CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: MACD

Borak2 Pasal Tempat Makan Paling Best kat KL/Selangor

[Copy link]
Post time 3-9-2013 03:17 PM | Show all posts
dr.R posted on 3-9-2013 03:15 PM
Boleh tahan juga piliham sebab ada fillet ikan, sotong, udang, beberapa jenis kerang-kerangan, tap ...

Aku google jumpa website dan facebooknya, nasib baik lah tak ada gambar keluarga aku kalau ada aku tak letak link facebook kat sini.

https://www.facebook.com/pages/B ... iah/226332760778066

http://bbqsteamboatcikkiah.blogspot.com/



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2013 03:39 PM | Show all posts
dr.R posted on 3-9-2013 03:17 PM
Aku google jumpa website dan facebooknya, nasib baik lah tak ada gambar keluarga aku kalau ada aku ...

tq for info. kalau ada gambar pun apa salahnya. mana tau nanti 'ter'sengol-sengolan kat aeon tu nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 03:52 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 3-9-2013 03:39 PM
tq for info. kalau ada gambar pun apa salahnya. mana tau nanti 'ter'sengol-sengolan kat aeon tu na ...

Orang Rawang ke? nanti boleh la kongsikan tempat makan yang sedap-sedap kat area sana, aku sekarang tinggal di Klang dan hujung tahun nanti kat Suajana Putra jadi nak ke Rawang tu tak jadi masalah sebab setengah jam je. Pernah ke Tesco Rawang, banyak juga restoren boleh tahan yang boleh di cuba tapi aku tak ingat nama restoren tu tapi Pak Hailam Kopitiam tu tak sedap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2013 05:52 PM | Show all posts
dr.R posted on 3-9-2013 03:52 PM
Orang Rawang ke? nanti boleh la kongsikan tempat makan yang sedap-sedap kat area sana, aku sekaran ...

aku dok kundang. keje pun kat sini. sejak ada latar baru rajin ke rawang. itu pun gi tesco.
skang ni nak makan fastfood tak yah susah2 nak travel g sungai buloh or damansara..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 12:58 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 3-9-2013 05:52 PM
aku dok kundang. keje pun kat sini. sejak ada latar baru rajin ke rawang. itu pun gi tesco.
skan ...

Kundang aku pernah pergi sekali itu pun sebab aku nak masuk LATAR dari Guthrie tapi tersilap susur keluar dan terawal, tapi tetap boleh juga masuk LATAR tu kan tapi kena lalu tasik dan Lake Country Club.

Aku suka makan kat Rahman Putra tu, kat sana banyak restoren dan warung masakkan beriani sebab aku ni asal Batu Pahat. Selain tu aku suka makan kat Fareed Line Clear, sebulan wajib singgah sekali kat situ. Nanti ada masa boleh la review restoren sedap kat area Kundang dan Sungai Buluh tu ye, aku rajin juga bawa keluarga aku jalan-jalan kat sana hujung minggu sebab sekarang ni ibu bapa aku tinggal dengan kakak aku di Nilai jadi hujung minggu giliran aku bawa diorang jalan-jalan.

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2013 02:56 PM | Show all posts
dr.R posted on 4-9-2013 12:58 PM
Kundang aku pernah pergi sekali itu pun sebab aku nak masuk LATAR dari Guthrie tapi tersilap susur ...

wah!! anak mithali ko ya. bagusnya bawak parent gi jln2 cari makan.
aku tak pernah gi fareed line clear lg. selalu dgr review sedap la power la. mungkin sebab aku tak berapa gemar kot.
kalau sate okla..teringat aku sate kuang tu. kuah kacang dia sedap. sate sri subang tu selalunya ramai org. aku malas tunggu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-9-2013 03:00 PM | Show all posts
dr.R posted on 4-9-2013 12:58 PM
Kundang aku pernah pergi sekali itu pun sebab aku nak masuk LATAR dari Guthrie tapi tersilap susur ...

masa ko sesat kat kundang tu perasan tak kawasan lapang yang ada masjid tu. kalau dari arah golf club, tampat tu sebelum sampai tasik.
kat situ ada org jual laksa n rojak. org panggil laksa & rojak cik kun. tak silap aku pakcik ni meniaga dah lama. masa aku pindah sini 1992 lagi dia dah menjual. means memang sedap la kot. sebab tu dia masih bertahan menjual laksa and rojak je tau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 12:26 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 4-9-2013 02:56 PM
wah!! anak mithali ko ya. bagusnya bawak parent gi jln2 cari makan.
aku tak pernah gi fareed line ...

Aku suka makan makanan berempah sebab dah terdedah dari kecik kan, pendapat aku tak perlu jauh-jauh nak merasa makan nasi kandar di Penang sebab kat Fareed Line Clear tu pun dah lebih kurang sama rasanya. Paling unik nasi kandar kuning dia, orang lain guna nasi putih tapi dia gunakan nasi kuning dari campuran mantega dan rempah. Cubalah sekali mana tau kena dengan tekak kan, tapi selalunya orang perempuan ni tak suka makan kat mamak termasuk kakak aku dan bila kata nak pergi mamak mula lah muka dia macam tak selesa.

Aku pernah makan Satay Sri Subang dah lama dulu, masa tu abang ipar aku drive jadi maksudnya aku dah sampai area situ 2 kali lah lagipun pergi kan malam jadi baru sekarang ni aku tau yang pernah pergi situ. Kisahnya balik dari Ipoh dan singgah kat RnR Guthire tu nak makan sate kajang Samuri tapi tutup, jadi abang ipar aku bawa ke Sri Subang tu sebab dia pernah makan kat situ dan katanya sedap. Makan mee bandung dia gila sedap sebab ada rasa sotong kan kena dengan tekak anak aku, lain sedikit dengan mee bandung Muar tapi rasanya memang sedap. Tapi masa pergi tu sate ayam dah habis, jadi banyaknya daging dan perut, perut pun perut lah.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2013 12:29 PM | Show all posts
budgetMommy posted on 4-9-2013 03:00 PM
masa ko sesat kat kundang tu perasan tak kawasan lapang yang ada masjid tu. kalau dari arah golf c ...

Tak perasan pula kawasan tu sebab mungkin sibuk buka Waze dan cari jalan kan, takpe nanti ada masa aku nak jelajah area tu pula bawa anak-anak buah aku. Bagi lah review lain pula, mana tau nanti sampai boleh la aku bagi revirw dari sudut aku pula.

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 03:07 PM | Show all posts
Baru-baru ni kompeni aku ada buat majlis open house di pejabat, ada lah order sate kan dan satenya memang sedap. Ingat hari tu nak kongsikan gambar tapi entah mana aku letak gambar sate tu, hari ni baru teringat bila cerita pasal sate. Nama sate tu Satay AK24 dan lokasi restorennya di Seksyen 24 Shah Alam, aku google jumpa facebooknya jadi aku letak lah ye kat sini gambar dari koleksi facebooknya.

https://www.facebook.com/SatayAK24





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2013 04:45 PM | Show all posts
dr.R posted on 5-9-2013 03:07 PM
Baru-baru ni kompeni aku ada buat majlis open house di pejabat, ada lah order sate kan dan satenya m ...

besar2 saiz dagingnya. kira berbaloi la nampaknya dgn harga 70sen.
ko keje kat shah alam ke??
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2013 06:48 PM | Show all posts
sedapnya sate tu..ok lah harga 70sen tu


kat sini 80sen secucuk tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2013 02:50 PM | Show all posts
Kalau duduk area Sg Buloh atau kuang aku layan satay Subang... haha bukan kedai Satay Sri Subang tau... Satay Subang ni lokasi dier dekat pasar bandar baru Sg. Buloh... Satay besar2 dan harga still lagi 60 sen... Yg bestnyer kuah dier terbaekkkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2014 10:59 AM | Show all posts
Salam..
soalan aku ni x de berkaitan dgn tempat mkn plg best.. cume nak tanya kat Kl sentral ade tak foodoutlet yg open 24hours?

kalo ade boleh senaraikan 2-3..

aku nak ke lcct nanti. sbb flight jam 7pg.. igt nak lepak kl sentral dulu dlm 11pm ke atas.. malas nak gi awal2 ke lcct nanti melangut x tentu pasal plak..
tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:17 AM | Show all posts
Nasi lemak ayam rendang kat restoran Citrus Bangsar Village 2 sedap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060187 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list