, hati pasti terpaut dan berasa sayu.

Antara kandungan adalah Amalan Doa Nabi Zakaria, Amalan Doa Anak Sebagai Penyejuk Mata Hati, Selawat Syifa, Amalan Istighfar dan lagu Anak ciptaan Dakmie dan lirik ditulis Aishah.

Secara keseluruhan, saya beri rating tinggi album ini kerana rugi jika tidak memilikinya. Ia sudah berada di pasaran pada harga jualan RM19.90.

ARTIS: Aishah
TAJUK: Anak
GENRE: Nasyid, Himpunan Doa dan Zikir Berlagu
EDARAN: Nasyeed.Com/Sony Music

Source : myMetro bullet Rap
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2010 01:54 PM | Show all posts
smlm pergi showcase maher zain yg dkt mbsa
ada aishah kan ;)
mmg sumpah , sedap gila dia nyanyi
mmg , xleh nk tulis dgn ayat okeh cmne sedap nya dia nyanyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2010 02:10 PM | Show all posts
Jingga...Aishah nyanyi live mmg sedap....sumpah Demi Allah....pernah tgk die perform live dulu...tahap persembahan tahap international okay....

Sayang sbb tiket konsert maher zain dah habes...aku x dpt tgk lah penyanyi pujaan ku nyanyi....

Citer lah sket die nyanyi lagu anak ngan dendang berendoi ker....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2010 09:10 AM | Show all posts
Taken from :http://azrulhisham.blogspot.com

Selepas kumpulan In-Team membuat persembahan, artist kedua yang dijemput adalah penyanyi Aisyah. Serius...suara beliau pada zaman beliau dan sekarang memang tak berubah langsung. Aisyah membawakan lagu bertajuk ' mencari Jalan Pulang' dan 'Anak'.


Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Maher Zain muncul di pentas sambil membawakan beberapa lagu hit beliau. Sebanyak 9 buah lagu dipersembahkan kepada penonton yang hadir. Antaranya seperti Allah Kiya Karo, The Chosen One, Hold My Hand, Ya Nabi, Always Be There, Awaken, Barakallah lakuma, For The Rest of My Life dan InsyaAllah. (Kalau ada kesilapan tolong bagitahu).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2010 09:12 AM | Show all posts








Source : facebook - artzli studio

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 10:17 AM | Show all posts
Reply 15# batunilam4a


    actually , ni first time ai tgk dia nyanyi live. mmg sedap sgt. smpi meremang bulu roma ai

ai lupa nk amik video dia nyanyi tp yg maher zain ai amik curi2 kalau tak leh ai bg kt yu

tp jgn isau , nnt akan ada keluar dlm tv kalau tak silap ai la

aishah nyanyi lagu anak dgn ai lupa lagi satu tu lagu apa

and zikir utk anak apa entah. ai lupa. mmg masyaAllah , sedap sgt. lunak sgt bacaan dia. sedap telinga dengar

mmg ai boleh ckp , aishah nyanyi sedap and tak ada pun cacat cela malam tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 09:56 PM | Show all posts
aishah , seorang penyanyi yg mmg tidak dpt dinafikan kehebatannya....saya kagum dengan beliau sampai la ke perubahan positif beliau skrg....harap beliau bahagia bersama keluarganya sehingga akhir hayat....amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2010 01:25 PM | Show all posts
That's right sg ganges..kita doakan semoga die mempunyai sebuah keluarga bahagia dan semua org impikan...dan mudah mudahan perubahan positifnye di teruskan hingga ke akhir hayat...die sudah mencapai apa yang penyanyi lain masih mencari. Dia sgt bertuah kerana di kejutkan oleh Allah....kami doakan semoga anda di berkati kak Aishah....bak kata Almarhum Sudirman "Bukan gelaran jadi ukuran tetapi bakti yang di berikan"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.111040 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list