tak de nye salah hantu jembalang...
mmg sikap manusia sendiri yg menyebabkan kemalangan tersebut....
yg penting kita sendiri kene improve...
motive hantu jembalang ni tak kacau kat hiway germang ka... amreka ka... japang ka...
status pemandu Myvi yg dihempap bas ekspres delima:
Tuah menyebelahi kami: Mangsa
SEREMBAN – Jika melihat keadaan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di KM 223 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pedas, Rembau, petang Ahad lalu, pasti ramai yang beranggapan pemandu dan penumpangnya sudah menemui ajal.
Kenderaan yang dipandu Song Jin Wong, 23, itu remuk teruk kerana dihempap bas Ekspres Delima yang terbabas lalu melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Ibarat mati hidup semula, ternyata hayat Jin Wong masih panjang kerana dia mengalami kecederaan pada tangan kiri dan leher selain patah tulang belakang.
Namun teman wanitanya, Kok Sue San, 24, mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan rapi di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), dekat sini.
Jin Wong yang baru pulang ke tanahair selepas menamatkan pengajian di United Kingdom berkata, mungkin ramai menyangka kami maut dalam insiden ngeri itu kerana kereta kami remuk teruk.
"Mungkin tuah menyebelahi kami berdua walaupun sedikit kesal kerana kecederaan akibat kemalangan ini menyukarkan peluang saya untuk mendapat pekerjaan,” katanya.
Mengimbas kembali detik sebelum kemalangan, Jin Wong berkata, dia tidak mengingati kerana kejadian berlaku cukup pantas.
"Saya hanya dapat mengingati sebuah bas hilang kawalan sebelum terbabas dan melambung memasuki laluan kereta kami,” katanya.
Pada masa yang sama dia kesal kerana setakat semalam masih belum ada wakil syarikat Ekspres Delima yang datang melawatnya di HTJ.
"Sepatutnya pihak pengurusan syarikat bersikap lebih prihatin dan datang melihat keadaan mangsa yang menerima rawatan di hospital ini,” katanya.
aku rasa sepanjang aku dgr hot fm pagi td...fbi, ff dgn ag ckp kat kosmo arini kuar cerita yg jalan tu ada kisah mistik...ramai pemandu yg lalu situ ternampak pompuan kendong baby duduk kt tepi highway atau melintas jalan...takde plak aku dgr penumpang bas tu yg telepon bgtau dia nmpk pompuan kendong anak...
tp citer psl pompuan kendong anak kt km223 tu sebenarnya dh lama dh...
benda2 mistik ni tak mustahil...sbb famili member aku sendri pernah alami.tp bukan eksiden aa...kebetulan,yg nampak tu bukan org yang drive keta tu.jd takde la aper2...cuma terkejut sbb driver tu rilek je main stret je jalan.rupa2nya dia tak nampak aper2 pun...meremang gak la...
mane ade org yg eksiden tu sengaja nak eksiden oi.. manusia ni bukannye robot bole perfect je.. lagi2 bila memandu bukannye mcm racer f1 tu daya tumpuan 120%.. bila bwk slow pun bole jd salah psl fikiran melayang..kalo bwk laju pun bole jd salah psl hilang kawalan.. ko penah eksiden tak? mesti tau mende2 ni kan.. kalo bwk slow sgt pun salah psl kite manusia ni nak kejar masa.. kang lambat kata pulak org malaysia ni tak on time lah ape lah
darkcloud Post at 11-10-2010 22:09
no, aku tak cakap semua mangsa eksiden bersalah. and aku tak cakap semua eksiden sebabnya kecuaian. mestilah ade eksiden yg tak boleh dielakkan, despite following all the rules.
i just think that most of the time, somebody screwed up for a tragic accident to happen. tak kira la sibuk cakap dalam phone ke, check sms ke, bawak laju sangat ke, kereta tak service ke, a lot of things. i think that most of the time somebody is responsible, and it's preventable.
yeah, aku penah eksiden. our van rolled over in the middle of the dessert. driver pegi bawak mase mengantuk. it didn't just happen. it's preventable.